• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Tanggungjawab manusia di muka bumi ALLAH

Tanggungjawab manusia di muka bumi ALLAH

Zik · Jan 14, 2011 · 24 Comments

Share this on WhatsApp

responsibility, tanggungjawab, tanggungjawab manusia sebagai khalifah, tanggungjawab yang perlu dipikul

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Manusia adalah makhluk yang bertanggungjawab, merupakan makhluk yang diberi beban tugas (mukallaf). Yang membebani tugas manusia adalah Allah dan juga dirinya sendiri.

Tanggung jawab lahir kerana manusia diberi kebebasan untuk memilih dan diberikan seperingkat kebolehan dan potensi untuk mengembangkan tugasnya. Kebolehan itu adalah berbentuk hidayah. Hidayah inderawi berupa mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, kulit untuk meraba, lidah untuk merasa. Hidayah akal untuk memikirkan dan bertemukan rumusan dan fenomena-fenomea.

Hidayah agama berupa rumusan yang tidak dapat diindera oleh panca indera dan terbayang dalam fikiran. Semuanya diberikan oleh Allah kepada manusia agar dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Jadi betapa bijaksananya Allah memberikan sejumlah perangkat kepada manusia sebelum memberikan tugas kepada manusia.

Mengapa kita diberi tugas ? Kerana kita mahu, seperti yang diberi tahu oleh Allah dalam

Surat Al-Ahzab (33:72) “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat lalim dan amat bodoh” .

Ayat ini menggambarkan bahawa hanya manusialah yang mahu menerima beban tugas kekhalifahan ini. Inilah tanggung jawab yang diberikan Allah kepada manusia. Adakah kita sedar atau tidak? atau hanya sekadar melepaskan batuk di tangga?

Tanggungjawab kepada diri sendiri.

Manusia juga menerima tanggungjawab kepada dirinya sendiri. Seperti contoh,  mahu menjadi suami atau isteri dengan sukarela, maka dia telah menerima tanggungawab tersebut kepada dirinya sendiri. Seorang pekerja, majikan dan sebagainya juga menerima tanggungjawab kepada dirinya ketika menerima jawatan tersebut.

Tanggung jawab berlaku seperti yang telah disebutkan diatas bila kita mau menerima tanggung jawab tersebut. Jika kita punya potensi untuk itu namun tidak mengambil tanggung jawab maka akan ditanya di akhirat nanti, mengapa dia tidak mengambil tugas tersebut. Apabila kita tidak mampu tapi mau menerima maka tanggung jawab terus mengikutinya.

Ketidakmampuan manusia harus dapat diatasi oleh dirinya sendiri sehingga menjadi mampu mengembangkan tugas kerana telah menerima tugas tersebut. Dosa apabila kita menerima tanggung jawab tapi sebenarnya kita tidak mampu. Seperti dosa kita apabila kita mau menikah tapi ternyata kita tidak mampu untuk memberikan nafkah kepada isteri dan keluarganya.

Tanggungjawab ini akan terhenti apabila..

Tanggungjawab ini akan dilepaskan dari kita apabila kita tidak mampu untuk melaksanakannya. Sebab itulah, sebelum menerima tanggung jawab maka kita menanyakan terlebih dahulu apakah kita mampu untuk melaksanakannya, dalam erti kata yang lain ialah dilakukan fit and proper test (uji kemampuan dan kelayakan).

Kemudian setelah kita dinyatakan mampu, orang yang memberi tanggungjawab akan memberikan task/kerja yang diperlukan sehingga kita dapat menyesuaikan tugas tersebut. Orang yang tidak berakal, yang sedang tidur (kecuali tertidur/buat-buat tidur) dan yang terpaksa tidak dituntut untuk bertanggungjawab.

Yang dituntut dari manusia adalah tanggung jawab yang bersifat wajib sahaja, sunnah tidak akan dituntut.

Tanggungjawab kita akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Tanggung jawab ada yang bersifat tanggung jawab perseorangan dan juga ada tanggung jawab kolektif/masyarakat. Di akhirat nanti, tiap-tiap diri akan menerima catatan / kitab amalan dan hasil tanggung jawabnya masing-masing. Begitu juga dengan masyarakat, tiap-tiap umat mempunyai dan akan menerima kitabnya masing-masing. (Surat Al-Jatsiyah). Contoh tanggung jawab kita sebagai umat/masyarakat adalah, apabila ada orang yang mampu untuk duduk dalam kepemimpinan tempat sendiri (negara) mahupun peringkat nasional namun orang tersebut tidak menerima jabatan tersebut disebabkan tidak ada yang memilihnya, maka masyarakat akan ditanya oleh Allah mengapa tidak memilihnya ?

Tanggungjawab mempunyai impak yang baik secara langsung dan juga tidak langsung apabila dilaksanakan dengan baik. Seperti tanggungjawab sebagai suami jika dijalankan dengan baik, akan menciptakan keluarga yang bahagia.

Begitu juga dengan tanggungjawab masyarakat, pada umumnya ada saksinya di dunia. Misalnya tanggungjawab kita terhadap para pedagang yang menggunakan jalan raya sebagai tempat dagangannya, tentunya saksinya terhadap masyarakat adalah untuk memastikan mereka menggunakan jalan raya sebagai  medium penghantaran barang, atau ke destinasi lain, bukan untuk mereka yang lain, berlumba haram, di tengah malam menyusahkan orang lain menjadi masalah sosial yang sangat serius.

Dengan sebab iti, Allah menegaskan di dalam Quran Surat Al-Anfaal (8:25)

“Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang lalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya. “… bahwa bencana akan mengenai tidak hanya pada orang-orang yang salah atau yang memang bertanggung jawab, tapi juga mengenai pada orang-orang yang tidak bersalah.

Sebab itulah, kejahatan dan keburukan perlu diperbaiki, perlu ada pengawalan sosial pada masyarakat. Namun dalam mengubahnya tersebut kita perlu mengikuti prosedur-prosedur atau ketentuan-ketentuan yang berlaku. Hadits Nabi yang mengatakan ubahlah kejahatan tersebut dengan tanganmu apabila mampu, jika tidak mampu maka gunakan lidahmu, tidak mampu juga maka cukuplah dengan hatimu, (selemah-lemah iman).

Ubahlah dengan tanganmu dimaksudkan adalah para penguasa/pemimpin dan petugas yang berwenang. Dengan lidah setiap kita mampu, untuk menyampaikan bahawa itu salah, itu buruk baik di media massa atau melaporkan pada pihak berwajid. Dengan hati, apabila tidak mampu semuanya, dengan demikian telah selesailah tanggung jawab kita sebagai masyarakat.

Benar, aku sendiri pun mengakui ada terlepas banyak tanggungjawab sebagai manusia di muka bumi Allah, dek kerana tidak mahu terlibat dengan benda-benda yang tidak berfaedah. Berikanlah kekuatan kepada aku untuk memikul satu tugas yang berat ini, agar aku sedar dan ingat, bahawa kita semua akan juga dipersoalkan kelak kemudian hari.

Sedarlah, kita semua mempunyai tanggungjawab yang hari-hari perlu dipikul tidak kira peringkat umur, jantina, pangkat, darjat dan juga lain-lain , jadikanlah ia satu anjakan paradigma untuk kita terus beroleh kejayaan didunia dan akhirat, bukan sebab bebanan ataupun nama semata-mata. Insyallah.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan bebanan yang harus dipikul sebagai khalifah Allah, pengertian tanggungjawab, tanggungjawab, Tanggungjawab manusia di muka bumi ALLAH, tanggungjawab sebagai khalifah allah, tanggungjawab sosial

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. mie says

    January 14, 2011 at 2:37 pm

    tanggungjawab…
    setiap benda perlu dipertanggungjawabkan..

    Reply
    • Zik says

      January 17, 2011 at 1:40 pm

      sebesar zarah pun akan dihitung..

      Reply
  2. adamfaiz says

    January 14, 2011 at 3:07 pm

    Tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi itu berat..tetapi mesti dipikul

    Reply
    • tehr says

      January 15, 2011 at 2:23 am

      manusia je yang sanggup
      makhluk lain tak sanggup memikulnya

      Reply
  3. adele says

    January 14, 2011 at 3:28 pm

    tazkirah hari jumaat..syukran 🙂

    Reply
    • Zik says

      January 17, 2011 at 12:59 pm

      moga2 kita jadi manusia yang lebih bertanggungjawab, insyallah..

      Reply
  4. akubiomed says

    January 14, 2011 at 10:13 pm

    Berat nak bawa amanah ini lebih-lebih lagi menjadi ketua keluarga. Kalau tak laksanakan dengan baik nanti masa hisab akan dibeban dosa-dosa dibawah tanggungan kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga

    Reply
    • Zik says

      January 17, 2011 at 1:18 pm

      amanah yang harus dipikul sebagai ketua keluarga bukan sesuatu yang mudah…

      Reply
  5. MDHAFiZ.NET says

    January 14, 2011 at 10:18 pm

    x aku jadikan jin dan manusia semata2 utk mghambakan diri kpdKu.. 🙂

    Reply
    • Zik says

      January 17, 2011 at 1:27 pm

      ya betul tuh bro….

      Reply
  6. tengkorak emas says

    January 15, 2011 at 12:10 am

    tanggungjawab kita untuk menuntut ilmu serta menyampaikannya tidak pernah selesai

    Reply
    • Zik says

      January 17, 2011 at 1:29 pm

      selagi masih mampu , teruskan.. disseminate the word even one sentence…

      Reply
  7. syahrilhafiz says

    January 15, 2011 at 9:03 am

    tanggungjawab seorang hamba untuk melaksanakan semua perintah nya..

    Reply
    • Zik says

      January 17, 2011 at 1:31 pm

      sementara masih sihat dan kuat… insyallah..

      Reply
  8. Norizwan says

    January 15, 2011 at 3:49 pm

    berat mata memandang, berat lagi bahu dipikul…bukan sekadar membaca saja entri bro ni…memang berat tanggunjawab kita semua ini huhu….

    Reply
    • Zik says

      January 17, 2011 at 1:42 pm

      betul2 semua orang ada tanggungjawab… tak kira peringkat umur..

      Reply
  9. RedBoys says

    January 15, 2011 at 6:52 pm

    seringkali kita lupa pada tanggungjawab yang diberikan. amat rugi sekali.

    Reply
    • Zik says

      January 17, 2011 at 3:27 pm

      orang yang rugi ialah orang yang mengabaikan tanggungjawab…

      Reply
  10. suri says

    January 17, 2011 at 11:26 am

    fikir tanggungjawab diri sndri..anak diri sndri..smua huuu

    Reply
    • Zik says

      January 17, 2011 at 3:25 pm

      semua ada tanggungjawab .

      Reply
  11. mancai says

    January 17, 2011 at 1:01 pm

    tanggungjawab adalah perlu dipertanggungjawabkan… dengan artikel ni jom kita cuba muhasabahkan diri

    Reply
    • Zik says

      January 17, 2011 at 3:26 pm

      insyallah marilah kita sama2.. berusaha..

      Reply
  12. Ladfe Amir says

    January 18, 2011 at 12:03 am

    sedang memikil tanggungjawab sebagai anak.
    sebagai seorang suami
    sebagai seorang ayah
    juga tanggungjawab sebagai h\umat Islam dan juga sebagai hamba Allah.

    semoga Allah permudahkan segala urusan kita.InsyaAllah

    Reply
    • Rohani Binti Abu Bakar says

      December 2, 2012 at 4:06 pm

      Allah jadikan manusia sebagai Khalifah di muka bumi ini. Oleh itu jangan kita persiakan hidup ini sebagai insan yang mulia.

      Reply

Leave a Reply to Zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: