Satu pertarungan yang sengit untuk perlawanan malam tadi yang sudah mengheret ke masa tambahan. Adui, dahla mengantuk, nak buat macam mana kalau dah minat bola. Namun, aku sebenarnya dah tertidur, tengok-tengok dah masa tambahan. Masa tuh keadaan memang agak terdesak buat cardiff city dalam mencari gol penyamaan.
Liverpool juara Carling Cup 2012.
Keputusan penuh:
Liverpool 2-2 Cardiff City [ liverpool menang penalti 3-2]
Kedukaan buat liverpool berjaya ditamatkan dengan menjulang trofi carling cup untuk tahun ini. Aku pun serba salah nak sokong pasukan mana nih. tapi banggalah sebab di jersi pemain cardiff city ada terpampang tulisan Malaysia, itu yang bangga tuh. Kelab ini yang dipunyai oleh Vincent Tan. Aku sokong mana-mana jerla. Mahu melihat perlawanan yang berkualiti dan pertarungan yang sengit. Hoho!!!
Cardiff city mula garang seawal minit ke 19 disempurnakan oleh Joe Mason. Namun, liverpool bangkit untuk menyamakan kedudukan pada minit ke 60, babak kedua setelah ketinggalan satu gol.
Perlawanan ke masa tambahan.
Disebabkan tiada gol kemenangan dicari, pertarungan terpaksa diheret ke masa tambahan .Dirk Kuyt meletakkan kedudukan liverpool didepan pada minit ke 108, satu sepakan yang kencang, pada sepakan pertama kemudian dikuis oleh pertahanan dan dia menyepak sekali lagi dan gol.
Namun begitu, cardiff city tidak menyerah kalah, terus membuat asakan pada minit-minit yang agak terdesak. Hinggalah pada minit ke 118, Ben Turner yang telah berjaya menguis bola masuk kedalam gawang hasil dari sepakan sudut, dan dibantu oleh siapa kurang pasti. Keadaan terus menjadi gamat seyh. Hilang mengantuk aku dibuatnya!!
Penentuan melalui penalti.
Nak buat macam mana, ternyata dalam penentuan penalti kelebihan dimiliki oleh Liverpool. Itupun, kedua-dua pasukan memang ada banyak buat silap dalam sepakan. Apepun, tahniah buat pasukan cardiff city yang memberi tentangan hebat kepada pasukan Liverpool. Penalti, Liverpool 3-2 cardiff city.
Kepada yang ingin melihat video goal highlights, tengok dilaman web sokernet.com. ada semua lengkap laporan.
Tahniah buat Liverpool & Tahniah buat penyokongnya.. 😀
Terbaik,tak rugi la aku duk sokong liverpool
salam..
tahniah Cardiff City kerana
memberi tentangan hebat 🙂
Nasib je ni..Liverpool pun nyaris-nyaris kalah semalam..huhh!!
(Kecewa)
Cardiff hampir mencipta sejarah tetapi patut berbangga kerana tewas kepada jaringan penalti.
aiseh, kalah plakk..
nasib jew..liverpool