Ummah Rabbani Negara Harmoni.
KUALA LUMPUR: ‘Ummah Rabbani Negara Harmoni’ menjadi tema majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M yang akan diadakan di Masjid Negara Kuala Lumpur petang esok.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paimuzi Yahya berkata, tema itu bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama dengan mengambil contoh di zaman Nabi Muhamad SAW.
“Kewujudan masyarakat yang bersatu atas kepelbagaian ini bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam. Ummah Rabbani teras kekuatannya adalah modal insan yang berkualiti dan tunjang dalam kebanyakan pelan-pelan yang dibangunkan oleh kerajaan.
Apa yang penting ialah kita semua harus bersatu padu dalam mengembling tenaga dalam menghadapi covid19 yang kita sedang berusaha nyahkan rangkaian covid19 ini walaupun nampak sangat mustahil, tetapi ianya tidak mustahil dan kita pun dah tahu negara russia pun dah menjumpai vaksin yang sesuai untuk membasmi virus covid19 ini.
“Konsep negara harmoni dalam kepelbagaian ini amat berkait rapat dengan maqasid syariah dan perkara ini turut dinyatakan oleh Imam AI-Ghazali sebagai maslahah yang mengambil manfaat dan menolak keburukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Majlis yang dijadual akan diadakan pada jam 5 petang bakal disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut berkenan berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Selain itu juga dijadual hadir ialah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Sebolehnya kita kekalkan keharmonian negara kita ini dan juga pastikan semua rakyat malaysia terhindar dari unsur-unsur yang tidak baik buat negara kita ini. Musuh dalam selimut , musuh yang nyata ternyata kita harus perangi dengan cara bijaksana.
Kemuncak bagi sambutan majlis itu ialah penganugerahan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M yang disampaikan kepada seorang tokoh ilmuan profesional tersohor di tanah air pada masa kini serta kepada seorang tokoh antarabangsa yang terkenal.
Penganugerahan gelaran itu berdasarkan kriteria pengetahuan dan pengalaman yang luas yang ada pada calon, selain mempunyai sifat dan peribadi yang unggul.
Tokoh yang dipilih juga seorang yang pakar dalam bidang yang diceburi serta telah memberi sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan syiar Islam dan pembangunan ummah selain mendapat pengiktirafan serta diterima oleh masyarakat dalam dan luar negara.
Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M akan disiarkan secara Iangsung menerusi saluran TV1 dan TV AI-Hijrah. – BERNAMA