KOTA BHARU 28 sept. – Ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempaun Zainab II di sini pada pukul 8.11 pagi ini.
Dukacita dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Al-Sultan Yahya Petra (ayahanda kepada Sultan Kelantan) telah mangkat pada jam 8.11 pagi tadi di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan.
Jenazah Al-Marhum DYMM Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk Istiadat Penghormatan kali terakhir dan dijangka Istiadat Pemakaman akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu Kelantan.
Salam Takziah.