Satu usaha kerajaan dalam memastikan rakyat mampu untuk survive dalam bencana covid 19 ini. Hal yang demikian, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan langkah tambahan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “Prihatin Tambahan”.
Katanya, pakej tambahan berjumlah RM10 bilion itu diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan PKS dan seterusnya menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan.
Peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion. [Read more…] about Subsidi gaji hingga RM1,200 bagi setiap pekerja- Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “Prihatin Tambahan”.