Kalau ikutkan memang sukar untuk melepasi pertahanan vietnam yang lebih kemas mengatur pertahanan dan lebih berdisiplin. Ini terbukti perlawanan kedua, mereka lebih bersedia dan sudah tahu gerak geri pasukan malaysia.
Selepas pergerakan jentera serangan ‘dikunci rapat’ Vietnam pada aksi final pertama Piala AFF 2018, Malaysia dilihat sekali lagi perlu menagih tuah sepakan percuma pada aksi final kedua di Stadium My Dinh, Sabtu ini.
Meskipun gagal mengancam kubu skuad Naga Emas itu menerusi jaringan padang namun anak buah Tan Cheng Hoe berjaya mencalar ego lawan apabila meledak dua gol menerusi sepakan percuma pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, selasa lepas.