Perlawanan piala malaysia kedua, pusingan pertama. Hari ini sekali lagi bertemu dengan pasukan Petaling jaya fc. Untuk makluman, pasukan inilah yang menewaskan pasukan jdt pada perlawanan yang dah nak last-last hujung liga super tempoh hari 17 julai bulan lepas. Masih merah lagi peristiwa itu sebenarnya, haha. Petaling jaya satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan jdt di tempat sendiri sejak tahun 2013 akhirnya rekod tanpa kalah liga super lebur.
Bagaimana dengan aksi piala malaysia pada 7 julai ini hari rabu nanti JDT VS PETALING JAYA FC.
APA KATA DEVAN??
Devan mahu ‘conteng arang’ ketiga di Larkin
KUALA LUMPUR: Pasukan PJ City FC mengintai peluang untuk sekali lagi menjinakkan juara enam kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila bertandang ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, dalam saingan Kumpulan B Piala Malaysia, Rabu ini.
Sebelum ini, skuad bimbingan K Devan itu dua kali berjaya menundukkan skuad Harimau Selatan di laman mereka dalam aksi Liga Super.
Devan berkata, pasukannya akan mengatur strategi mengikut kekuatan JDT apabila mereka bertembung dalam aksi Kumpulan B, Piala Malaysia 2019 di venue keramat itu.
“Dari segi corak permainan kita masih akan sama, tetapi dalam bola sepak setiap perlawanan itu berbeza.
“Sebab kita dah buat dua kejutan (mengalahkan JDT), tetapi kali ketiga saya rasa bukan mudah untuk mengatasi pasukan itu.
“Dari segi formasi sama, tetapi mungkin kita perlu atur strategi mengikut kekuatan JDT.
“Jadi, mungkin dari segi idea utama tidak banyak berubah, kita ada strategi tertentu dalam kawasan padang,” katanya selepas menyaksikan anak buahnya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas PKNP FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, kelmarin.
Tahun lalu, ketika dikenali sebagai Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA), sebelum dijenamakan sebagai PJ City FC, pasukan itu menewaskan JDT 1-2 juga di Larkin dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia.
Sementara itu, ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim yang akur dengan kekalahan pasukannya kepada PJ City FC tetap berfikiran positif kerana mampu mendedahkan pemain-pemain pelapisnya dalam saingan Piala Malaysia.
PJ City memulakan kempen Piala Malaysia mereka dengan langkah kanan dengan mengutip tiga mata penuh hasil kemenangan 2-1 ke atas PKNP FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin. JDT pula tiada masalah menewaskan pasukan Liga Premier, UiTM FC 3-1 di Larkin pada hari Jumaat yang lalu.
Pastinya pertembungan dua pasukan ini bakal menentukan siapakah yang akan menjadi pendahulu Kumpulan B. PJ City mahu kecewakan JDT buat kali ketiga, tetapi JDT sudah tentu enggan dimalukan sekali lagi di laman mereka sendiri.
[Read more…] about Live streaming JDT VS petaling jaya fc Piala malaysia 7.8.2019