LIVE STREAMING JDT VS TERENGGANU PIALA FA 10 SEPTEMBER 2022
Ini adalah perlawanan yang sangat penting dalam kejohanan piala fa edisi 2022. Memandangkan kita tiada liga EPL untuk 1,2 minggu ini. Baik kita layan dua gergasi ini berentap di Stadium Bukit jalil, Hari sabtu ini JDT VS TERENGGANU.
Kita harap cuaca baiklah pada malam ini, semalam tengok hujan lebat pulak. Keadaan padang pun harapnya dalam keadaan yang baik, jangan masa kelayakkan piala asia, teruk padangnya, lawan bahrain, bangladesh, dan Turkmenistan. Untung kita jadi tuan rumah.
Macam mana dengan penyokong yang akan hadir pada perlawanan malam ini? ada yang sudah bergerak semalam ,tumpang rumah kawan, sedara mara. Ada yang gerak pagi-pagi ini, lepas subuh pergi ke stadium bukit jalil. Apepun pada perlawanan malam ini, harapnya tiadalah insiden yang tidak diingini berlaku.
SIAPA MENANG TAK KISAH, KE FINAL SUDAH KIRA JUARA!!
Perkara yang kita paling respect ialah penyokong yang sanggup datang dari jauh, Terengganu, Johor. Masing-masing korbankan masa, tenaga, wang ringgit untuk pergi ke stadium membawa khabar gembira atau tidak. Bagi aku kalau tak menang pun sudah dikira menang juga, sebab dapat pergi ke final itu bukanlah satu benda yang mudah. Cuma ianya jadi lebih manis membawa khabar gembira yang pergi ke stadium, bergembira membawa pulang piala kemenangan piala fa buat tahun ini.
line up JDT VS TERENGGANU MALAM INI?
Kita pun belum pasti, akan kemaskini pada petang atau sebelum sepak mula pada perlawanan malam ini.
JANGAN LUPA :
JDT VS TERENGGANU
MASA : 9 MALAM
LIVE : YOUTUBE
LOKASI : STADIUM BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR . .
KEPUTUSAN TERKINI JDT VS TERENGGANU FINAL PIALA FA 2022
JOHOR DARUL TAKZIM (0) VS (0) TERENGGANU .
*akan dikemaskini perlawanan malam nanti.
LIVE STREAMING JDT VS TERENGGANU 10.9.2022