Perlawanan yang ditunggu-tunggu buat peminat tegar jdt. Mampukah pasukan jdt melakar sejarah baru dalam dunia bolasepak malaysia ini. Kita harap ada keputusan yang positif dalam perlawanan ini. Mengharapkan jurulatih Mora dapat melakukan sesuatu.
Bukan sesuatu yang mudah untuk berlawana dengan pasukan dari kelab jepun. Tetapi janganlah cepat berputus asa. Tinggal satu perlawanan sahaja lagi untuk melayakkan ke liga ACL nih bukan mudah beb.
Ikuti pesanan DYAM TUNKU ISMAIL :
Antara pesanan baginda kepada pasukan adalah :
“Anda perlu tahu kami di kelab termasuk para penyokong berasa bangga dengan pencapaian pasukan dan para pemain kerana berjaya mencipta sejarah berada di ACL playoff yang mana pasukan atau pemain lain dalam negara ini tidak dapat pernah berada. Peluang bermain di tahap ini bukan hadir setiap hari. Anda semua tidak perlu berasa tertekan menentang mereka.
Mereka memang pemain yang handal, pasukan yang besar, tetapi mereka adalah manusia yang boleh rasa sakit dan penat seperti kita juga. Mereka bukannya robot. Enjoy the game. Tiada apa yang perlu dirisaukan atau ingin dibuktikan.
Apa yang penting adalah sikap positif untuk memberikan saingan sengit dan keinginan anda untuk mencipta sejarah selepas sejarah yang telah diciptakan. Anda perlu ingat Negeri Johor adalah tempat dimana pasukan Jepun pernah mencipta sejarah layak ke Piala Dunia pada tahun 1997. Jadi tidak mustahil kali ini di Jepun adalah tempat JDT mencipta sejarah pula untuk melayakkan diri ke saingan ACL 2017.
Pintu peluang itu sentiasa ada. Kita hanya perlu berusaha sahaja. Jika berjaya, alhamdulillah. Sejarah tercipta sekali lagi. Jika tidak berjaya tidak mengapa. Kita boleh cuba lagi hingga kita layak ke ACL. Jadi, ucapkan syabas kepada rakan-rakan sebelah anda kerana telah mencapai ke tahap ini yang mana pemain lain tidak pernah capai. Tahniah saya ucapkan.”
Nantikannya live streaming akan disediakan sebelum perlawanan sepak kaki bermula. Tunggu.