Kisah kali ini adalah berkenaan dengan “pangkat” seseorang isteri yang kadangkala tanpa sedar isteri tersebut telah membawa pulang pangkatnya ke rumah setelah selesai waktu bekerja. Hendaklah diceritakan di sini tanpa sedar juga isterinya telah melukakan hati suami yang merasakan bahawa dirinya seperti seorang staff di pejabat isterinya.
Tidak dinafikan mana-mana suami pun akan berasa terkilan atau berkecil hati apabila isterinya sudah mula berubah dan semakin menunjukkan sikap negatif apabila sering mengarah, menengking, memarahi, mengabaikan anak, membawa pulang kerja di rumah tanpa henti dan sentiasa dengan smartphone. Sebenarnya, waktu bersama keluarga mestilah dimanfaatkan sebaik mungkin terutama pada yang bekerja di sektor swasta yang mana waktu di rumah sangatlah berharga. [Read more…]