Dukacita dimaklumkan, bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail (Sultan Johor Darul Takzim),telah disahkan mangkat pukul 7.15 malam semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri. Baginda almarhum berumur 77 tahun.
“Namun ada sumber memberitahu, bahawa almarhum telah meninggal pada pukul 1 petang. Tetapi mungkin mengikut protokol ataupun adat istiadat yang perlu dipatuhi, pengumuman itu dimaklumkan secara rasmi, baginda mangkat pada pukul 7.15 malam.” ( maafkan saya sekiranya sumber ini tidak tepat)
Kemangkatan baginda diumumkan secara rasmi oleh Menteri Besar , Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam semalam.
Walaubagaimanapun, Zik ingin mengucapkan takziah dan marilah kita semua sedekahkan alfatihah kepada Almarhum, yang telah banyak berjasa kepada rakyat, walaupun ada beberapa perkara yang kita tidak setuju dengannya.
Bersamalah-samalah kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita. Tak kira waktu kita senang, mahupun susah. Ingat 5 sebelum 5 perkara. Senang sebelum susah, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, hidup dan sebelum mati.
Leave a Reply