Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Sujud syukur dan perlaksanaannya.

Sujud syukur dan perlaksanaannya.

Zik · May 13, 2011 · 26 Comments

Share this on WhatsApp

sujud syukur, sujud, gambar orang bersujud, sujud syukur, perlaksanaan sujud syukur

Apa dia sujud syukur?

Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.

Hukum sujud syukur.

Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :

“Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya bahawa Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.(Syarah Al-Minhaj).

Perlaksanaan.

Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi‘ie tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah atau terhindar daripada malapetaka. Ia sama halnya seperti melakukan sujud tilawah ketika ia dilakukan di luar sembahyang iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur, takbir, sujud dan juga salam.

Tidak diwajibkan perlu ada air wudhuk,  hendaklah orang yang akan melaksanankannya suci (tidak sedang berhadas), menghadap qiblat, tutup aurat serta terhnidar dari najis. Pendapat ini dikemukakan oleh para ulama As-Syafi’iyyah dan Hanaabilah. Caranya ialah bertakbir, lalu ia bersujud satu kali sambil mengucapkan tasbih dan tahmid ketika sujud. Selesai itu ia takbir kembali dan mengangkat kepalanya.

Alhamdulillah, begitulah indahnya cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Tambahan pahala sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur. ( Mughni Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau sembahyang dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.

Nota: Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

Sumber disini. halaqah.net cerita sekupang.

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan bacaan dalam sujud syukur, pengertian sujud syukur, perlaksaan sujud syukur, sujud sukur

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. decrewz says

    May 13, 2011 at 8:49 am

    Sekarang ni ramai dah jarang amalkan.. Errrmm.. Apakah kita sudah lupa ini semua…..

    Reply
    • muhammad fakhruddin says

      May 13, 2011 at 2:16 pm

      Sujud syukur salah satu cara mengekspresikan syukur. Pada yang punya rezeki lebih, boleh sahaja syukurnya dengan bersedekah, pada yang punya ilmu lebih, boleh sahaja syukurnya pada berkongsi ilmu dengan yang lain.

      Wallahua’lam… Jumuah Mubarakah πŸ™‚

      Reply
  2. zulkbo says

    May 13, 2011 at 11:08 am

    salam Zikr..
    semoga kita semua
    menjadi insan yang
    bersyukur..
    πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      May 17, 2011 at 3:28 am

      insyallah sama-samalah kita berusaha untuk menjadi hamba yang bersyukur…

      Reply
  3. hafizmd says

    May 13, 2011 at 4:07 pm

    syukur Alhamdulillah..sentiasalaj kita bersyukur dan sujud syukur tu salah satu caranya…

    terima kasih zik berkongsi πŸ˜€

    Reply
    • Zik says

      May 17, 2011 at 3:29 am

      sujud syukur salah satunya…

      Reply
  4. Mrs.Ayie says

    May 13, 2011 at 4:57 pm

    Terima kasih sebab mengingatkan πŸ™‚ Kadang-kadang kita terlalu gembira, sehingga lupa.

    Reply
    • Zik says

      May 18, 2011 at 12:17 am

      sujud syukur merupakan satu alternatif…

      Reply
  5. cik tom says

    May 13, 2011 at 5:16 pm

    maklumat yg bagus..ciktom sendiri pun xpernah buat dan tak tahu cara sujud syukur ni..

    Reply
    • Zik says

      May 18, 2011 at 12:17 am

      kalau sudah tiba masanya… cubalah buat… insyallah

      Reply
  6. shamizu says

    May 13, 2011 at 6:31 pm

    Tq atas info zik.
    Kita biasanya ucap syukur jer. Jarang kita buat sujud syukur. Sebenarnya itu yang terbaik sebagai tanda kita seorang hamba

    Reply
    • Zik says

      May 18, 2011 at 12:18 am

      pilihan pada diri masing2…lah

      Reply
  7. Razlan says

    May 13, 2011 at 9:39 pm

    Syukur tu tandanya beringat kat allah s.w.t ,tanpanya hidup pon tak berkat

    Reply
    • Zik says

      May 18, 2011 at 12:20 am

      buat mana yang mana kita mampu..jangan tak buat langsung…

      Reply
  8. tehr says

    May 13, 2011 at 10:31 pm

    bersyukur dengan segala nikmatNya

    Reply
    • Zik says

      May 18, 2011 at 12:22 am

      nikmat yang diberi hanya sementara…

      Reply
  9. MDHAFiZ.NET says

    May 14, 2011 at 2:03 am

    begitu besar nikmatNya kpd hamba2nya..namun masih ada mereka yg ingkar. πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      May 18, 2011 at 12:26 am

      kelalaian yang menyebabkan mereka alpa… termasuklah diri aku sendiri….

      Reply
  10. Miss Tira says

    May 14, 2011 at 2:15 am

    Sujud syukur menandakan kita mengabdikan diri kepadaNya dan bersyukur dengan apa yang diberikanNya.

    Reply
    • Zik says

      May 18, 2011 at 12:31 am

      kalau kita mampu apa salahnya untuk melakukannya..sementara masih lagi sihat tubuh badan…

      Reply
  11. akubiomed says

    May 14, 2011 at 10:01 am

    Teringat kepada sahabat ketika di kolej selepas mendapat keputusan peperiksaan dengan baik terus di ke surau buat Sujud Syukur.

    Reply
    • Zik says

      May 18, 2011 at 12:31 am

      wah bagus nya…

      Reply
  12. Hisyam says

    May 14, 2011 at 1:14 pm

    Memang tak pernah buat sujud syukur, tapi pernah tengok kawan buat masa dapat 11A masa dapat result SPM aritu. Thanks atas perkongsian ni Zik.

    Reply
    • Zik says

      May 18, 2011 at 1:01 am

      cubalah kalau dapat apa2 berita yang menggembirakan… insyallah..

      Reply
  13. Sabahan Bloggers Club says

    May 15, 2011 at 10:55 am

    Terima kasih Zik kerana berkongsi Ilmu pagi-pagi ni. Memang sesuai dengan nama blog ni…. πŸ˜‰

    Reply
    • Zik says

      May 18, 2011 at 1:18 am

      terima kasih kembali…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.