• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Sinopsis penuh drama halalkan hati yang kucuri (Aliz aziz dan Farah Nabila)

Sinopsis penuh drama halalkan hati yang kucuri (Aliz aziz dan Farah Nabila)

Zik · May 23, 2018 · 1 Comment

Share this on WhatsApp
novel halalkan hati yang kucuri, halalkan hati yang kucuri,
Merupakan adaptasi novel, macam biasalah. So bila dah dah tukar, mungkin ada tukar sikit dan dikembangkan watak itumengikut kesesuaian. Tengoklah , kadang ada sama, kadang lain.
Nantikan drama adaptasi novel Halalkan Hati Yang Kucuri karya Mia Kiff yang akan mengisi slot Akasia di TV3. Dibintangi oleh Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Hashim Rejab dibawah terbitan produksi Country & Universal Sdn Bhd. Akan menemui penonton mulai 23 Mei hari ini hari rabu, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam di TV3.
Menggantikan drama cinta fatamorgana yang dah habis pun semalam. Persoalannya, dapatkah cerita ini menaikkan lagi nama farah nabila yang semakin hari semakin cantik wa tengok lu nih. Apeun, kita harap gandingan Alif Aziz dan Farah Nabila ianya satu chemistry yang sangat baik.
Drama slot akasia: HALALKAN HATI YANG KUCURI
Jumlah Episod : 27
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi
PENULIS NOVEL : Mia Kiff
PENGARAH : Hashim Rejab

SENARAI PELAKON DAN WATAK.  
  • Aliff Aziz- Faiq
  • Farah Nabilah – Delisha
  • Shah Iskandar – Zainal
  • Mimi Lana – Salima
  • Normah Damanhuri – Nenda Rosnah
  • Jasmin Hamid – Dalina
  • Afique Hussain -Ustaz Azali
  • Azhan Rani -Abang Ali 

LAGU TEMA / OST 
Siti Sarah – Semakin

SINOPSIS HALALKAN HATI YANG KUCURI. 
Faiq (alif aziz)  dan Delisha (farah nabila) , pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah.
Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit simpanan semakin tinggal sikit dan akhirnya habis.Kemudian hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai.
Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup.
“You tahu tak, kata Kak Joyah, I cuci tandas berganda bersih daripada cleaner sebelum ni. Bayangkan habis sebotol besar sabun dia I guna, sampai dia kata ni bukan tandas tapi kedai jual perfume.” – Delisha.
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sama juga dengan hidup Faiq dan Delisha. Ujian itu pasti singgah dalam apa jua keadaan, namun mampukah mereka menempuhi ujian-ujian yang mendatang bersama? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu?

“Abang tak mahu janjikan sayang bulan dan bintang, cukuplah kita sentiasa bersama di bawah cahayanya. Kalau abang tak mampu jadi pelita atau lampu yang menerangi hidup sayang sekalipun, cukuplah abang menjadi kunang-kunang yang menemani sayang dalam kegelapan…”- Faiq.

“Jika tepat pada masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta akan menjadi kuasa luar biasa yang tiada tandingannya… Dan Isha bersyukur sangat, abang adalah orangnya…”- Delisha.

Komen pembaca novel ini . 

Ella .

Tak kesal memiliki novel ini. Kisah teladan bagi mendidik manusia agar lebih bersyukur dengan apa adanya. Walaupun berharta tapi harus sedar bahawa untuk memiliki dan maintaining your wealth bukan a bed of roses. Sediakan payung sebelum hujan dan mengerti bahawa langit tidak selalu cerah.

Malangnya buat Faiq dan Delisha tidak pernah sedar dan ungkal. Bagi mereka harta itu jika bukan untuk mereka, untuk siapa lagi? Tanpa hiraukan perasaan keluarga masing-masing, mereka teruskan niat berhoneymoon. (Nikah muda). Mereka hanya belajar berdikari setelah keluarga masing2 menghilangkan diri, bisnes keluarga ‘lingkup’ & rumah ‘di jual’.

Bermula lah kisah kehidupan mereka yg amat daif. Keadaan memaksa mereka bekerja keras agar dapat keluar dari kesempitan. Angkara kedengkiaan sahabat sendiri, kehidupan Faiq dan Delisha ibarat dah jatuh di timpa tangga. Non stop ujian. And the culprit seriously got away too easily.

Luckily, opportunity knocks on their door. Rupanya all was planned except for the accident and two makcik mus****. No better words to describe these 3 people. Sorry.

Pendapat saya :

Dalam banyak2 kesusahan yang mereka lalui, saya amat kesal dengan dua makcik yang ambil kesempatan dengan keadaan mereka (memang stail makcik bawang betullah dioarang nih). Diakui Faiq dan Delisha memang berpelajaran tapi mungkin pengalaman hidup amat sedikit (served on a silver platter) lalu senang dipermainkan oleh dua orang makcik. Hampir sahaja kehilangan anak mereka kerana kesempitan wang untuk membiayai bill hospital setelah melahirkan bayi pertama mereka. Orang-orang macam seperti ini patut dibawa ke muka pengadilan.

Yang saya bangga, walaupun ada sedikit perselisihan faham, sayang dan cinta mereka utuh. Senang dan susah, mereka bangkit bersama. Itu yang kita nak kan!! Huhu..

Petal:

Novel ni saya ambil masa dalam 1 hari je untuk habiskan. Worth to read 🙂

Part Faiq dan Delisha susah memang klimaks dalam cerita ini. Penulis menyampaikan setiap kesusahan yang Faiq dan Delisha alami dengan baik. Kehidupan di lorong-lorong yang sangat meninggalkan kesan! I can feel it 🙁

Part ikan bilis tu memang mencuit hati. Macam tu sekali ye bila anak orang kaya start memasak? HAHAHA. Btw, cerita ni penuh dengan mesej terutama buat pasangan yang berumahtangga di usia yang muda. Kesenangan sebelum kahwin dan kesusahan selepas kahwin. Kesetiaan antara pasangan diketengahkan.

Tahniah buat penulis. Saya mengharapkan karya yang lebih baik dari penulis di masa akan datang! No regret, 5 stars!

Joanna Azam : 

Kenal beliau daripada Abang Bomba, I Love You yang pernah diadaptasi di Astro, but this is my first time baca karya penulis, Mia Kiff. Daripada novel Halalkan Hati Yang Kucuri ni, I’ve learnt two important things in life.

Firstly, sometimes you have to step out of your comfort zone. Macam watak Faiq dengan Delisha ni. They came out from a very wealthy family. Enjoy sana, enjoy sini without thinking any possibility that will happen in their future. Sampailah one day bila diaorang balik dari honeymoon, semua harta yang dibanggakan lesap termasuklah keluarga diaorang. From that, they both learn the true meaning of life. If you want it, work for it. Betullah orang kata, sometimes being broke will remind you to stay humble and appreciate money & success when you reach your goal.

Second, karya terbaru Mia Kiff ni ajar pembaca to accept each other punya flaws. If you can’t handle them at their worst, then you don’t deserve them at their best. I suka that part hero & heroin jatuh bangun sama-sama. Masing-masing sentiasa support each other. Bukannya make your partners feel unwanted.

Guys, money definately can buy everything, but not love, patience and of course dignity.

Those yang belum baca, better dapatkan sekarang! Very worth it. Sangat-sangat berbaloi. Jalan cerita sangat menarik. Banyak moral values yang penulis cuba ketengahkan. Setiap scene especially lepas diaorang jatuh miskin tu sangat-sangat ‘hidup.’ Elemen serius,sedih & lawak semuanya cukup rasa. Rugi kalau tak baca.

Thumbs up, author.

Aezra : Sebuah novel yang banyak memberikan pengajaran buat pembaca. Cukup segala rencah. Mia Kiff sangat teliti menceritakan perjalanan kesusahan Delisha dan Faiq sehingga saya benar-benar dapat rasa kesusahan yang dialami oleh mereka. Syabas buat penulis!
Limau Kasturi : Hanya satu salah boleh menutup seribu kebaikan. #deep

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Drama episod akhir halalkan hati yang kucuri, halalkan hati yang kucuri, senarai pelakon halalkan hati yang kucuri, sinopsis akhir drama halalkan hati yang kucuri, sinopsis drama halalkan hati yang kucuri, sinopsis penuh drama halalkan hati yang kucuri alif aziz dan farah nabila

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Sinopsis drama halalkan hati yang kucuri says:
    May 23, 2018 at 5:02 pm

    […] credit to zikrihusaini.com  […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: