• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Sinopsis Mael Totey the Movies Full

Sinopsis Mael Totey the Movies Full

Zik · Oct 22, 2020 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

Mael totey the movie

Sokongan peminat yang tidak henti menyokong drama spontan di YouTubenya menjadi pemangkin semangat buat pengarah muda Syahmi Sazil untuk tampil dengan satu karya ke next level, iaitu dengan lebih menyengat menerusi Mael Totey The Movie (MTTM). 

Siapa tak kenal dengan Syahmi yang terkenal sebagai youtuber malaysia yang punyai sejuta lebih subsriber youtube dia. Harapnya dengan buah tangan beliau yang pertama ini jangan terus patah semangat, kalau pun gagal, jangan cepat mengalah. Terus hasilkan karya yang asli dan terbaik untuk kita teruskan dalam industri perfileman ini.

Kekal Genre Komedi.

Masih mengangkat genre drama komedi sebagai ‘rencah’ utama filem ini, MTTM akan menemui penonton di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini.

Menurut Syahmi, watak utama dalam MTTM akan dibawa oleh dirinya sendiri selain turut mengekalkan Yoe Parey dan Asif Suhaimi.

“Sebelum ini saya ada terlibat sebagai pelakon dalam sebuah filem. Bermula dari situ, rata-rata peminat memberi galakan untuk hasilkan filem saya sendiri.

“Kebetulan memang sudah ada idea asal Mael Totey tetapi ia untuk drama bersiri bagi tayangan di televisyen.

“Selepas berbincang, akhirnya karya ini diangkat menjadi filem. Perasaan saya sangat gementar kerana ini adalah kali pertama mengarahkan filem dan berlakon sekali,” katanya.

Dalam pada itu, Syahmi juga meluahkan rasa gembira kerana berpeluang untuk bekerjsama lebih rapat dengan barisan kru berpengalaman luas dalam penghasilan filem.

“Semoga filem pertama arahan saya ini dapat diterima penonton dan mampu menjadi pemangkin buat saya bersama tenaga produksi untuk terus berkarya,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, jika sebelum ini peminat hanya dapat menyaksikan drama spontan lakonan Syahmi Sazli, Yoe Parey dan Asif hanya di platform media sosial tetapi kali ini mereka boleh menonton lebih lama dengan kualiti filem.

“Ini adalah sesuatu yang baharu buat industri perfileman di mana YouTuber beralih ke skrin yang lebih besar seperti filem.

“Kreativiti Syahmi dalam menyampaikan penceritaan membuatkan penonton sering menanti karya seterusnya.

“Keterujaan tersebut bukan sahaja dapat dilihat menerusi respon daripada video pendek yang dihasilkan sebelum ini, tetapi juga menerusi video teaser filem MTTM yang telah dikongsikan di platform media sosial pada minggu lalu.

“Video tersebut telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dalam tempoh 24 jam. Ramai peminat dan penonton meluahkan rasa teruja.

“Kami harap penonton dapat berhibur dengan MTTM, lebih-lebih lagi dapat mengisi masa buat mereka yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan Astro Shaw, hari ini.

Sinopsis MTTM. 

Filem ini MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Apa maksud Totey?

TOTEY tu adalah perangai lurus bendul seseorang yang bernama MAIL (hanya di Kelantan sahaja panggilan ini diberi).

Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini. (hari ini).

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Trailer Mael the totey Movie

“Lapangkan dada kosongkan fikiran tonton dengan hati yang tiada hasad dengki,” demikian kata pengarah Syahmi Sazli apabila dia dituduh mempergunakan pelakon orang kurang upaya (OKU) demi melariskan filem sulungnya.

Dengan nada penuh kesal, Syahmi menjelaskan, dia kerap menerima mesej berunsur penghinaan pada ruang komen di media sosial kerana mengetengahkan empat bakat OKU sebagai penggerak utama Mael Totey The Movie.

Syahmi – yang namanya terlebih dahulu melonjak sebagai pemilik saluran YouTube – menyeru agar isu berkenaan tidak dipolemikkan hingga menimbulkan fitnah sedemikian.

“Jika mahu kritik filem yang saya hasilkan, kritiklah, tapi bukan pelakon-pelakon saya. Saya langsung tiada niat menggunakan pelakon OKU semata-mata untuk raih sambutan.

“Mereka tergamak komen berbaur fitnah, ia tak berasas sama sekali diiringi dengan kata-kata kesat di ruang komen,”

Bukan setakat itu, Syahmi berkata, segelintir netizen berpendapat filem yang bakal ditayangkan dua hari lagi di Astro 1st itu dibayangkan tidak boleh laku disebabkan tiada wajah-wajah popular dalam industri.

“Ada juga komen diterima berkata Mael Totey The Movie tak akan dapat sambutan kerana guna pelakon OKU selain tak ada nama-nama gah yang diambil bagi menjayakan filem berkenaan,” katanya.

Untuk rekod, Mael Totey The Movie merupakan kesinambungan daripada drama pendek spontan Mael Totey yang pernah mencipta fenomena dan bersiaran sebanyak lapan episod di YouTube.

Naskhah yang menelan kos mencecah RM400,000 itu menjalani penggambaran selama 14 hari di Kota Bharu, Tumpat dan Tok Bali, Kelantan.

Pada masa sama, Syahmi mengakui dia sedia maklum sekiranya filem bakal ditampilkan tidak dapat memuaskan hati ramai pihak kerana tidak mengikut standard piawaian sebenar sesebuah filem terutama dari segi lakonan dan penggambaran.

Katanya, apa cuba dilakukannya melalui karya berkenaan adalah menampilkan sesuatu perkara di luar norma biasa.

“Pelakon OKU, waktu berlakon mereka tak tengok kamera dan pada kebanyakan masanya juga tak ikut skrip.

“Karya ini sebenarnya khusus untuk pengikut yang sudah lama, faham dan lali dengan cara saya buah fikiran disampaikan melalui saluran YouTube saya,” katanya.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment live streaming mael totey the movies, mael totey the movie, mael totey the movies, maksud totey, Sinopsis FULL Mael Totey The Movies Layan disini, sinopsis penuh mael totey the movies

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Tonton online Mael totey the Movie full – Myzons says:
    October 22, 2020 at 6:58 pm

    […] menemui penonton di Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini dengan harga langganan RM15. JUDUL : MAEL TOTEY THE MOVIE FULL  TARIKH TAYANGAN : 22 Oktober 2020 SIARAN TV : Astro First saluran 480 PENGARAH : Syahmi Sazli […]

    Reply
  2. Sinopsis Mael Totey The Movie (MTTM) – zik.my says:
    October 22, 2020 at 7:35 pm

    […] SINOPSIS MAEL TOTEY THE MOVIE FULL. […]

    Reply

Leave a Reply to Tonton online Mael totey the Movie full – Myzons Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

Lampu Solar tiang letrik

banner

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

Recent Posts

  • Nota peperiksaan online PTD n29 2021
  • 5 Idea Bisnes Yang Anda Boleh Mulakan Pada Hari Ini
  • Panduan Peperiksaan online PTD n19 2021
  • Live streaming Melaka United vs Selangor fc liga super 18.4.2021
  • Live streaming Petaling jaya city vs Pulau Pinang liga super18.4.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)

Before you go

You may also be interested in these posts:

Arts & Entertainment

Live streaming anugerah juara Lagu (AJL) 34 2020

Share this on WhatsApp Anugerah juara lagu kali ke 35 untuk tahun 2020 kali ini …

Arts & Entertainment

Lirik lagu Raya Hael, Bersyukur Seadanya

Share this on WhatsApp Buah tangan Hael untuk Hari raya kali ini menampilkan lag…

Arts & Entertainment

Keputusan pemenang anugerah AIM 22, 2016

Share this on WhatsAppKeputusan pemenang anugerah AIM 22, 2016. Tahun ini baru a…

%d bloggers like this: