- Emma Maembong sebagai Anis Sofea
- Adi Putra sebagai Rais
- Azrel Ismail sebagai Saddiq
- Jalaludin Hassan sebagai Tok Ali
- Fadilah Mansor sebagai Nenek Humairah
- Balkisyh Semundur Khan sebagai Nomi
- Beego sebagai Sarip
- Syed Aiman sebagai Khalid
- Yumna Ayuna sebagai Kak Zai
SINOPSIS BICARA CINTA.
Anis Sofea (Emma Maembong) kehilangan kedua ibu bapanya (Lisdawati dan Datuk Eizlan Yusof) dalam satu kemalangan jalan raya. Sebelum ibu dia meninggal dia ada bagi satu surat beranak dia kepada penjaga dia (maid) untuk diserahkan kepada Anis bila sampai waktunya. So bila ibu bapa dia meninggal bagi anis supaya pergi ke kampung ikut alamat surat beranak tuh. Kalau tengok cerita ini, dia balik ke melaka. Tapi tengok location shooting macam dekat selangor. HAHA.
Anis sebelum ini dia memang couple dengan Saddiq. Tapi bila kes dia kena halau dari rumah setelah mak ayahnya meninggal dia dah lost contact. Tetapi Saddiq nih main kayu tiga jer. Kemudian dia dihubungi oleh nenek durjana anis tuh untuk mendapatkan semula Anis untuk pulang ke kl semula. Adalah syarat-syarat dan imbuhan syed yang akan dapat nanti.
Nenek dan atuknya masih hidup lagi dikampung, cuma atuk dah tak boleh berjalan lumpuh, (wheel chair). Nenek ok lagi sihat. Biasalah duduk kampung kan. Dia membesar disini setelah ibu bapa dia meninggal dunia. Keputusan SPM anis sangat baik. Dia dapat sambung belajar, tetapi dia tolak tawaran ini, memandangkan atuk dan nenek nak pakai duit tuh untuk pergi haji. Rais pun rasa dia nak tolong , tetapi pelawaan Rais ditolak oleh Anis.
Rais ini sebenarnya kekasih mak anis masa muda-muda dulu. Yela susah juga nak Move on kan. Pasal hal yang lama tuh. Namun Nomi pun suka lama dah dengan Rais. Tapi Rais yang jual mahal. Dia masih berharap lagi agaknya tuh kan. Tapi apakan daya.
Penjaganya, Tok Ali (Jalaludin Hasan) dan Nenek Humairah (fadhilah Mansor), memujuk Anis untuk berkahwin dengan Rais (Adi Putra) kerana ingin memastikan kehidupan Anis terjaga. Dia punya nenek durjana (Khaty Azean) dengan Atuk dia (yang dekat KL memang piau jahat siak. Dia nak cari anis nih, mungkin dia nak bunuh sebab dia nak bolot harta dia tuh
Jurang umur yang terlalu jauh.
Awalnya, sukar untuk Anis dan Rais hidup bersama apatah lagi dengan perbezaan umur hampir 20 tahun di antara mereka. Namun, bibit cinta dan kasih sayang mula dirasai.
Pada suatu hari, Rais tidak pulang dari hutan. Anis sekali lagi diuji dengan kehilangan orang tersayang. Biapun sukar untuk berdepan dugaan yang dihadapi, Anis harus tabah kerana kini dia perlu memikirkan masa depan anak mereka, Hanim.
“Kamek tok teringin nak bermenantukan kitak. Nilah satu-satunya cara impian kamek tok jadi nyata. Kamek merayu pada kitak, Adee.” (“Aku tu teringin nak bermenantukan kau. Inilah satu-satunya cara impian aku menjadi nyata. Aku merayu pada kau Adee.”) Tok Ali menangis sambil memeluk lengan Adee. Adee terpempan. . Antara rela dengan tidak Anis dijodohkan dengan Adee yang mempunyai sejarah silam dengan keluarganya. . Mampukah mereka membina istana bahagia tanpa cinta? .
[…] Baca juga : Sinopsis Bicara Cinta, Adi putra ft Emma Maembong. […]