Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang, Khamis semalam.
Apa yang aku difahamkan, beliau telah bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur (berdekatan dengan rumah sewa aku) dan kampus unikl aku yang lama, lebih kurang pukul 6 petang.
Allahyarham yang popular dengan lagu Hits Di Alam Fana Cinta pada era 90-an diberitahu oleh sahabatnya, Johan Aziz, Shamrin yang berasal dari Taman Mesra, Kajang, Selangor jatuh di padang selepas kira-kira 15 minit mereka bermain bola sepak.
Menurut sumber: “Shamrin diberitakan telah rebah, jatuh dengan tiba-tiba ketika permainan sedang berlangsung. Dalam keadaan itu beliau sempat mengadu mengalami kekejangan, lalu dia dibawa ke hospital berhampiran iaitu Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.” Sumber melaporkan keadaan tubuh beliau ketika itu kelihatan kebiruan lalu meninggal dunia di hospital tersebut.
Jenazah Allahyarham kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis, Johan yang juga bekas pengurus kumpulan Slam masih belum dimaklumkan oleh pihak hospital punca kematian penyanyi itu.
Sedikit latar belakang Shamrin.
Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.
Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).
Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu.Antara lagu yang mempopularkan Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.
Apapun, diucapkan takziah kepada keluarga Arwah dan marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Shamrin.
Sumber mstar.
Al-Fatihah
Semoga Roh Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman
Amin.. InsyaAllah
Alfatihah…..Semoga Roh Arwah dicucuri Rahmat Oleh Allah S.W.T
Al Fatihah..semoga beliau ditempatkan bersama mereka yg berjaya di sisi Allah.
beliau adalah salah seorang penyanyi yang memiliki suara yg hebat
aku dulu memang minat kat vokal dia, dan penampilan masa wal kemunculan dia memang menarik dengan imej rock bersih
Al-fatihah untuk Allahyarham.. minat sungguh dengan vokal dia tu..
Al-fatihah buat arwah.
aku ingat jurugambar mana.
penyanyi ke.semalam aku baca x habis.
Tak baca paper, tak sangka la..
Al-Fatiha untuk beliau.
Salam takziah daripada profhariz.com kepada keluarga beliau
Takziah dari saya..
moga beliau aman disana..