• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Shamrin Fotograf Meninggal dunia akibat kekejangan??

Shamrin Fotograf Meninggal dunia akibat kekejangan??

Zik · Nov 12, 2010 · 12 Comments

Share this on WhatsApp

shamrin, shamrin fotograf, gambar shamrin kumpulan fotograf, fotograf kumpulan, di alam fana cinta,

Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang, Khamis semalam.

Apa yang aku difahamkan, beliau telah bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur (berdekatan dengan rumah sewa aku) dan kampus unikl aku yang lama, lebih kurang pukul 6 petang.

Allahyarham yang popular dengan lagu Hits Di Alam Fana Cinta pada era 90-an diberitahu oleh sahabatnya, Johan Aziz, Shamrin yang berasal dari Taman Mesra, Kajang, Selangor jatuh di padang selepas kira-kira 15 minit mereka bermain bola sepak.

Menurut sumber: “Shamrin diberitakan telah rebah, jatuh dengan  tiba-tiba ketika permainan sedang berlangsung. Dalam keadaan itu beliau sempat mengadu mengalami kekejangan, lalu dia dibawa ke hospital berhampiran iaitu Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.” Sumber melaporkan keadaan tubuh beliau ketika itu kelihatan kebiruan lalu meninggal dunia di hospital tersebut.

Jenazah Allahyarham kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis, Johan yang juga bekas pengurus kumpulan Slam masih belum dimaklumkan oleh pihak hospital punca kematian penyanyi itu.

Sedikit latar belakang Shamrin.

Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.

Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu.Antara lagu yang mempopularkan Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.

Apapun, diucapkan takziah kepada keluarga Arwah dan marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Shamrin.

Sumber mstar.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Pengumuman gambar shamrin, punca shamrin meninggal dunia, shamrian meninggal dunia ketika bermain bola sepak, shamrin bekas pengurus slam meninggal dunia, shamrin fotograf meninggal dunia

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. wazy says

    November 12, 2010 at 11:07 am

    Al-Fatihah
    Semoga Roh Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

    Reply
    • ProfHariz says

      November 13, 2010 at 10:00 pm

      Amin.. InsyaAllah

      Reply
  2. Kamal Mustafa says

    November 12, 2010 at 11:38 am

    Alfatihah…..Semoga Roh Arwah dicucuri Rahmat Oleh Allah S.W.T

    Reply
  3. Ladfe Amir says

    November 12, 2010 at 4:43 pm

    Al Fatihah..semoga beliau ditempatkan bersama mereka yg berjaya di sisi Allah.

    beliau adalah salah seorang penyanyi yang memiliki suara yg hebat

    Reply
  4. dnoBiz says

    November 12, 2010 at 6:06 pm

    aku dulu memang minat kat vokal dia, dan penampilan masa wal kemunculan dia memang menarik dengan imej rock bersih

    Reply
  5. kulanz says

    November 12, 2010 at 10:01 pm

    Al-fatihah untuk Allahyarham.. minat sungguh dengan vokal dia tu..

    Reply
  6. Ali ridha says

    November 13, 2010 at 11:32 am

    Al-fatihah buat arwah.

    Reply
  7. Ali ridha says

    November 13, 2010 at 11:34 am

    aku ingat jurugambar mana.

    Reply
  8. Ali ridha says

    November 13, 2010 at 11:35 am

    penyanyi ke.semalam aku baca x habis.

    Reply
  9. hyprobulksms says

    November 13, 2010 at 5:48 pm

    Tak baca paper, tak sangka la..

    Al-Fatiha untuk beliau.

    Reply
  10. ProfHariz says

    November 13, 2010 at 9:58 pm

    Salam takziah daripada profhariz.com kepada keluarga beliau

    Reply
  11. RedBoys says

    November 14, 2010 at 11:39 pm

    Takziah dari saya..
    moga beliau aman disana..

    Reply

Leave a Reply to kulanz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: