Bantuan kehilangan pendapatan bkp dibawah program pemulih hari ini kerajaan menyalurkan bantuan bagi mereka yang layak. Sebanyak rm 500 secara one off diberikan kepada mereka yang layak. Anda semua boleh semak di laman berikut dibawah ini.
Masukkan No kad pengenalan anda, kemudian dibawah ada dia suruh masukan captha , tekan butang anak panah. Kemudian dia akan keluar status menyatakan anda layak atau tidak.
Masukkan no kad pengenalan, dibawah masukkan CAPTHA dan tekan butang anak panah.
Keputusan permohonan yang tak lulus.
Semakan dibuka bermula 26 oktober 2021.
SOALAN LAZIM (FAQ)
BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (BKP)
A. Pengenalan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)
1. S: Apakah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)?
J: Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) adalah bantuan tunai yang ditanggung oleh Kerajaan sebagai inisiatif bantuan yang akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tanpa mengira had umur.
2. S: Siapakah yang layak menerima BKP?
J: Kategori penerima yang layak menerima BKP adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
3. S: Adakah perlu membuat permohonan bagi mendapatkan BKP?
J: Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
4. S: Apakah kriteria kelayakan BKP?
J: Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan
PERKESO seperti berikut:
i. Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020; dan
ii. Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021).
5. S: Berapakah bayaran BKP yang akan diterima?
J: Bayaran BKP yang akan diterima adalah sebanyak RM500 secara oneoff.
B. Pembayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)
6. S: Bilakah tarikh pembayaran BKP akan dibuat?
J: Pembayaran BKP akan dibuat mulai 26 Oktober 2021 secara berperingkat. Pemakluman pembayaran BKP juga akan dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berdasarkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
2 Tarikh Dikemas Kini: 26/10/2021
7. S: Bagaimanakah kaedah bayaran ini dilaksanakan?
J: Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:
i. Pengkreditan ke akaun bank
Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.
ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR /BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.
C. Semakan status
8. S: Bila dan bagaimana semakan status BKP boleh dibuat?
J: Semakan status BKP boleh dibuat di Portal Rasmi BKP
(https://bkp.hasil.gov.my) mulai 26 Oktober 2021.D. Hal-hal lain
9. S: Saya telah menerima bayaran dan ingin menolak bantuan BKP. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran BKP yang telah diterima?
J: Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
i. Mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad / Nombor Pengenalan, alamat surat menyurat dan sebab pemulangan; dan
ii. Lampirkan draf bank / cek yang mengandungi jumlah bayaran atas
nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan);
dan
iii. Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2 62592 Putrajaya
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply