Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1432 Masihi, sambutan yang akan diadakan pada hari esok hari selasa iaitu dengan TEMA KEBANGSAAN 2011 “1 MALAYSIA 1 UMMAH†yang bertujuan umat Islam diseru untuk bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara di samping menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunah.
Majlis sambutan di peringkat kebangsaan sama lokasinya di Putrajaya iaitu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya Selasa ini (esok beb!).
Siapa yang ada?
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis perasmian sambutan tersebut.Syukur Alhamdulillah. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet serta perwakilan dari luar negara juga dijadual menghadiri majlis tersebut.
“Majlis ini merupakan salah satu acara rasmi negara dan ia merupakan usaha kerajaan bagi menegakkan syiar Islam.
Berapa orang kontijen esok??
Apa yang difahamkan, seramai 10,135 peserta daripada 112 kontinjen akan menyertai perarakan dan perhimpunan pada majlis sambutan tersebut.
”Ia terdiri daripada 42 kontinjen kerajaan, 15 kontinjen badan berkanun, 16 kontinjen swasta, 11 kontinjen pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sembilan kontinjen institusi pengajian tinggi (IPT) dan 10 kontinjen sekolah.”
Aktiviti lain?
Pelbagai persembahan menarik akan diadakan seperti deklamasi sajak, syair rakesh, nyanyian gabungan bahasa Arab dan Inggeris, bacaan rawi, nazam dan selawat beramai-ramai serta pengurniaan Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul.
Oleh yang demikian, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut yang akan bermula pukul 7.30 pagi dengan perarakan kontinjen dan seterusnya majlis perhimpunan pada pukul 8.30 pagi. Seeloknya pakai pakaian yang sopan, dan digalakkan lagi memakai baju melayu bagi lelaki dan perempuan baju kurung.
Dalam pada itu juga, ada sekolah-sekolah yang membuat aktiviti menyambut maulidur Rasul di seluruh tanah air kita. Sama-samalah kita memeriahkannya. Insyallah.
Ismail N says
Salam Mauldiur Rasul bro.
Sama-sama lah kita meraikannya dan awasi jerat valentine 😀
Zik says
awas2.. valentine.. tak mahu cerita dah… semua orang dah cerita.. huhu
tengkorak emas says
bro..masihi atau hijrah?
atau sama sahaja?
Zik says
sama jer..
JMB says
Salam Maulidur Rasul…
Artikel yang amat berinformasi..
Minta share ya sheikh!!!
Zik says
boleh.. ajer sheikh…
JMB says
terima kaseh…. moga Allah memberi rahmat keatasmu.. amin…
Sabahan Bloggers Club says
Awalnya buat ucapan maulidur rasul…. 😀
Selamat menyambut Maulidur Rasul buat Zik. Apa aktiviti esok?
Zik says
duduk rumah berehat… huhu
alif says
slmt mymabut maulidur rasul…huhuhu esok kene berarak lak pulak
Zik says
owh yeker… bestla juga… teringat time sekolah2 dulu.. huhu
bain says
selamat menyambut maulidur rasul. moga yang terbaik utk kita semua, amin…:)
noorbaizura mazlan says
salam maulidur rasul
Zik says
moga2 ianya bermanfaat untuk kita semua…
Gerrard says
salam maulidur rasul^_^
Zik says
salam maulidur rasul…. dari zikrihusaini.com ..huhu
http://azizankadir.com/ says
selamat menyambut maulidur rasul buat semua .harap kita semua dapat hayati dan tahu erti sambutannya dan bukan setakat hanya menyambutnya sje..,…
Zik says
ya betul tuh…
Amry says
Selamat menyambut maulidul rasul….
Ada juga 1 Malaysia tu. hehe
Zik says
yang tuh aku no comment.. huhu
madlut says
selamat menyambut maulidur rasul zik, hari kebesaran junjungan besar kita, Nabi Muhammada S.A.W…:)
Zik says
syukran2…
decrewz says
Bagus2.. baik sambut maulidurrasul daripada valentime.. malam ni tengoklah apa jadi dgn valentime.. Dah macam biasa, ramai yang akan keluar tanduk dan ekor..hu3
adamfaiz says
Salam Maulidur Rasul Zik..
Zik says
selamat2…
Bro Ery says
Selamat menyambut Maulidur Rasul. Katakan tidak pada Velentenuk Day!
Zik says
velentenuk lah pulak… ayat baru nie..
syahrilhafiz says
selamat menyambut maulidur rasul buat semua..
pegi berarak tak esok?
Zik says
berarak kat rumah ..hehe.. rehat jer
nash says
salam maulidurrasul..
huhu.. esok cuti.. cuma aku rase cm xbest plak kalau aku follow kawan2 g genting.. baik rehat kat bilik n beribadahla sket time maulidurrasul 🙂
Zik says
owh yeker… so macam ne??
Ezany-Kun says
salam maulidul rasul.. semoga hari yg mulia ini kita penuhi dengan amalan2 yg berfaedah..
Zik says
amalan kerohanian..
tehr says
salam maulidur rasul
selawat dan salam atas junjungan
Zik says
syukur2…
zulkbo says
salam Zikr…
Salam saudara..
Ya nabi salam alaika
Ya rassool salam alayka
Ya habeeb salam alayka
Salawatol lah alayka
Di dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (al-Ahzab: 56)
Zik says
syukur ke atas… rahmat illahi…
zool says
tahun ni tak join plak perarakan kat melaka.. lagi jauh tahun ni
Zik says
owh yeker…
Mohd Shahrul Hafizi says
Selamat Menyambut Maulidur Rasul juga buat ko Zikri. Ko sambut di mana esok?
Zik says
aku sambut di kl… huhu..
Miss Tira says
Selamat menyambut Maulidur Rasul. ^^
Zik says
syukran 2.. moga kita beroleh rahmat…
saiful says
Selamat menyambut Maulidul Rasul dan selamat bercuti Zik
Zik says
selamat bercuti… hehe
arif says
aktiviti yang sangat berfaedah untuk umat Islam di negara ini…Alhamdulillah….
Zik says
ya betul tuh… aktiviti yang mendatangkan banyak manfaatnya..
aimannajmy says
jum pi berarak esok hehe..kat kawasan umah aku ni tiap2 tahun buat perarakan sambut maulidur rasul..semangat kejiranan memang utuh dari dulu lagi
Zik says
mari2 kita berarak…
aizuddin says
salam maulidur rasul bro..tak sambut valentine kan semalam :tongue:
Zik says
huhu.. mana ada , duk umah jer..
MDHAFiZ.NET says
aku baru lepas habis peraralan td kt hostel..haha..
seronok bro.. 1st time join…letih memang letih tp puas… 🙂
Zik says
yeker baru 1st time.. aku dulu time sekolah, kolej.. memang ada join.. huhu
slimdiet2 says
selamat menyambut maulidur rasul. tgk gak kat tv tadi sambil menunggu kete diservis
Zik says
owh yeker.. bagus2x..
muhammad fakhruddin says
Syukurlah ada juga pengisian daripada Sahibus Samahah Mufti Kedah. Cuma sedikit terkilan isu Mesir diulas hanya dari perspektif 1Malaysia, bukan dari konteks yang sebenar.
p/s:Alhamdulillah dapat bersama Ustaz Hasrizal dan Ustaz Maszlee Malik di Masjid Bukit Indah dalam forum Maulidur Rasul di sana.
Zik says
wah bagusnya… 1 malaysia itu sepatutnya tak berapa sesuai dengan tema tahun ini.. hurm…
Miss Tira says
Salam Maulidur Rasul. Semoga Islam akan terus subur dimuka bumi Allah s.w.t. Banyakkan salawat keatas junjungan besar Rasulullah s.a.w kita..
Zik says
insyallah.. itu yang kita harapkan.. moganya program seperti ini memberi makna..
suri says
tahun ni tak dapat follow kak ada bt majlis berbaris.berjalan2 maulidur rasul di masjid melaka huu.. sedi.tapi dpt g masjid kg sndri kira oklah hee..
Zik says
oklah tuh… huhu
Ali ridha says
semalam tak tahu nak buat apa.
cuma layan cerita Nabi serba sedikit.
Ali ridha says
Hari kekasih tak jadi la.
sebab di Taiping hujan lebat.
pasangan kekasih tak jadi nak keluar. :devil:
Zik says
erm kat johor bahru.. banyak juga yang kantoi… negeri lain tak tahu…
Ladfe Amir says
hari-hari pun maulidur radul. kena sentiasa melahirkan rasa cinta kepada kekasih Allah. semoga kita pun sama2 menjadi kekasih Allah. insyaAllah
mancai says
salam maulidur rasul…. maaf agak terlewat