

Sajak ramadhan untuk minggu 2 terakhir rasanya. Ia ada makna Tersurat dan tersirat. Apa yang aku faham mungkin tidak sama apa yang anda paham.
Andai ini ramadhan terakhir ku.
Dapatkah aku menebus segala dosa-dosa ku yang lalu..
Episod dendam yang masih belum terlerai…Kerana keegoaan aku sendiri…
Andai ini ramadhan terakhir ku…
Harus ku selesaikan urusan-urusan ku yang masih belum terlaksana..tadarus ku, zakat ku, sedekah ku, amal jariah ku…perjuangan ku yang masih belum lagi berakhir…
adakah sempat untuk aku bertemu malam lailatulqadar??
aku insan yang sering terleka..dengan urusan duniawi.. membuatkan aku terlepas dari kewajipan seorang muslim..
Andai ini ramadhan terakhir ku…
Ku maafkan segala kesalahan buat teman-teman ku dan keluarga ku yang disengajakan atau tidak,
dan mohon kemaafan apa yang telah aku lakukan secara sengaja atau tidak sengaja.
Andai ini ramadhan terakhir ku…
……(kalau nak sambung..)
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Moga-moga apa yang dihajatkan di makbulkan. Amin
Amin..
teringat drama Ramadhan Terakhir di TV3..huhu..ganas citer tuh
insaf.moga2 ada peluang untuk bertemu dengan ramadhan yang akan datang 🙂
andai ini ramadhan terakhir
biarlah senyum datang mengukir
biar pun hamba umpama fakir
penuh rela menadah takdir
harap2 ramadhan kali ni dapat merubah diri aku menjadi insan yang lebih baik berbanding dengan bulan2 dan tahun2 lepas
Insya-Allah
aku sambung…
mnta maaf atas segala komen2 aku sebelum ni yang mungkin perasaan anda semua sekalian..
salam..
sajak keinsafan ni
sedih lah..moga
masih bernafas
untuk Ramadhan
seterusnya..
Andai ini ramadhan terakhir dalam hidupku..
adakah aku mash berpeluang untuk bertemu dengan ramadhan yang akan datang yang belum tentu dapat berjumpa lagi.
adakah diri ini sudah cukup untuk melakukan ibadah kepada Allah. adakah segala ibadah yang dilakukan diterima oleh Nya.
bulan ramadhan hanya setahun sekali dalam hidup kita. peluang untuk bertemu dengan lailatul qadar hanya sekali dalam setahun. nikmat yang diberikan oleh Allah terlalu besar kepada hamba2Nya yang bertakwa.
beralih angin nih?… penampilan bakat baru dalam dunia sajak tanahair… Boleh tahan bro.. boleh tahan… 😀
sayu ak tgk tajuk tu,,
wah..tSnTuH aTeY…