Pada edisi yang lepas ada menceritakan mengenai serba sedikit habitat dan cara penjagaan ikan kerapu. Kita mengetahui KERAPU diantara ikan yang agak mahal dan amat digemari kerana isinya yang enak serta boleh dipelbagaikan cara masakannya.
Untuk menghasilkan masakan enak, ikan itu perlu terlebih dulu disapu dengan minyak bijan, sedikit telur, serbuk cili dan tepung ubi di bahagian perut serta seluruh badannya sebelum digoreng.
Resepi: Masak lemak ikan kerapu
- seekor ikan kerapu yang sederhana saiznya (dibersihkan dan dipotong-potong 4 bahagian) lumur garam dan serbuk kunyit dan goreng.
- *4ulas bawang merah
- *3 ulas bwg putih
- *1 inch lengkuas
- *cili besar 1-2 biji *beberapa biji cili padi(kalau suka pedas boleh letak banyak)
- sedikit serbuk lada hitam(optional)
- 2 keping asam
- 1 btg serai diketuk
- 1 biji tomato
- 200ml santan pekat campur dgn air skit dlm 50-100ml agak2 tak nak lemak sangat
Cara-caranya:
- Tumbuk dengan lesung bahan-bahan yang bertanda *.
- Masukkan bahan-bahan tumbuk kedalam periuk dan masukkan santan, serbuk lada hitam,serai yg diketuk
- Masak dengan api perlahan dan dikacau sekali sekali.
- Apabila mengelegak,perasakan dengan garam dan gula.
- Akhir,masukkan ikan kerapu goreng dan tomato. Sedia dihidang.
Tada dah siap. Main belasah jer nie.
ckata says
Kalo masuk tempyak sikit lebih enak!
Tak ade tomato, guna belimbing buluh juga sedap..
Salam
mekar says
selalunya org Perak terkenal dengan memasak bubuh tempoyak ni
nuyu says
kna goreng ikan tu dulu eh… klu tk goreng rasa dia aneh tk?
Zik says
boleh jer… kalau tak nak goreng.. tapi nanti rasanya lain sikit lah…
akubiomed says
Saya tidak makan ikan hanya mampu melihat sahaja resepi ikan kerapu
mekar says
eh..akubio, ruginya tak makan ikan. bayk sumber protein di situ
akubiomed says
Saya cari alternatif untuk sumber protin seperti kekacang
Nadri says
kenapa bro..ada allergi ker???
akubiomed says
Bukan alergi tapi lebih kepada tidak suka makan kerana pernah melalui pengalaman buruk bila penyediaan ikan tidak sempurna apabila dimasak masih terasa hanyir macam makan ikan mentah sahaja
Ismail N says
kalau bagi resepi ni sama kawe, tetap lain gak jadinya bila masak nanti… merapu bukan kerapu lagi… 😆
tehr says
haha
sama ngan aku
resepi merapu
aku memang tahu makan je
suri says
lapar tapi kt bwh tak der jual lauk ni heee..
hai zik diam jer aman kamu mennyorok ni hee…???
Zik says
owh yeker.. susah sikit nak ada jual2 kat kedai biasa… memang jarang2 ada..
madlut says
ikan kerapu, kalau musim nk dekat raya cina, hoho…yang besar2, semua menjadi rebutan
Nadri says
harganya pun melambung tinggi…
akubiomed says
Sekarang ini sudah dikomersialkan penternakkan ikan kerapu
decrewz says
Nyum2.. Tengahri ni rasa cam nak cari lauk ikan kerapu nih..he3.. Balik nih boleh la suruh org umah masak… 🙂
Zik says
hehe… orang rumah kena cari ikan kerapu dulu..
MDHAFiZ.NET says
lama x makan ikan kerapu..kalau pancing sendiri makan time tu jugak memang fresh!
Zik says
memang terbaik dari kolam
iza says
Assalam..
Kalau ada ikan yg sedap2, terbayangkan masak 3 rasa…
Masak lemak kurang sikit..
Nadri says
selalu order siakap 3 rasa saja klu makan dkt luar…
mekar says
Salam Zik,
Wah teruja seketika lihat blog org lelaki letak resipi nih. Satu idea yg bagus buat surirumah spt mekar ini.
pss: biasanya mekar kalu masak gulai tak pernah pula goreng dulu ikan tu. Mungkin lagi sedap kot kalu goreng dulu ya ?
Zik says
terpulang lah , ada yang terus jer.. ada yang goreng dulu.. yang pasti rasanya memang berbeza..
Ramli says
boleh bakar tak ikan..mana tau lg sedap.
Miss Tira says
Ikan Kerapu ni feveret Tira masak masam manis.. Huhu.. Tapi resepi Zik memang marveles..
Zik says
owh yeker… masam manis..sedap juga tuh
chii says
hurm…jarang mkn ikan kerapu..tp bleh ar chii salin resepi ni..mana tau akan dtg nak cuba try test ke =)
Zik says
selamat mencuba …hehe
Andy says
Perghh !!mengancam betul resepi ikan kerapu bro zik kali ini,selalunya family buat 3 rasa jer kerapu ne ngan sambal tumis ..
Zik says
dengan sabal tumis pun feveret aku nih..
aimannajmy says
mak aiih kecur ayaq lioq tengah2 malam tengok gambar hidangan tu hoho, dah lama aku tak makan kerapu huhu
Zik says
sekali sekala boleh juga layan.. hehe. .susah nak cari ikan kerapu nih..
donha says
nice bro..tapi bujang2 gini, tak terniat lagi nak salin resipi ikan kerapu. goreng telur dengan kicap pun boleh… o.o
Zik says
keh2.. hari biasa oklah.. kalau hujung minggu , sempat untuk spend masa buat macam nie.. sekali sekala… kasi berasap dapur tuh..
Nadri says
salam zik,
ikan kerapu kalau masak stim nyonya pun sedap jugak..
2 minggu lepas masa pergi pangkor, sempat singgah tengok pembiakkan kerapu dalam sangkar..ada yg beratnya sampai 10 kilo seekor..
Zik says
10 kg?? hush besar tuh..
titan says
aku reti makan aje. malas nak masakk..
Zik says
hehe.. kalau ada orang rumah… senang lah kan… yang bujang nih ..adoi…
cik tom says
pandai masak ker?hehe…
cik tom xsuka makan ikan kerapu…
Zik says
kenapa tak suka cik tom???
Hisyam says
Zik ni pakar memasak jugak rupanya.
Zik says
makan pun pandai jugak… hehe
yas says
Ni resepi turun temurun ke bro? caya arrr…
tp bg aku yg kaki mancing ni…kerapu merah,bara tu kompom aku anta kat kedai…3 rasa arrr…hehehe
vanfery says
jarang ikan ni dimasak sebegini rupe…. selalu dgar msk stim je….
tapi ni ala kg…peh mantop beb…mesti sodap……
Zik says
ada, boleh jer kalau nak masak,, kena tahu caranya jer…hehe