Ya, sudah minggu ke 7 semua imam muda kita ini berjuang. Baru sekarang nak memperkenalkan satu persatu imam muda kita nie. Sementara masih tidak sibuk, adanya aku cuba memberikan sedikit latar belakang dan sedikit info apa yang boleh dilakukan. Ulasan untuk minggu ke 7 nanti akan aku buat, insyallah paling lewat hujung minggu ini. Nantikannya.
Untuk pengetahuan anda, Imam muda Ali merupakan peserta yang pertama ditamatkan pengajian pada minggu ke 6 bersama imam muda fadhli dari Brunei. Namun, beliau masih lagi diserapkan untuk belajar lagi secara underground.
Mohon maaf sekiranya ada salah, sila betulkan di ruangan komen.
NAMA: | ALI KHAIRUDIN BIN HAJI ABDUL MARIF |
UMUR: | 26 TAHUN |
TARIKH LAHIR: | 20 FEBRUARI 1985 |
ASAL: | SABAH |
PENDIDIKAN: | SPM DARI SMK BEAUFORT 2, SABAH |
PEKERJAAN: | GURU KAFA |
STATUS: | BUJANG |
Mengenai imam muda Ali. Kalau melihat perwatakkannya dalam minggu 1 hinggalah minggu 6. Beliau seorang yang peramah dan juga sentiasa senyum selalu. Walaupun sentiasa berada dikedudukan yang terbawah hampir setiap minggu, namun IM Ali ini senantiasa tidak mudah berputus asa. Dari segi praktikal beliau memang tidak ada masalah, cuma lemah dari segi teori.
Bergelar seorang Guru KAFA tidak menghalang minatnya dalam muzik. Bila bercerita mengenai hobi, beliau juga meminati lagu Rock. IM Ali adalah anak ke 13 dari 17 adik beradik satu ibu dan ayah. IM Ali juga seorang pelukis kartun dan ‘hair stylist’ lelaki. Kalau tengok dekat facebook profail dia, macam-macam stail rambut ada.
Gambar Imam muda ali sepanjang Program Imam muda 2 2011.
Ketika uji bakat.
Ketika pengumuman Imam muda ditamatkan pengajian bersama imam muda fadhli.
Video temu ramah bersama Imam muda Ali:
Jom like page facebook Im Ali Khairuddin
Sekian, akan diupdate dari gamabr dan info sekiranya ada pembetulan dan penambahan.
Sumber facebook imam muda dan astro Imam muda.
beliau ialah sepupu blogger krolezone kan? 🙂
Owh. ada chance ni dapat sokongan dari blogger semua. 🙂
ya ke? jom pakat undi… 🙂
imam muda Ali ni aku tgk mmg murah giler dgn snyuman.. respek la.. susah2 pun dia snyum
imam muda ali ni memang murah dengan senyuman .
mungkin , dialek dia buat dia tersingkir kot.
tak tahu lah, mungkin tak de rezeki 🙂
kl gengster [syamsul yusuf disaman pekida] *nak baca lebih lanjut, bace review ni 🙂 [review] kl gengster dapat sambutan|disaman pekida
Sepupu krolezone?
memang senyum selalu je dia ni. cuma dia ni bila bercakap nampak macam kekok sikit, munkin sebab nak kontrol slang sabahnya
semoga ALLAH melindungi kehidupanmu dunia dan akhirat………..semoga ALLAH percepatkan pertemuan pendamping hidupmu di dunia dan akhirat……..
amin