Malaysia vs Korea Selatan dijadualkan akan bertemu di Kunshan stadium, China pada 20.1.2018. Bertemu pasukan Kepop nampaknya bukan mudah untuk laluan kali ini. Setelah menewaskan pasukan arab saudi, kita telah membuktikan pasukan malaysia bukanlah pasukan ayam-ayam lagi macam dulu. Last kejohanan kita tewas tipis 0-1 dengan pasukan thailand dalam kejohanan sukan sea. Namun kita layak ke afc setelah menjadi juara kumpulan ,
Satu lagi cabaran cukup besar untuk kita di mana kita tahu Korea Selatan mempunyai pemain-pemain cukup berkualiti, bukan satu atau dua pemain sahaja tetapi secara keseluruhan pemain mereka memiliki kredibiliti dan pengalaman cukup luas dalam peringkat antarabangsa ini.
“Untuk bertemu Korea Selatan pada peringkat suku akhir nanti, kita perlu lebih berdisiplin dan dalam masa yang sama menunjukkan apa yang kita buktikan ketika bermain dengan Jordan, Arab Saudi dan Iraq,” Datuk Ong Kim Swee
Sedikit analisis.
Setelah aku buat kajian tentang kesemua aspect korea selatan (KS), Mereka tidak pernah fikir bahawa opponent di suku akhir mungkin bertemu Malaysia. . Wa dengar sebelum afc u23 mula, mereka dah buat kajian tentang pasukan Iraq, Arab Saudi dan Jordan sahaja.Tanggapan mereka bahawa mungkin akan bertemu antara 3 pasukan ini di suku akhir. So Malaysia tidak ada seorang pun kisah. Dan baru pula bila dapat tahu jurulatih mereka tengah mengkaji corak Malaysia bermain.
Dan buat tactical tepat untuk kalahkan malaysia. Bagi mereka berangapan mudah untuk layak ke semifinal. Mereka berpandangan rendah ke atas team team Asia tengara.. First half mereka akan buat presing abis abisan… so kena tahan serangan mereka untuk 45 minit. Apakah akan gol awal dari KS
2nd half mereka ada kekurangan mungkin faktor keletihan. Mungkinlah, tapi masa aku tengok korea selatan vs Austrlia , mereka dapat 2 gol awal, dan satu gol separuh masa kedua. Keep in pressing , tapi austrilia tak putus asa separuh masa kedua dapat dua gol.
Midfield mereka adalah segalanya., function laju dan point passing yang tepat walaupun short atau long pass.. so Malaysia perlu ada team midfielders yang boleh kucar kacirkan mereka di point ini..
Defense tak banyak beza dengan pasukan Malaysia.
Penyerang mereka dapat bola, mereka akan shoot on point dan target. ( bukan ke laut). .semuanya start dari midfield. Kalau Malaysia boleh buat yang ini pasti kemenangan milik kita. So, apakah taktikal yang malaysia harus terapkan untuk berdepan dengan korea selatan? ?4-4-2, atau bertahan 5-4-1 , 5-3-2 atau 3-3-4 ke?
Corak permainan KS, ini lebih kepada short pass dan pantas, itu yang kita takut tengok diaorang main. Kita tak boleh pandang rendah dan terlalu hormat pasukan ini. Sebenarnya kalau ikutkan dari segi tubuh badan, lebih kurang jer sama.
Kita akan buat analisis yang lebih lagi nanti, korang tunggu jerla. Kalau sempat. Tak sempat, minta maaflah yer. Hehe..
Leave a Reply