Haiya, ini Ah-Long sudah tiba tunjuk taring untuk kutip duit!!! :w00t: :w00t:
Mulai Jun tahun depan, semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwajibkan membayar balik pinjaman :cwy: :cwy: secara potongan gaji bagi menangani masalah hutang tertunggak.
Apa yang ditegaskan oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said, hanya dengan cara itu pihaknya dapat mengutip semula hutang daripada lebih 46,000 peminjam yang liat/tak mahu nak bayar hutang, walaupun duit nuffnang dah banyak!!!
Dimaklumkan kepada peminjam semua, PTPTN akan membentangkan cadangan meminda Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu di Parlimen paling lewat pada awal tahun depan.
‘‘Kita akan membincangkan mengenai pindaan Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu pada hujung bulan ini dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan cadangan itu akan dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan,”
Pemangku Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusuf. Menurut Ismail, PTPTN akan menunggu keputusan kerajaan sebelum melaksanakan skim potongan gaji peminjam bagi mengutip semula pinjaman tabung tersebut.
Dalam pada itu juga, PTPTN juga mengambil kira pelbagai perkara supaya tidak mengganggu pemberian pinjaman kepada peminjam lain yang bakal melanjutkan pengajian pada masa depan.
Pemotongan gaji yang mudah dilihat tidak berkesan.
Pembayaran secara sukarela oleh peminjam seperti melalui pemotongan gaji, bank dan secara atas talian dilihat tidak berkesan apabila 46,000 daripada 1.6 juta peminjam tidak pernah membayar balik pinjaman.
Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, sejak 1997 sehingga Julai lalu, PTPTN telah mengeluarkan dana pinjaman sebanyak RM23 bilion daripada jumlah dana yang diperuntukkan iaitu RM35 bilion.
Tak mencapai target, menyebabkan PTPTN berbuat demikian!!
‘‘Sepatutnya Julai lalu kita berjaya mengutip semula RM3.6 bilion daripada RM23 bilion itu namun setakat ini, kita hanya mampu kutip RM1.8 bilion ekoran kedegilan peminjam yang liat membayar semula pinjaman.
‘‘Daripada jumlah keseluruhan 1.6 juta peminjam, hanya 42 peratus atau 600,000 peminjam yang membayar balik pinjaman,” (Siapa lah tuh, agaknya, hehe).
Dalam pada itu juga, Perdana Menteri kita nie, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengarahkan PTPTN supaya bekerjasama dengan kementerian dan jabatan kerajaan terlibat bagi mendapatkan data lengkap peminjam. So kepada sesiapa yang meminjam PTPTN kena pastikan bayar hutang tuh, dengan sistematik, insyallah akan habis bayar ikut jadual.
Pasal yang ptptn banyak tipu peminjam tuh aku no komen la, memang ada kata kawan-kawan aku nie yang meminjam dari tipupitiptihan nie, katanya ada cas tersembunyi, ikut agreement yang lama (ikut interest, sakit gak tuh). Yang sekarang nie katanya tak bayar sebulan dia cas rm50.00. Betulkan kalau salah.
Sumber disini.
Dila.13 says
Alhamdulillah tak perlu bayar pinjaman pelajaran sebab dapat biasiswa. tapi masih tak cukup nak tampung makan minum sebab kat uni dulu makanan mahal ya amat.. kalau dari masa belajar dulu saya dah buat part time freelance ni, insyaAllah tak payah kacau parents mintak duit bila dah ujung2 semester. hehe 🙂
Zik says
hurm wah syoklah… dean list nie…hehe…. dulu internet tak berapa nak meluas….
ST says
Perghhh.. dasat tullah. Bila nak abes kalau ada cas tersembunyi?
Zik says
wallahuallam… deme nak untung …. jer…
nadia abdullah says
salam ziarah..
mse teman sem 6, PTPTN dh hntr surat suruh byr blk, sdgkn teman ngaji pon blom abis…apa da…
biler teman hntr surat minta tangguh pembayaran PTPTN sbb sambg bt degree..diorg reply sila bayar rm 3 ribu lebey utk pemprosesan. Jika anda gagal, maka permohonan anda tidak akan diproses…mak aih..so teman pon malas nk layan surat2 die yang dihantar ke umah sbb surat teman pon diorg x layan heeee
Zik says
owh tak sangka macam tuh ek ptptn.. memang kaki tipu…. grrrr
fitri says
lah..yeke die cas rm50 sbulan kalo skip bayar bulan tu..alhamdulillah..stakat ni elok je tiap2 bulan aku bayar… :angel:
Zik says
owh bagusla macam tuh…
mijie says
cas setiap bulan hampir rm50, pastu setiap bulan kena bayar hampir rm170, huhuhuhuhu……kalau potong gaji nak buat mcm mana, pasrah je la
Zik says
nak tipu jer ptptn nie….. grrrr
suri says
oh tak sangka pinjaman mara masih ramai juga yang meminjamnyer..
alangkah bagus klu dia dapat tolak dari sebahagian gajiku..tdk perlu le ujung bulan suri nak beratur lama2…
Zik says
ptptn paling tinggi sekarang nie dari vote lah…huhu….
zezebel says
Tahun depan saya nak berhenti kerja lar. Hehehehe….
lowongan kerja says
tak kerja macam mana nak dapat penghasilan ;)?
Zik says
hurm betul juga tuh…
aktechpage.com says
Cas lebih… janganlah mcm tu…. Riba tu…
Zik says
memang diaorang tak makan saman…. bro…tak tahu la…
Shaffik says
Bagus jugak macam ni. Untuk mereka yang liat nak bayar. Ada yang langsung tak pernah bayar…cam ner tu?
Zik says
memang patut kena bayar..cuma cas tersembunyi dari ptptn nie harus dibanteras
kulanz says
memang sesuai sangatlah tu potong gaji terus..
susah juga kalau peminjam tak bayar PTPTN tu.. nanti orang lain susah pulak nak pinjam
Zik says
sebab tak bayar… yang lain susah nak dapat pinjaman…
anuarkarimz says
masa zaman aku tak jumpa perkataan PTPTN sebab semuanya subsidi 😀
Zik says
wah syoknya bro…
tehr says
hutang memang wajib dibayar
cuma… kalau masih belum bekerja dan mendapat kerja, bagaimana mahu membayarnya?
mereka pula minta lanjutkan umur bersara 60 tahun [kalau lulus mungkin diminta lagi lanjutkan umur bersara sampai mati]
susah nak dapat kerja sekarang = susah nak bayar hutang
Zik says
memang susah nak cari kerja sekarang nie…. alamak lagi berapa bulan jer nie.. nak habis belajar… kena intai2 peluang yang ada sekarang nie…
Khairol Ghani says
hehe..tapi aku kira ok la,sekali bayar terus bayar banyak..bukan tak bayar langsung..pandai pinjam,pandai la bayar
Zik says
hebat bro… good2… kena fikir nak bayau lepas habis belajar nie… dah dekat dah nie
myFirdaus says
dh susah sngat nk suoh org byr, so terpaksa buat smpai mcm ni skali… huhuu…
Zik says
nak buat macam ne…… duit dah banyak pun liat nak bayar..
dedoku says
aku tak faham ngan formula pinjaman tu..kalau sape2 tak caya leh rujuk laman ptptn.
Zik says
memang mengelirukan… sebab deme nak duit… tahun lepas tak lepas target .. so tahun nie nak cari cara lain… huhu pening2x…
Ali ridha says
aku pinjam kat abah je.belajar rajin2 tau.
Zik says
wah… syok3….
dhiyafaris says
nasib baik aku pinjam mara.
hahaah:)
Zik says
wah good2…. tapi kena bayar juga… kalau tak dean list lah..hehe
titan says
dah ada hutang. bayar ajela. ramai lagi orang nak pakai duit tu..
Zik says
huh betul tuh bro…. bak sikit komisen TLA bro tuh..hehe
ishak says
yea along berlesen mula menangih hutang……aku study dekat kolej dulu…kakak aku bagi pinjaman dekat aku untuk bayar yuran.huhu..sepatutnya ptptn kurangkan riba dalam memberi pinjaman pada pelajar…….
Zik says
riba dan cas2 tersembunyi… adoyai… grr :angry: :angry:
Bro Framestone says
ok gak cadangan tue…
sekurang2nye tertolak gak sikit gaji untuk bayar hutang tue kan… hutang bank, kereta, rumah leh je tolak.. nie kan pulak ptptn kan
Zik says
macam2 hutang sekarang nie bro… hutang budi jer… huhu
Bro Framestone says
hutang budi.. pakai body la bayar he..23x
Hairi says
Salam 1 Malaysia… Kepada sesiapa yang mempunyai masalah hutang PTPTN or disenarai hitamkan boleh hubungi sy untuk menyelesaikan masalah hutang PTPTN ni. 012-7567818 Hairi. Serius sahaja.
Zik says
terima kasih diatas perhatian saudara…
eimsperfume says
aku tak suka PiTiPiTiPu ni..
aku tak setuju juga cara peminjaman..
Kalu buleh xyh la pinjam @ even biasiswa yg selalunya mesti ada udeng disebalik batu..korang akan terikat dengan kontrak. so pk dlu btul2 kalau nk ambil biasiswa pun. ”kat poll kat atas tu aku vote lain2… sebab tak ada choice untuk “jangan meminjam” … huhu :pouty:
Ed says
Semua masalah ada jalan penyelesaiannya..Nak dengan tak nak ajer
ayu says
PERUNTUKAN KERAJAAN—-(bagi dana)—> PTPTN*kerajaan—–(yuran pengajian)—->IPTA*kerajaan—-(HASIL Dana IPTA)—–>PERUNTUKAN KERAJAAN= Jawapanya kerajaan dapat duit kerajaan balik..tapi pelajar dapat HUTANG…
so sepatutnya IPTA Free.. dan ptptn hanya bayar kos duit belanja je
kalau salah tolong betulkan ye..kami budak baru abis belajar…hehehe
daimpressive says
Suatu penulisan yang kreatif.
Ini suatu perkongsian
http://suaraserak.blogspot.com/2012/01/ptptn-bayaran-balik-dan-pelepasan.html
Silalah jenguk.
Terima kasih