• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Alam sekitar / Pokok Kaktus, nama saintifik, ciri-ciri khas, perubatan dan fengshui kepercayaan orang cina

Pokok Kaktus, nama saintifik, ciri-ciri khas, perubatan dan fengshui kepercayaan orang cina

Zik · Jan 26, 2011 · 51 Comments

Share this on WhatsApp

http://3.bp.blogspot.com/_6eb2HNuKkV8/TF_4TEbVFdI/AAAAAAAAAQE/oiyzghT4oBM/s1600/geo+p4.jpg

Pokok kaktus merupakan salah satu pokok hiasan rumah yang sangat mudah untuk dijaga, selain mempunyai ciri-ciri khas yang berduri, sangat berguna untuk tujuan psikologi.

Nama saintifik bagi pokok kaktus.

Pengkelasaan pokok kaktus ini ada banyak sebenarnya, ia berasal dari tumbuhan berbunga famili Cactaceae. Dilaporkan ada lebih dari 80 jenis spesis pokok kaktus ini. Untuk mengetahui jenis-jenisnya anda boleh rujuk di website ini mempunyai jadual dan pengkelasannya.

Bagaimana pokok kaktus ini boleh hidup tanpa air?

Pokok kaktus boleh menyimpan banyak air pada daun, pangkal dan akar bagi membolehkan ia hidup di kawasan kering dan padang pasir. Walaupun padang pasir memperoleh hujan yang sedikit tetapi pokok kaktus akan menyerap air sebanyak mungkin supaya ia boleh hidup semasa musim kering.

Manakala duri yang terdapat pada pokok berkenaan turut memainkan peranan penting dalam kitaran hidupnya. Duri yang tajam menghalang dan mempertahankan diri dari haiwan pemakan tumbuhan atau herbivor. Duri itu juga menghalang tiupan angin yang kuat terhadap pokok itu sekali gus mengurangkan penyejatan air dalam pokok itu.

Selain itu duri pada pokok kaktus turut berperanan membenarkan lembapan pada waktu malam berkumpul pada hujungnya dan kemudian air ini akan jatuh bagi membolehkan akar pokok itu menyerap air berkenaan. Pada waktu inilah pokok ini bertindak menyimpan CO2 dari lingkungan dan menyimpannya di vakuola dann digunakan ketika fotosintesis berlangsung.

Kegunaan dan khasiat.

Tumbuhan ini, kaya dengan logam dan berpotensi meningkatkan daya ketahanan badan semulajadi. Penghidap kencing manis, boleh mengimbangkan badan dengan mengurangkan kandungan glukos dan insulin.

Spesies Opuntia digunakan manusia untuk:

  • Batang mudanya, dikupas dan digoreng, dikukus atau dijadikan acar.
  • Bagi spesis Opuntia juga digunakan untuk dikomersialkan, dalam kosmetik dan ubat-ubatan.
  • Bahagian akar dari spesies kaktus yang lain diolah dalam cairan gula untuk dijadikan permen.

Fengshui.

Bila dilihat dari fengshui, tanaman kaktus mempunyai kekuatan sama dengan pokok mawar, sama-sama mempunyai ciri-ciri berbisa untuk menghalau hantu penanggal, santet dan eleme-elemen negatif yang lain.

Bila tanaman ini diletakkan di dalam rumah, bukan kekuatan penolak santet yang keluar, tapi malah kekuatan menolak rezeki yang datang.

 

fengshui dalam kaktus

Sumber : semaian.net. Gambar blog , dan shivong

Share this on WhatsApp

Alam sekitar ciri-ciri pokok kaktus, hidupan pokok kaktus, kajian mengenai pokok kaktus, kaktus dalam perubatan, kebaikan pokok kaktus, kegunaan pokok kaktus, nama saintifik pokok kaktus

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. admin says

    January 26, 2011 at 9:17 pm

    Eh.. pokok kaktus boleh makan yer? la.. aku masih ingat, dulu pokok kaktu kat rumah aku tu cepat membiak, selalu jer kena cantas dan buang. Langsung tak tahu pun apa kegunaannya. Yang aku tahu, duri dia memang sakit kalau kena.

    Thanks bro..

    Reply
    • Zik says

      January 27, 2011 at 1:27 pm

      dekat indonesia dia buat makan…. kat malaysia sini buat ubat jerla…

      Reply
      • dnoBiz says

        January 27, 2011 at 7:52 pm

        aku masa kecik lagi dah tau pokok kaktus ni boleh dimakan dan dijadikan sumberuntuk mendapatkan air sebab masa kecik dulu aku suka tengok cerita cowboy…
        Last capral… πŸ˜€

        Reply
      • suri says

        January 28, 2011 at 10:51 am

        erm.. santet apa??

        Reply
        • Ladfe Amir says

          January 30, 2011 at 12:28 am

          santet tu sejenis ilmu sihir yg glamour di negara indon..

          Reply
  2. etomyam says

    January 26, 2011 at 9:25 pm

    bila di tenung lama-lama cantik jugak kaktus hehe

    Reply
    • Zik says

      January 27, 2011 at 1:27 pm

      cantik jer walaupun berduri…

      Reply
  3. staf berita-harian.net says

    January 26, 2011 at 9:58 pm

    kaktus ni banyak pula kebaikannya.. walaupun berduri..

    Reply
    • Zik says

      January 27, 2011 at 1:28 pm

      berduri… bukan sebarang duri… kena sekali… hadoi..

      Reply
      • donny says

        January 27, 2011 at 9:23 pm

        Seminggu duduk kat hospital..haha

        Reply
  4. suffer8zine says

    January 26, 2011 at 10:29 pm

    pokok ni banyak kat umah rumah den…. sapa nak beli??

    Reply
  5. iza says

    January 26, 2011 at 10:33 pm

    Salam..

    Tak sanggup nak makan pokok kaktus…huhu…
    Dulu pernah beli 7 pokok kat cameron, pastu lupa nak siram, terus kering kontang, kesian dia…

    Reply
    • Zik says

      January 27, 2011 at 1:28 pm

      sekali seminggu siram pun dah ok..

      Reply
      • iza says

        January 27, 2011 at 1:31 pm

        Kes lupa berminggu-minggu la ni….

        Reply
  6. rashid says

    January 27, 2011 at 12:00 am

    Kaktus la yang senang nak jaga, air kasi seminggu sekali pun tak pe, siap boleh skip 2 minggu sekali lagi, still hidup..pape pun, kalau tersesat kat padang pasir, carila pokok kaktus ni, batang dia ada air, macam akar kayu dalam hutan..

    Reply
    • akubiomed says

      January 27, 2011 at 1:37 am

      Saya pernah tanam pokok kaktus tapi tidak menjadi kerana terlebih siram air.

      Sekarang ini adda jual pokok kaktus yang jenis mini didalam pasu kecil comel juga

      Reply
  7. tehr says

    January 27, 2011 at 2:23 am

    baru je buang segala jenis pokok kaktu
    duri dia menyeksakan terutama kepada anak2 kecil

    Reply
    • Zik says

      January 27, 2011 at 1:29 pm

      kena telak tinggi.. kalau yang jenis pasulah… kalau tanam bawah tanah… susah lah.. memang kena potong…

      Reply
  8. saiful says

    January 27, 2011 at 2:25 am

    kalau kaktus yg kecil2 tu,okla buat perhiasan.kalau yg besar2 nampak bahaya sikit,takut budak2 terkena durinya.

    Reply
    • Zik says

      January 27, 2011 at 1:33 pm

      yang kecik2 tuh cute jer letak dekat pasu yang kecil , yang ada orang jual sekarang nie…. besar2 nie… bahaya jugak… kalau terjatuh barang kat situ.. nak ambil pun susah, takut tercucuk…

      Reply
  9. ardzham says

    January 27, 2011 at 3:26 am

    kaktus yang kecil-kecil memang menarik, apatah lagi kalau di jaga rapi oleh pemilik yang berseni. namun ada juga pemilik yang langsung tak berseni macam saya. tanam dan tinggal. tak siram selalu pun tak apa sebab kaktus banyak simpan air tak macam pokok lain.

    Reply
    • Zik says

      January 27, 2011 at 2:10 pm

      pokok kaktus tak perlu jaga sangat…

      Reply
  10. tengkorak emas says

    January 27, 2011 at 9:09 am

    oh jadi org cina mesti tak letak kaktus dalam rumah, melainkan di luar rumah untuk menolak santet..

    Reply
    • Zik says

      January 27, 2011 at 2:10 pm

      letak kat luar rumah.. halau hantu.. katanya

      Reply
  11. kami says

    January 27, 2011 at 11:21 am

    ingat nak tanam kat umah ari tu tapi asik tak jadi je, kali ni kena tanam juga..hehe

    Reply
    • Zik says

      January 27, 2011 at 2:11 pm

      selamat menanam…hehe

      Reply
  12. papabear says

    January 27, 2011 at 3:30 pm

    kat rumah ada 2 3 pokok… kecik2 beli kat cameron highland. dah bertahun2 size tak besar2 sebab duduk dalam pasu kecik tapi tetap hidup. memang hebat cactus nih.

    Reply
    • Ladfe Amir says

      January 30, 2011 at 12:29 am

      kena tukarkan pasu dan tanahnya..baru ianya akan membesar. kalu membesar, akan jadi lebih cantik

      Reply
  13. dnoBiz says

    January 27, 2011 at 7:53 pm

    masa kecik aku panggil pokok cowboy….
    pokok ni juga dikatakan mempu menghalang rumamah dari dipukau

    Reply
    • Zik says

      January 30, 2011 at 1:50 am

      ya ada pernah dengar orang cakap….

      Reply
  14. boss says

    January 28, 2011 at 1:13 am

    pokok kaktus mmg pokok paling mudah dijaga.. siram air jarang2.. mmg tahan pokok ni… πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      January 30, 2011 at 2:05 am

      tahan lama dan lasak…

      Reply
  15. hyprobulksmsreview says

    January 28, 2011 at 5:53 am

    Ingat lagi dulu saya pernah minum air dari kaktus,. konon2 nak itu survivor. Last2 jumpa doktor kerana tekak bengkak huhu.

    Reply
    • Zik says

      January 30, 2011 at 2:05 am

      owh yeker… tak tahu lah pulak.. konon2nya man vs wild lah ek..

      Reply
  16. suri says

    January 28, 2011 at 10:55 am

    hantu penanggal? lariiii..

    terus ingat cerita org dulu2 pasal hantu nie hiii

    Reply
    • Zik says

      January 30, 2011 at 2:06 am

      sekarang nie ada lagi… tapi tak banyak macam dulu…

      Reply
  17. MDHAFiZ.NET says

    January 28, 2011 at 11:34 am

    setiap apa yg ada di bumi ini pasti ada gunanya.. bukan dicipta utk suka2.. πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      January 30, 2011 at 2:07 am

      ya betul ada hikmah…

      Reply
  18. Ladfe Amir says

    January 30, 2011 at 12:32 am

    dulu masa aku belajar ambil diploma dulu..saya ada 3 pokok kaktus yg membesar ngan cantik hinggakan aku terpaksa tukarkan pasunya.

    tapi bila bawak balik kpg, org tua aku buang pokok tu. huhuhu..

    la ni, wife aku beli 5 pokok kaktus di cameron highland..skrg cuma 3 je yg masih hidup.

    Reply
    • Zik says

      January 30, 2011 at 2:08 am

      nanti lama2 dia boleh bertambah tuh.. hehe

      Reply
  19. Dila says

    March 15, 2011 at 11:43 am

    saya baru je beli 6 pokok kaktus..balik dr cameron ari 2..dh la pegi sane pn xda plan..tau2 je g.hahaha..ne pn gse tetibe je nk jdkan hobi kumpul koleksi kaktus..arap2 mjadi la kaktus ne..baru experience 2 ari jga..huhuhu..

    Reply
  20. leya says

    May 3, 2011 at 11:52 am

    nak tau macamana cara penjagaan cactus

    Reply
  21. Atiyah Idrus says

    September 22, 2011 at 1:52 pm

    terima kasih atas info berguna ini . Sya gunakannya untuk pmbentangan kelas . Alhamdulillah, jumpa jua ! πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      September 22, 2011 at 5:13 pm

      ok… dah present ker….

      Reply
      • Atiyah Idrus says

        May 27, 2012 at 10:49 am

        dah lammaaa present . terima kasih . haha . matrik pun dah sebulan habis .

        Reply
        • Zik says

          May 28, 2012 at 12:18 am

          kwang2x

          Reply
    • nur nayli nasuha bte zainal says

      March 27, 2012 at 4:57 pm

      yup same lah kite
      utk pembentagnan kelas………….time ksih sume!!!!!!!!!!

      Reply
      • Zik says

        April 1, 2012 at 11:22 am

        mantap…

        Reply
  22. hawanis says

    October 30, 2011 at 9:40 pm

    memang betul… pokok kaktus saya pon makan tuan… anak saya bulan 7 hari tu baru lepas operation kaktus berduri panjang tu menusuk kat lengan dia tembus ke atas lengan.. tak pasal2 2k kena.. balik hospital mmg tebang terus.. tapi kaktus yg dlm pasu ada 23 jenis mmg saya syg… durinya pon x sebahaya yg satu tu

    Reply
    • Zik says

      October 31, 2011 at 12:38 am

      owh macam tuh yer… erm kena hati2 jugak nih…

      Reply
  23. leny says

    October 3, 2014 at 3:13 pm

    Berduri namun indah, perawatan pun mudah pula.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss