Perlawanan sudah pun pun berlangsung lebih kurang seminggu lebih. Ada kumpulan yang sudah menempah tiket ke peringkat seterusnya. Ya, tahun lepas (bulan lepas jer tuh), Malaysia baru sahaja menjuarai piala suzuki Aff 2010.
Manakala piala Asia, malaysia memang sudah tidak layak untuk menyertai kejohanan ini. Kegagalannya untuk menempah tiket ke piala asia, bukan bermakna tidak perlu mengambil perhatian, seharusnya kita, jurulatih dan juga pemain-pemain kebangsaan baik junior dan senior, melihat persembahan yang dipamerkan oleh negara-negara yang bertanding ini di Piala Asia 2011.
Melihat Jepun begitu garang membelasah Arab Saudi 5-0 pada perlawanan peringkat kumpulan yang sememangnya arab saudi telah tersingkir awal untuk mara ke peringkat seterusnya , buntu untuk menghasilkan sebarang gol (satu gol hasil perlawanan dengan Syria) dan tiada mata langsung.
Qatar, sebagai tuan rumah untuk kejohanan kali ini, telah menempah tiket untuk ke peringkat seterusnya, menduduki tempat kedua (Kumpulan A) 6 mata dibelakangnya ialah china P.R 4 mata.
Apa yang perlu diintai.??
Sudah tentu corak perlawanan, percaturan meletakkan pemain dan juga formasi-formasi yang dibentuk semasa perlawanan berlangsung. Perkara yang biasa dalam perlawanan bola, cuma dalam peringkat Asia ini, kadang-kadang tidak diambil perhatian. Yelah, duk layan EPL, liga-liga eropah dan juga liga sepanyol. Nak tahu, liga-liga malaysia, huh??
Senarai negara yang bertanding dalam Kejohanan ini.
Terbahagi kepada 4 kumpulan. 16 buah negara yang layak untuk bertanding dikejohanan ini.
Group A | Group B | Group C | Group D |
Qatar | Saudi Arabia | Korea Rep. | Iraq |
Kuwait | Japan | India | DPR Korea |
China | Jordan | Australia | UAE |
Uzbekistan | Syria | Bahrain | Iran |
Negara yang sudah menempah ke peringkat seterusnya.
Group A :- Uzbekistan dan Qatar.
Group B :- Jepun dan Jordan.
Group C:- Belum tentu lagi
Group D:- Iran dan ______
Keputusan negara yang layak keperingkat seterusnya akan diupdate dari masa kesemasa.
Jadual perlawanan Piala Asia, Qatar 2011.
Anda boleh muat turun, jadual ini dalam bentuk pdf file format. Dari peringkat kumpulan hinggalah peringkat suku ahkir, separuh akhir dan akhir.
AFCAsianCup2011 Match Schedule
Majulah sukan untuk negara.
Sumber :Asian Cup Qatar website
mie says
tunggu kemunculan Malaysia la..
ehehheehee
dnobiz says
Sama la Mie, aku teringin sangat nak tengok Malaysia berentap dengan mereka
rashid says
Untuk kempen kali ni, tak ada wakil SEA, so mungkin Malaysia boleh jadi negara SEA pertama join piala asia kelak..hope so..
aktechpage.com says
Negara SEA pertama join Piala Asia ke??
Rasanya dah ada pd kejohanan2 sblm ini spt Thailand & Indonesia…
tp diharap MALAYSIA nanti menjadi wakil tunggal negara SEA pd kejohanan akan datang… baru bangga, heheheh
Ali ridha says
tu yang kita semua harapkan.
mana nak tahu Malaysia nanti layak ke.
:silly:
Tokek Sabah says
Salam.
Memang betul tu. Jangan dah menang AFF Suzuki tu dah rasa macam menang world cup plak. Siap mintak nak bermain di EPL lagi. Hahahahaha….
rashid says
Haha..yang nak main epl tu mesti KFCM tu kan? gol keeper kelantan tu..haha..funny story, tapi lepas menang AFF, negara kita mula digeruni kan?
eimsperfume says
dengan prestasi team skrg nie.. aku yakin .. huhu :p
Zik says
insyallah.. aku harap sangat nie… huhu
kami says
minta2 le jepun menang..hehe
takpe malaysia lain tahun kita plak pergi sana..gogogo..:)
tehr says
sokong jepun juga
tak pun korea
hehehe
dnobiz says
Harap untuk yang akan datang Malaysia boleh bersaing bersama mereka 😀
aktechpage.com says
Ha ah, semoga team Kita dpt bersaing dgn mereka… esp dari Korea, Jepun & Australia… barulah pemain2 kita semakin mantap
suri says
huuu macam best hee.. rasa nak tgok tapi tak blh huuu.. baca paper jerlah huuuu
Zik says
suami layan tak bola… siaran piala asia nie astro jer ada.. huhu.. tak tahulah suku akhir semi dan final..mungkin ada kot..tertunda ker???
MuJE says
yang aku paling tak setuju sebab buat kat Qatar. sedih jer tengok tiap kali match kosong tempat duduk penonton..
Zik says
tuhla kosong giler aku tengok… hadoi.. kecuali games korea utara lawan iran… ada gakla penonton.. huhu
padin says
tu la, mudah2an team kita akan terus matang dan bersedia untuk ujian akan datang, jangan hanya sekali dua je meletup, pasni bungkus plak,kih3
Zik says
prestasi kena naik terus.. jangan suam2 kuku jer..
Ikhwan says
Agak sedih juga Malaysia tak dapat masuk Piala Asia. Tapi tak apa, tahun depan kita boleh cuba lagi. 🙂
RedBoys says
Itulah. harap2 Malaysia boleh masuk lepas ni.
Zik says
bukan tahun depan, 4 tahun sekali .. macam ala2 world cup jugakla.. huhu..
Ikhwan says
4 tahun? Mak oi.. Lamanya nak tunggu. :cwy:
rashid says
Boleh intai-intai, jangan pegang-pegang, macam lagu yang selalu kita dengar tu..aku rasa rajagopal gunakan kesempatan ini untuk buat persiapan Thaipusam la bro, kalau sempat dia tengok la piala asia ni..he2
Zik says
ada2 jer kau nie bro..hehe..
anip says
hebat juga jordan, asal malaysia xmasuk nie?
Zik says
tak layak masa sesi kelayakkan bro.. sedih gak … huhu
nash says
im waiting for malaysia plak edisi depan nanti…
biar wakil satu2nya asia tenggara yg bertanding
sian benua asia tenggara xsatu pun yang layak berbanding asia lain.. hu3
Zik says
liga2 dah tournament lepas nie… malaysia harus kekalkan prestasi…
sazuwi says
tak sabar menunggu aksi pasukan negara di peringkat asia pulak..
Zik says
tunggu 4 tahun akan datang.. huhu
akubiomed says
Saya sokong pasukan Samurai dari negara matahar terbit 🙂
Zik says
sokong jepun ek… ambo sokong negara korea selatan..
MDHAFiZ.NET says
negara india masuk jugak ke?? kuat ke mereka ini?