Categories: Contest

Pertandingan seni komen terbanyak dan terlajak baik punya di perniagaaninternethq.com

Sekadar hiasan.

Satu pertandingan perlawanan yang super epik untuk awal tahun 2016. Penyertaan yang sekarang nih pun aku macam dah nak surrender awal-awal.(bodek) Tapi biasalah hero, kalah dulu lah kan. Hehe. Apepun, satu pertandingan yang dilihat sihat dan bagus untuk blogger yang amatur macam aku nih.

Tujuan pertandingan.

Mestilah nak duit bro.. Tugas kau cuma komen jer. Tak payah susah, nak backlinks bagai. Tetapi biarlah komen yang punyai gred A bang. Jangan hanya sekadar melepaskan batok” di tangga. Kena ada strategi dan juga mempunyai pandangan yang peringkat super saiya. Jarang aku nak join contest untuk selama ini. Rasa terpanggil pulak untuk buat comeback setelah beberapa tahun menyepi macam burung hantu pun ada. Kokkkk. Nak join contest seo pun fuhh punya azab.. memang susah nak menang. Nak-nak blogger macam aku nih tenggelam timbul…. tak timbul-timbul…Cukuplah sekadar memeriahkan dan memberi persaingan yang positif.

Seni komen terbanyak.

Maksud dia mendalam bro. Bukan komen suka-suka jer. Mesti buat betul homework yang ada kedalaman lautan hindi. Takkanlah nak komen…

  • wah ini sudah bagus.
  • Aku setuju dengan entri ini,
  • Lahhh macam tuh rupanya…
  • Gua dah tahu trick nih…
  • entri nih bosanlah,
  • tak setuju…
  • baguslah entri ini, lu memang terer bro bab affiliate nih

Lontaran vocal kena power bang. Setuju bagitahu sebab, tak setuju kena bagitahu kenapa, tapi tak semestinya wajibul ghunnah kena bagitahu, lu kena pandai jadikan ia satu perbincangan yang panjang. Komen itu dijadikan satu persoalan ke, satu gambaran yang masih kabur ke? Atau satu kesimpulan yang akan orang akan balas komen kita tuh. Ah dah jadi macam forum pulak nih. huhu…

Senang cerita macam nih jerla, tujuannya ialah win to win situation. Yang mana kita cuba memberikan buah fikiran kepada semua pada blogger dan penulis itu sendiri menyatakan satu pandangan yang lebih jauh.

Tips untuk menang.

Tuan bongkok, dah bagi point penting.

Aku copy paste jerla. Jahat betul

  • Komen yang relevan dan bermutu pada mana-mana entri yang terdapat di dalam blog ini. Komen yang bermutu pastinya akan meningkatkan imej anda selaku blogger profesional khasnya di Malaysia… Lu szendiri komen, lu kena yakin dan tanggung risiko.
  • Jumlah komen yang dikira melalui widget “Tukang Havoc” pada sidebar blog perniagaan internet sana tuh ha. Jadi top 5 pun ok dah.. nak yang tengah top tuh, lu sendiri mahu ingat lah…
  • Sila hantar kepada kami melalui ruangan “contact” dengan tajuk – Review Ringkas dari zikri husaini dot com – jika anda ada membuat review untuk tujuan semakan dari pihak kami. (Optional) Dah buat nih… tapi bulum submit itu woorangg.
  • Klik dan daftar pada butang G+ (google plus) pada ruangan statistik blog ini . Boleh berhubung dengan rakan blogger yang lain dari group ini. (Optional) Sulah selesainya pun ter ber…
  • Membuat undi pada kaji selidik yang disedikan oleh kami di bahagian sidebar untuk rujukan blogger atau usahawan internet yang baru berkecimpung dalam perniagaan online ini. … (Optional) Sudah..
  • Langgan email dari feedburner yang kami sediakan di sidebar. Bantu kami untuk sebarkan maklumat terkini kepada yang memerlukan… (Optional) Settle…
  • Copy & paste banner kecil kami (disebelah sidebar ) untuk membantu kami mempromosikan pertandingan ini. (Optional) Memenuhi syarat-syarat lain yang diberitahu kelak. Yang ini minta maaf…. tidak dapat tunaikan… sob sob..

Tambahan point…

  • Jadi pengomen pertama. Ini mahu membuktikan lu pengomen tegar di blog si bongkok. Lu memberikan respon yang terpantas selain memberikan komen yang cukup bernas, pedas dan sedas.
  • So nak tahu blog si bongkok nih dah update ke blog, lu kena register email ke, google plus.

 

Itulah sedikit ringkas. Jom kita serang di blog tuan si bongkok.

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

  • Alamak...contest komen serius ker bro...saya anggap contest kecil-kecilan jek bro...relax dan santai... :)

    Terima kasih atas review diatas. Penyertaan bro diterima.. Dan sekali lagi tahniah kerana menjadi yang terawal berikan review ( mungkin yg pertama agaknya ).. :)

    p/s: Alamak kunci kereta preve terpakai tue dah mcm tau sape pemenang nya jek...sabar2 ya bro, kalo ada rezeki nnti tak kemana yer!

    • Jemput datang rumah buruk kami uncle...makan biasa2 jek..onde-onde, mee siam ngan air kosong perigi belakang rumah jek... :)

      Tapi pegi rumah budak the reds jgn bwk suar aa...kita team bawahan jek...team awak pak asan dah quputeh rambutnya tue...mungkin tahun nie menang cup bleh pencen aa...bleh main bola ngan cucu org2 kampung saya cakap... :P

      p/s: org pd kaa bro...lama dah tak singgah pengkalan kempas tue...bus merah henti2 ada lagi tak?

  • menarik nih pertandingan yang jarang-jarang berlaku... owner pertandingan pun komen giller-giler kentang.... mesti join... insyaAllah..

    • Tak berapa seni komen pon takpe tetap quputeh suci lagi murni... :P

      Haa anak buah ada kena masalah lendir peparu tue tapi umur baru 1thn..bleh makan ker vivix atau omega guard tue pn raihanah?

  • cik tom pun baru gak mula ke blog HQ awal tahun ni..nanti boleh jugak buat entri ada waktu terluang..hehe

    good luck zik!

  • saya ada hairan juga...pertandingan seni komen tapi letak gambar makwe yang cantik..apa kaitannya bro..

    nie boleh menyebab hormon adrelin naik 100%

  • malas aku, nanti waktu hujung-hujung nanti..

    mesti ada yang wat maraton komen.

    terus potong orang atas sekali.

    dah kena banyak kali. admin pun jenis tak kesah orang spam komen gitu. harap admin bongkok ni tak macam tu..

    sebab tu, memang malas sikit la join contest komen nih sangat sejak dua menjak nih.

    haha..

Recent Posts

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS KOREA SELATAN PIALA ASIA U23 26.4.2024

Perlawanan yang penting buat skuad Garuda Muda yang dipimpin oleh Sin Tae Yang. Pasukan Indonesia… Read More

3 days ago

Akaun Fleksibel , akaun ketiga KWSP bermula 11 mei 2024

Memandangkan keadaan ekonomi baru nak pulih kesan dari covid19 yang melanda, kita masih terkesan sebenarnya.… Read More

3 days ago

CONTOH SURAT PERMOHONAN TAPAK VENDING MACHINE, PDF, DOC FILE FORMAT

Sekiranya anda sudah dapat lokasi yang strategik dalam business vanding machine. Perlu membuat surat permohonan… Read More

3 days ago

SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS KUWAIT AFC U23 23.4.2024

Aku tak tahu nak cakap apa untuk game yang terakhir. 2 game yang tewas dengan… Read More

5 days ago

BELI SAHAM BANK RAKYAT

Diantara bank yang memberikan pulangan yang konsisten setiap tahun , gila setiap tahun Atas 10… Read More

6 days ago

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS VIETNAM ASIAN CUP U23 20.4.2023

Ini peluang buat pasukan Malaysia untuk bangkit dalam perlawanan kedua , jika tewas , anggaplah… Read More

1 week ago