Seperti mana yang telah diumumkan dan diusulkan oleh YAB Perdana Menteri kita, Datuk Najib Tun Razak, mengumumkan BRIM masih ada seperti biasa diperuntukkan untuk mereka yang layak, seperti tahun-tahun lepas syaratnya. Untuk itu tiada kenaikkan kadar br1m seperti tahun lepas. Sama je, tapi ada . Ok.!!
Maksimum Kadar BR1M 2018 Sebanyak RM1200
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat diteruskan tahun ini dengan pengekalan kadar maksimum RM1,200.
Tahun lalu 2017, jumlah agihan BR1M kepada rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 dan peserta e-kasih diagihkan kepada RM1,200; isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 sebanyak RM900 dan individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 menerima bantuan RM450.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata BR1M tahun ini telah memanfaatkan tujuh juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion. Bagi tahun 2018, sebanyak tujuh juta penerima itu akan terus menikmati pemberian BR1M, dengan kadar maksimum sehingga RM1,200.
“Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah serta merapatkan jurang pendapatan di Malaysia,” katanya.
Mengulas lanjut, Najib berkata, rakyat terus menerima agihan bantuan bagi mengurangkan kos sara hidup dengan senang hati dan rasa syukur sejak BR1M diperkenalkan pada tahun 2012. Katanya, BR1M terbukti berkesan sebagai suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya. Najib berkata, pembangkang yang begitu negatif terhadap inisiatif kerajaan menuduh sebagai ‘dedak’ dan ‘umpan’, kini tanpa segan silu membuat pusingan U.
Panduan Kemaskini eBRIM 2018
- Layari portal rasmi di https://ebr1m.hasil.gov.my
- Pilih menu SEMAKAN STATUS dan klik SEMAKAN STATUS
- Masukkan No. MyKad (12 angka) ke dalam ruangan yang disediakan
- Klik butang HANTAR.
Antara respons daripada portal adalah:
- Paparan borang permohonan- jika data belum wujud (pemohon baharu)
- Kotak mesej dengan mesej “No Pengenalan Tidak Sah. Sila hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berhampiran dengan membawa dokumen asal sijil lahir dan pengenalan tuan.”- jika No. MyKad tidak wujud dalam data JPN
- Kotak mesej dengan mesej “Permohonan telah wujud dengan no. MyKad: XXXXXXXXXXXX. Sila ambil tindakan di menu Kemas Kini Permohonan.”- jika data telah wujud. Pemohon perlu mengemas kini maklumat peribadi di menu yang dinyatakan.
2. BORANG PERMOHONAN: BAHAGIAN A- MAKLUMAT PEMOHON
RUANGAN
BUTIRAN/ ARAHAN
Nama*
- Nama penuh pemohon seperti yang tertera dalam MyKad
- Nama pemohon akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud di JPN berdasarkan maklumat MyKad yang dimasukkan.
No. MyKad*
- Akan dipaparkan berdasarkan maklumat MyKad.
Tarikh Lahir*
- Akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud.
Umur*
- Akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud
- Jika tiada paparan, isikan umur pemohon pada Januari 2018.
Jantina*
- Pilih dari menu dengan menekan butang anak panah
- Akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud.
Status Perkahwinan*
- Pilih dari menu dengan menekan butang anak panah
- Pilihan: Kahwin/Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/ Duda/Bujang.
Tarikh Perceraian/ Kematian Pasangan
- Masukkan tarikh perceraian/kematian pasangan jika status perkahwinan pemohon adalah Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda.
- Tarikh ini mestilah tidak melebihi tarikh semasa memohon.
No.Telefon Rumah
- Masukkan nombor telefon rumah terkini pemohon, jika ada (contoh: 03-12345678)
No.Telefon Bimbit*
- Masukkan nombor telefon bimbit terkini pemohon (contoh: 013-1234567)
Pekerjaan*
- Pilih jenis pekerjaan pemohon dari menu
- Pilihan: Bekerja Sendiri/Penggajian (Makan Gaji/Upah)/ Tidak Bekerja
Nama Bank*
- Pilih nama bank yang dilanggani pemohon dari menu
- Contoh: CIMB BANK BERHAD
No. Akaun Bank*
- Masukkan nombor akaun bank pemohon di bank yang telah dipilih
Alamat e-Mel
- Masukkan alamat e-mel pemohon yang aktif
Alamat Surat-Menyurat Terkini*
- Masukkan alamat surat-menyurat terkini pemohon, poskod, bandar/daerah dan negeri.
- Bandar/Daerah dan Negeri akan dipaparkan secara automatik jika poskod yang dimasukkan adalah sah.
- Sekiranya maklumat Poskod yang dimasukkan adalah tidak sah, mesej peringatan akan dipaparkan.
Perhatian: Medan yang bertanda (*) merupakan ruangan yang WAJIB diisi.
3. BORANG PERMOHONAN: BAHAGIAN B- MAKLUMAT SENDIRI/AHLI ISI RUMAH
Sendiri
- Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM).
- Jika tiada Pendapatan Kasar Bulanan (RM), sila isi “0”.
- Jika status perkahwinan adalah kahwin, maklumat pasangan WAJIB diisi.
Pasangan
- Pilih Jenis Pengenalan dan masukkan No. Pengenalan pasangan.
- Nama pasangan akan terpapar secara automatik jika data wujud di JPN.
- Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) pasangan. Jika tiada pendapatan, sila isi “0”.
Tanggungan
- Jika mempunyai Tanggungan, sila klik simbol “+” (berwarna biru) di kanan halaman terlebih dahulu sebelum mengisi maklumat tanggungan.
- Pilih Jenis Pengenalan dan masukkan nombor pengenalan tanggungan.
- Nama tanggungan akan terpapar secara automatik jika data wujud di JPN.
- Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) tanggungan. Jika tiada pendapatan, sila isi “0”.
- Klik pada simbol “x” (berwarna merah) di kanan halaman jika ingin menghapuskan maklumat tanggungan yang telah diisi.
- Kotak mesej bagi pengesahan hapus maklumat tanggungan akan dipaparkan.
- Klik ‘OK’ jika pasti dan MAKLUMAT SENDIRI/ISI AHLI RUMAH akan dipaparkan semula.
- Jika klik pada ‘Cancel’, maklumat tanggungan akan dipaparkan semula dan proses hapus maklumat tanggungan batal.
- Jika maklumat pasangan/tanggungan tidak wujud di JPN/Agensi, kotak mesej dengan mesej “Sila kemukakan salinan pengenalan ke cawangan LDNHM berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat” akan dipaparkan dan nama perlu diisi secara manual.
4. BORANG PERMOHONAN: BAHAGIAN C – MAKLUMAT WARIS
Pilihan Waris
- Sama ada ADA waris atau TIADA waris
Ada
- Ruangan di Bahagian C – Maklumat Waris akan dibuka dan wajib diisi.
- Maklumat waris akan dipaparkan secara automatik jika wujud maklumat pasangan/tanggungan di Bahagian B.
- Pilih hubungan (contoh: Pasangan, Ibu, Bapa , Anak atau Adik-Beradik).
- Pilih Jenis Pengenalan dan lengkapkan maklumat waris
- Pemohon dibenarkan untuk mengemas kini maklumat waris jika ingin menggantikan dengan waris yang lain.
- Jika tiada maklumat di ruangan ini, pemohon perlu mengisi secara manual. Nama waris akan dipaparkan secara automatik jika data wujud di JPN.
Tiada
- Jika tiada waris, ruangan di Bahagian C tidak perlu diisi.
5. AKUAN PENGESAHAN
- Sila masukkan kod seperti yang dipaparkan pada ruangan Kod Pengesahan di sebelah kiri. Ini adalah untuk mengesahkan anda bukan sebuah robot atau perisian automatik.
- Klik butang HANTAR.
6. PAPARAN AKUAN PENGESAHAN
- Sebuah kotak mesej dengan akuan pengesahan dan terma dan syarat akan dibuka.
- Sila tandakan ruangan “Saya bersetuju dengan terma dan syarat di atas” jika bersetuju dan klik butang SETUJU & HANTAR.
- Paparan “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
- Klik butang TIDAK untuk kembali pada skrin permohonan sekiranya terdapat pindaan.
7. CETAK PERMOHONAN
- Klik butang CETAK untuk cetak permohonan
- Klik butang LAMAN UTAMA untuk kembali kepada laman utama
- Jika tidak mempunyai perisian Adobe Reader untuk mencetak permohonan, sila klik ikon Adobe Reader (berwarna merah) untuk memuaturunnya.
Selamat mengisi borang. Sekarang belum available lagi. Tunggulah dalam hujung tahun atau awal tahun. KEna isi awal, dan tengah waktu malam ke, sebab server mungkin akan sesak waktu puncak atau waktu biladah umumkan brim dan boleh update untuk tahun 2018 punya. So buat secepat mungkin jangan lewat. ok. Lagi bagus buat online. Isi borang dengan betul , jangan tersalah isi maklumat. Sekian terima kasih.
Maklumat yang cukup lengkap tentang permohonan BRIM 2018… semoga info ini dapat membantu rakyat Malaysia yang akan memohon Brim pada kali ni..
Terbaik Zik. Memang ramai tengah tunggu update BR1M ni. RM1,200 tu hehe
Alangkah bagusnya jika kerajaan naikkan sedikit jumlan BR1M 2018 … barulah bajet untuk semua .. huhu