Categories: Pengumuman

Permohonan Bantuan Kewangan RM 600 bagi pekerja yang dicutikan tanpa gaji

Adalah dimaklumkan berkenaan dengan permohonan Bantuan Kewangan RM 600 bagi pekerja yang dicutikan tanpa gaji, pihak majikan hendaklah berhubung dengan pegawai SIP di cawangan PERKESO yang terdekat. Cara permohonan, mestilah dibuat oleh wakil majikan/HR sahaja.

Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020. Ianya juga layak kepada pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan.

Langkah bantuan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM120 juta. Seramai 33,000 pekerja disasarkan menerima faedah ini.

SHAH ALAM – Seramai 33,000 pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) bakal menerima bantuan daripada kerajaan yang keseluruhannya berjumlah RM120 juta.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu diambil selepas mesyuarat dan penelitian terhadap masalah yang dihadapi rakyat.

“Kerajaan bersetuju memberikan bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak tersebut.

“Mereka yang layak menerima bantuan ini ialah pekerja yang diberi notis tanpa gaji bermula 1 Mac 2020 dan layak kepada pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumunkan bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan akan diberikan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak Covid-19.

Khas untuk orang muar. Boleh buat seperti dibawah ini. Bagi permohonan di Pejabat PERKESO Muar, Sila WhatApps keterangan yang diperlukan iaitu :

i) Nama Syarikat

ii) Alamat Syarikat

iii) No Kod Majikan – cth : E13XXXXXXXX

iii) Nama PIC/HR/Majikan

iv) No Telefon

v) Emel

vi) Bil pekerja yang terlibat

vii) Tempoh pekerja dicutikan tanpa gaji

Sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan mana-mana pegawai SIP Pejabat PERKESO Muar seperti yang dibawah :

Amalina : 019 254 8561 , amalina.awang@perkeso.gov.my

Arma : 019 254 7849 , zakiah.zaki@perkeso.gov.my

Zuhailee : 019 254 9296 , zuhailee.won@perkeso.gov.my

Faris : 013 363 8710

Ashriq : 019 351 5787

Syafawanie : 012 608 1401 , syafawanie.shahemi@perkeso.gov.my

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

Recent Posts

MALAYSIA TEWASKAN JEPUN 3-1, MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2024

Malaysia's Lee Zii Jia plays a shot to Japan's Kento Momota during the men's singles… Read More

14 hours ago

KEPUTUSAN TERKINI IRAQ VS INDONESIA TEMPAT KETIGA PIALA ASIA U23 2.5.2024

Perlawanan penentuan tempat ketiga atau keempat dalam saingan piala Asia u23. Indonesia vs Iraq dalam… Read More

15 hours ago

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS JEPUN SUKU AKHIR PIALA THOMAS 2.5.2024

Kita sudah sampai di peringkat suku akhir. Dia antara dua sahajalah, menang pergi, kalah balik… Read More

1 day ago

Info siaran langsung Malaysia vs Denmark piala Thomas 30.4.2024

Bukan mudah buat pasukan Malaysia untuk menundukkan pasukan Denmark. Juara dunia ada seoarang, semua top2… Read More

3 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS UZBEKISTAN SEMI FINAL PIALA AFC U23 29.4.2024

Bagi aku dah sampai separuh akhir sudah cukup baik dalam kejohanan piala asia u23 untuk… Read More

4 days ago

SINOPSIS PENUH FULL MOVIES SHERIFF (NARKO INTEGRITI)

  Buah tangan Shafiq Yusof dalam dalam mood raya ini, katanya sudah mengutip 11 juta… Read More

4 days ago