• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Permintaan vs Penawaran – Demand and Supply

Permintaan vs Penawaran – Demand and Supply

Zik · Jul 28, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

penawaran vs permintaan

Permintaan Dan Penawaran. 

Definisi Permintaan. (Demand). 

Permintaan boleh didefinisikan sebagai keinginan dan kesanggupan seseorang pengguna untuk mendapat sesuatu barang pada suatu tingkat harga dalam suatu jangka masa tertentu. Ianya bukan sesuatu yang kekal. Bahkan ianya kadang-kadang ikut keadaan semasa, atau ada sesuatu wabak yang berlaku dan juga ada isu viral contohnya.

Kesanggupan pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang bergantung kepada tingkat harga barang tersebut. Jika harga barang mahal, pengguna sanggup membeli dengan kuantiti yang sedikit dan sebaliknya jika harga murah, pengguna sanggup membeli dengan kuantiti yang banyak. Ini dinamakan hukum permintaan.

Untuk memahami konsep permintaan dengan lebih jelas lagi, kita boleh gunakan formula persamaan permintaan, iaitu:

Qdx = a – bP
Di mana,       Qdx = kuantiti barang x yang diminta

                            a = kuantiti barang x yang diperolehi ketika harga sifar.

                            b  = kecerunan keluk permintaan.

                            P = harga barang.

Keluk permintaan mempunyai cerun yang negatif, iaitu ia mencerun dari kiri ke kanan. Ada beberapa sebab mengapa ia berbentuk demikian:

a) kesan penggantian.
b) kesan pendapatan benar.
c) utiliti sut berkurangan.

Permintaan individu dan permintaan pasaran. 

Permintaan individu ialah keinginan dan kesanggupan seorang individu untuk membayar bagi mendapatkan sesuatu barang. Ia menunjukkan hubungan di antara tingkat harga dengan kuantiti barang yang diminta oleh seorang pengguna. Hubungan ini dapat ditunjukkan melalui keluk permintaan individu.

Permintaan pasaran pula menunjukkan keinginan dan kesanggupan membayar oleh beberapa orang pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang di pasaran. Hubungan ini juga dapat ditunjukkan melalui keluk permintaan pasaran.

Untuk melukiskan keluk permintaan pasaran, kita perlu membentukan satu jadual permintaan pasaran. Jadual ini diperolehi dengan menggabungkan kuantiti barang yang diminta oleh beberapa orang pengguna untuk mendapatkan suatu barang pada suatu tingkat harga.

Faktor yang mempengaruhi permintaan.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi permintaan, iaitu

a) harga barang itu sendiri.

b) harga barang lain.

c) pendapatan

d) citarasa

e) penduduk

Perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan.

Perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan adalah berbeza di antara satu dengan lain. Perubahan kuantiti diminta berlaku disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri, manakala perubahan permintaan berlaku disebabkan oleh faktor lain selain daripada faktor harga barang itu sendiri.

Penawaran 

Penawaran adalah kesanggupan pengeluar untuk mengeluarkan sesuatu barang pada tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Semakin tinggi tingkat harga, semakin banyak barang yang sanggup dikeluarkan oleh pengeluar. Ini dikenali sebagai ‘Hukum Penawaran’.

Persamaan penawaran. 

Hubungan di antara harga barang dengan kuantiti barang yang sanggup ditawarkan oleh seorang pengeluar dapat ditunjukkan melaui persamaan berikut, iaitu ;

                    Qsx = a + bP.

Dimana,       Qsx = kuantiti penawaran barang x

a = kuantiti penawaran ketika harga adalah sifar.

b = kecerunan keluk penawaran.

P = tingkat harga.

Penawaran individu dan penawaran pasaran. 

Penawaran individu ialah kesanggupan seorang pengeluar untuk menawarkan sesuatu barang pada satu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.  Penawaran pasaran pula ialah, kesanggupan beberapa orang pengeluar untuk menawarkan sesuatu barang pada satu tingkat harga.

Keluk penawaran pasaran diperolehi dengan menjumlahkan kuantiti yang ditawarkan oleh setiap orang pengeluar secara mendatar pada suatu tingkat harga.

Faktor yang mempengaruhi penawaran.

Harga Barang itu Sendiri
Kenaikan harga barang X menyebabkan kuantiti yang diminta ke atas barang X berkurang. Sebaliknya kejatuhan harga barang X akan menyebabkan kuantiti diminta ke atas barang X meningkat.

Harga Barang Lain. 
Perubahan Harga Barang Pengganti
Barang yang dapat menggantikan fungsi barang lain. Contoh: getah asli dan getah tiruan, kopi dan teh. Hubungan di antara harga dan kuantiti adalah positif.

Perubahan Harga Barang Penggenap. 

Barang yang digunakan secara bersama dengan barang lain. Contoh: gula dan kopi. Apabila harga gula naik, kuantiti kopi yang diminta berkurang. Kejatuhan harga gula menyebabkan kuantiti ke atas kopi meningkat. Hubungan di antara harga dan kuantiti adalah negatif.

Citarasa
Pengguna sekarang banyak dipengaruhi oleh pengiklanan melalui pelbagai media dan pertunjukan-pertunjukan serta ekspo. Sekiranya perubahan citarasa pengguna menyebabkan kuantiti diminta bertambah pada setiap tingkat harga yang asal, keluk permintaan akan beralih ke kanan. Keadaan adalah sebaliknya di mana keluk permintaan akan beralih ke kiri jika citarasa pengguna terhadap sesuatu barang berkurangan.

Pendapatan
Barang Normal@Barang Biasa
Kenaikan pendapatan akan menyebabkan permintaan ke atas barang normal akan meningkat dan sebaliknya jika pendapatan jatuh, permintaan ke atas barang normal menurun.
Contoh barang normal ialah pakaian, buku, beg dll.
Hubungan pendapatan dengan barang normal adalah positif.

Barang Bawahan@Barang Giffen
Kejatuhan pendapatan menyebabkan permintaan ke atas barang bawahan akan meningkat dan sebaliknya jika pendapatan meningkat, permintaan ke atas barang bawahan akan menurun kerana pengguna akan mengganti barang yang lebih baik atau berkualiti.

Contoh barang bawahan ialah beras hancur.
Hubungan pendapatan dengan barang bawahan ialah negatif.

Barang Mesti

Perubahan dalam pendapatan tidak akan menyebabkan perubahan ke atas permintaan barang mesti. Misalnya, garam. Kenaikan dalam pendapatan pengguna tidak akan menaikkan permintaan ke atas garam. Hubungan pendapatan ke atas barang mesti adalah sifar.

Jumlah Penduduk

Semakin ramai penduduk, semakin meningkat permintaan ke atas barang terutamanya kemudahan awam dan infrastruktur. Manakala struktur penduduk akan mencorakkan permintaan sesebuah Negara. Contoh, jika penduduk ramai dalam kalangan remaja, maka permintaan kepada keperluan remaja adalah tinggi.

Jangkaan Masa Depan. 

Apabila pengguna meramalkan harga barang akan naik pada masa hadapan, maka permintaan ke atas barang akan naik masa kini dan sebaliknya (spekulasi).

Kemudahan Kredit. 

Sekiranya terdapat kemudahan untuk mendapatkan kredit dari bank-bank maka permintaan barang di pasaran akan meningkat. Contohnya, pembelian barang tahan lama seperti rumah dan kereta.

Dasar Kerajaan

Dasar pencukaian akan menurunkan permintaan ke atas barang kerana kuasa beli pengguna jatuh. Pemberian subsidi akan meningkatkan permintaan kerana harga barang akan turun.

Musim. 

Permintaan bagi sesetengah barang seperti pakaian, makanan dan pengangkutan meningkat mengikut musim. Contohnya, menjelang musim perayaan, permintaan terhadap perkhidmatan kapal terbang bertambah kerana ramai orang ingin pulang ke kampung.

Keseimbangan pasaran.

Keseimbangan pasaran ialah suatu keadaan di mana kuantiti permintaan sama dengan kuantiti penawaran di pasaran. Keseimbangan pasaran dapat ditentukan melalui jadual, gambar rajah dan persamaan. Secara jadual keseimbangan pasaran dapat ditentukan apabila jumlah kuantiti permintaan sama dengan jumlah kuantiti penawaran pada suatu tingkat harga.

Melalui keluk pula, keseimbangan dapat ditentukan apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran di pasaran pada suatu tingkat harga.

Secara persamaan, keseimbangan pasaran dapat ditentukan dengan menyamakan persamaan permintaan dan persamaan penawaran.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik, Ekonomi apa itu penawaran, apa itu permintaan, permintaan vs penawaran, Permintaan vs Penawaran - Demand and Supply

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021
  • Live streaming Uitm fc vs Terengganu liga super 6.3.2021
  • Cara daftar vaksinasi covid19, selain dari Apps Sejahtera, melalui laman sesawang berikut!
  • Live streaming kelantan vs fc vs perak2 liga perdana 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Akademik

Huraian Perbezaan Antara Adat Perpatih Dengan Adat Temenggung

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Kalau kita mengikut Kamus Dewan adat sebagai …

Akademik Kerohanian/Keagamaan

Rasul Dan Nabi Dikalangan Malaikat

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG    Nabi dan Rasul merupakan ja…

Ekonomi Politik

Inti pati Belanjawan 2020

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Berikut ialah inti pati Belanjawan 2020 yang …

%d bloggers like this: