Categories: Sukan

Percaturan Ong Kim Swee menentang chelsea 21 Julai ini

Tinggal beberapa hari sahaja skuad kendalian Ong Kim Swee akan menentang Kelab gergasi Eropah chelsea, the blues yang sudah pun tiba di tanah air malaysia. Mereka pun ada buat latihan dan sesi wartawan dan juga bertemu peminat-peminat.

Pertaruhkan 9 orang pemain senior.

Ong Kim Swee mempertaruhkan 9 pemain senior untuk menghadapi Chelsea pada aksi persahabatan di SNBJ Khamis ini.9 pemain senior itu ialah Norhafiz Zamani Misbah, 30, Amri Yahyah, 30, Hairuddin Omar, 32, Badhri Radzi, 29, Daudsu Jamaluddin, 26, S. Subramaniam, 26, Shahrulnizam Mustapa, 30, Joseph Kalang Tie, 24, dan penjaga gol, Farizal Marlias, 25.

Hairuddian Omar mengetuai jentera serangan.

Ia satu penghargaan buat beliau,  pemain berasal dari Terengganu itu mempunyai sejarah unik apabila muncul satu-satunya pemain Malaysia yang pernah menembusi gawang Chelsea ketika skuad negara tewas 1-4 pada 2003.

Mereka bakal digabung bersama beberapa lagi tonggak utama skuad Olimpik negara seperti Irfan Fazail, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Fandi Othman dan Zubir Azmi.

Saya akan memberi peluang kepada semua pemain beraksi. Bagi pemain skuad Olimpik, ini peluang buat mereka menimba pengalaman selepas berhempas pulas layak ke pusingan akhir Kelayakan Zon Asia.-Ong kim Swee.

Chelsea mahu turunkan 2 pasukan dalam satu perlawanan.

Nampak macam pelik, tetapi sebenarnya memang itu yang dikatakan oleh Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas berkata, perlawanan sempena Siri Jelajah Asia kelab itu merupakan peluang terbaik untuknya menilai persembahan pemainnya, sebagai persediaan musim baru Liga Perdana England (EPL).

“Saya akan menurunkan dua pasukan berbeza dalam setiap 45 minit permainan nanti. Dengan cara ini, saya boleh melihat kombinasi yang berbeza di kalangan pemain,” katanya.

Sidang akhbar itu turut disertai jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee, bintang tengah Chelsea, Frank Lampard dan pemain pertahanan, Branislav Ivanovic.

Menurut Boas, dia akan cuba memanfaatkan sepenuhnya Siri Jelajah Asia selama 15 hari bagi melihat kekuatan yang dimiliki para pemainnya dalam membentuk kesebelasan yang mantap.

Jelasnya, amat penting untuknya mempelbagaikan gaya permainan pasukannya, selain mencuba gandingan pemain yang sesuai bagi mencari keseimbangan dalam persembahan Chelsea kelak.

Skuad Blues yang tiba di Kuala Lumpur semalam, menerima sambutan hangat daripada para mereka, yang setia menanti pemain pujaan mereka di hotel penginapan pasukan di sini, seawal pukul 11 pagi.

Bintang pemain chelsea yang bakal beraksi.

Kemunculan pemain bintang seperti Didier Drogba, Frank Lampard, John Terry dan Fernando Torres menjadikan suasana lobi hotel meriah dengan jeritan peminat yang melaungkan nama pemain tersebut.

Chelsea yang tiba dengan skuad terbaik mereka turut menampil pemain terkemuka yang lain termasuk Henrique Hilario, Petr Cech, John Obi Mikel, Daniel Sturridge, Salomon Kalou, Branislav Ivanovic, Ashley Cole, Yossi Benayoun, Nicolas Anelka, dan Florent Malouda.

Semoga berjaya buat skuad kebangsaan. !!!

Sumber kosmo dan bharian.

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

  • WR pasti pemain muda akan dapat pengalaman yg berguna bila bermain menentang Chelsea nie.....:)

    • betul tu bro... :)
      anggap saja pasukan chelsea tu macam pasukan lubnan yg kita tewaskan dulu.. :)
      baru ada keyakinan :)

  • Kombinasi senior dan junior. Harap pasukan ini dapat menampilkan permainan yang menarik serta semangat juang yang tinggi!

  • Fuh mantap combination ni.. chip rase kalo gandingkan serangan antara hairuddin omar dengan idlan talahah.. lagi cantik.. di bantu ole pemain sayap gunalan dan pemain tgh merangkap attacking mid syafiq rahim.. mmg mantap la pasukan malaysia nnt..

    (Aii..chip ni dah manager plak..siap susun strategi lagi..hehehe)

    • idlan talahah injured... safiq rahim , gunalan semua tuh pemain harimau muda , diaorang nak lawan singapura sabtu...nih...

  • harap sangat player malaysia main baik punya macam lawan liverpool sebelum ni
    dan harap sangat fanatik game bola ni jangan suck! sangat downkan pasukan malaya

    • aku minat warna biru. tapi xde kena mngena pon. :D
      aku suke tgk safiq rahim main. syok2..tores pon ok main :DD

  • semoga Malaysia dapat membenamkan chealsea 4-0..
    biar kita tau bahawa Malaysia boleh..

    regards,
    Arsenal Fan..:)

  • waduh... harap Malaysia dapat belajar dari kesilapan... jangan dihirau walaupun gergasi... Taring yang kita ada gunakan sebaiknya...

  • Segak sungguh si peniup wisel berbaju merah di atas tu ha!!!!!
    Bilalah dpt tgk Zik pulak segak bergaya begitu ek...

    Bila tiap2 post entri Zik story psl bola, confirm dah boleh jadi referree ni :-D

Recent Posts

Info siaran langsung Malaysia vs Denmark piala Thomas 30.4.2024

Bukan mudah buat pasukan Malaysia untuk menundukkan pasukan Denmark. Juara dunia ada seoarang, semua top2… Read More

2 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS UZBEKISTAN SEMI FINAL PIALA AFC U23 29.4.2024

Bagi aku dah sampai separuh akhir sudah cukup baik dalam kejohanan piala asia u23 untuk… Read More

3 days ago

SINOPSIS PENUH FULL MOVIES SHERIFF (NARKO INTEGRITI)

  Buah tangan Shafiq Yusof dalam dalam mood raya ini, katanya sudah mengutip 11 juta… Read More

3 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS KOREA SELATAN PIALA ASIA U23 26.4.2024

Perlawanan yang penting buat skuad Garuda Muda yang dipimpin oleh Sin Tae Yang. Pasukan Indonesia… Read More

7 days ago

Akaun Fleksibel , akaun ketiga KWSP bermula 11 mei 2024

Memandangkan keadaan ekonomi baru nak pulih kesan dari covid19 yang melanda, kita masih terkesan sebenarnya.… Read More

7 days ago

CONTOH SURAT PERMOHONAN TAPAK VENDING MACHINE, PDF, DOC FILE FORMAT

Sekiranya anda sudah dapat lokasi yang strategik dalam business vanding machine. Perlu membuat surat permohonan… Read More

7 days ago