Tinggal beberapa hari sahaja skuad kendalian Ong Kim Swee akan menentang Kelab gergasi Eropah chelsea, the blues yang sudah pun tiba di tanah air malaysia. Mereka pun ada buat latihan dan sesi wartawan dan juga bertemu peminat-peminat.
Pertaruhkan 9 orang pemain senior.
Ong Kim Swee mempertaruhkan 9 pemain senior untuk menghadapi Chelsea pada aksi persahabatan di SNBJ Khamis ini.9 pemain senior itu ialah Norhafiz Zamani Misbah, 30, Amri Yahyah, 30, Hairuddin Omar, 32, Badhri Radzi, 29, Daudsu Jamaluddin, 26, S. Subramaniam, 26, Shahrulnizam Mustapa, 30, Joseph Kalang Tie, 24, dan penjaga gol, Farizal Marlias, 25.
Hairuddian Omar mengetuai jentera serangan.
Ia satu penghargaan buat beliau, pemain berasal dari Terengganu itu mempunyai sejarah unik apabila muncul satu-satunya pemain Malaysia yang pernah menembusi gawang Chelsea ketika skuad negara tewas 1-4 pada 2003.
Mereka bakal digabung bersama beberapa lagi tonggak utama skuad Olimpik negara seperti Irfan Fazail, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Fandi Othman dan Zubir Azmi.
Saya akan memberi peluang kepada semua pemain beraksi. Bagi pemain skuad Olimpik, ini peluang buat mereka menimba pengalaman selepas berhempas pulas layak ke pusingan akhir Kelayakan Zon Asia.-Ong kim Swee.
Chelsea mahu turunkan 2 pasukan dalam satu perlawanan.
Nampak macam pelik, tetapi sebenarnya memang itu yang dikatakan oleh Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas berkata, perlawanan sempena Siri Jelajah Asia kelab itu merupakan peluang terbaik untuknya menilai persembahan pemainnya, sebagai persediaan musim baru Liga Perdana England (EPL).
“Saya akan menurunkan dua pasukan berbeza dalam setiap 45 minit permainan nanti. Dengan cara ini, saya boleh melihat kombinasi yang berbeza di kalangan pemain,” katanya.
Sidang akhbar itu turut disertai jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee, bintang tengah Chelsea, Frank Lampard dan pemain pertahanan, Branislav Ivanovic.
Menurut Boas, dia akan cuba memanfaatkan sepenuhnya Siri Jelajah Asia selama 15 hari bagi melihat kekuatan yang dimiliki para pemainnya dalam membentuk kesebelasan yang mantap.
Jelasnya, amat penting untuknya mempelbagaikan gaya permainan pasukannya, selain mencuba gandingan pemain yang sesuai bagi mencari keseimbangan dalam persembahan Chelsea kelak.
Skuad Blues yang tiba di Kuala Lumpur semalam, menerima sambutan hangat daripada para mereka, yang setia menanti pemain pujaan mereka di hotel penginapan pasukan di sini, seawal pukul 11 pagi.
Bintang pemain chelsea yang bakal beraksi.
Kemunculan pemain bintang seperti Didier Drogba, Frank Lampard, John Terry dan Fernando Torres menjadikan suasana lobi hotel meriah dengan jeritan peminat yang melaungkan nama pemain tersebut.
Chelsea yang tiba dengan skuad terbaik mereka turut menampil pemain terkemuka yang lain termasuk Henrique Hilario, Petr Cech, John Obi Mikel, Daniel Sturridge, Salomon Kalou, Branislav Ivanovic, Ashley Cole, Yossi Benayoun, Nicolas Anelka, dan Florent Malouda.
Semoga berjaya buat skuad kebangsaan. !!!
Azah says
kenapa ganti2 Ong Kum Swee ng Rajagopal? huhu… semua pemain veteran ni, harap2 game best.
Iqbal says
K.Rajagobal tengah prepare skuad harimau malaya untuk match dgn Singapore. Ong kim swee akan bawak harimau muda (Skuad olimpik) lawan Chelsea nanti.. 😀
Zik says
yer betul tuh.. 10q jawabkan..
wrizuan[dot]net says
WR pasti pemain muda akan dapat pengalaman yg berguna bila bermain menentang Chelsea nie…..:)
Zik says
pengalaman yang berharga buat skuad bawah 23 tahun..
nUR_rOsALiNdA says
Malaysia Boleh!!!!!!~
Zik says
boleh !!! kalah tipis jer sis.. huhu
titan says
em..takpe. Kita tetap boleh menang dengan chelsea..haha..kena yakin. baru leh menang..
MDHAFiZ.NET says
betul tu bro… 🙂
anggap saja pasukan chelsea tu macam pasukan lubnan yg kita tewaskan dulu.. 🙂
baru ada keyakinan 🙂
anif says
Kombinasi senior dan junior. Harap pasukan ini dapat menampilkan permainan yang menarik serta semangat juang yang tinggi!
Zik says
gandingan yang mantap perlawanan malam tadi… walaupun kalah tipis jer… huhu
Chipcoklat says
Fuh mantap combination ni.. chip rase kalo gandingkan serangan antara hairuddin omar dengan idlan talahah.. lagi cantik.. di bantu ole pemain sayap gunalan dan pemain tgh merangkap attacking mid syafiq rahim.. mmg mantap la pasukan malaysia nnt..
(Aii..chip ni dah manager plak..siap susun strategi lagi..hehehe)
Zik says
idlan talahah injured… safiq rahim , gunalan semua tuh pemain harimau muda , diaorang nak lawan singapura sabtu…nih…
syahrilhafiz says
harap sangat player malaysia main baik punya macam lawan liverpool sebelum ni
dan harap sangat fanatik game bola ni jangan suck! sangat downkan pasukan malaya
sejukstudio says
aku minat warna biru. tapi xde kena mngena pon. 😀
aku suke tgk safiq rahim main. syok2..tores pon ok main :DD
akubiomed says
Beberapa pemain senior dipanggil untuk memantapkan skuad Olimpik Malaysia
Zik says
terbukti perlawanan malam tadi.. berjaya menyekat kemaraan chelsea..
zulkbo says
salam Zikr..
ermmm..harapan
menggunung nak tengok
pasukan Malaysia
menang kali ni..
Zik says
hampir seri malam tadi.. tapi takpelah
tehr says
aku tak harap menang dengan chelsea ni
cuma mahu menang dengan singapura je
Zik says
singpura lawan yang sukar ditandingi… pemain import semuanya memberi sumbangan
LiFe KaMi says
semoga Malaysia dapat membenamkan chealsea 4-0..
biar kita tau bahawa Malaysia boleh..
regards,
Arsenal Fan..:)
Zik says
oklah 0-1… fight jugak malaysia nih
mamat says
harap akan ada gol lagi dari malaysia 😀
Zik says
tak dapat gol satu ppun… peluang yang ada dilepaskan begitu sahaja..
mancai says
waduh… harap Malaysia dapat belajar dari kesilapan… jangan dihirau walaupun gergasi… Taring yang kita ada gunakan sebaiknya…
sayacomel says
malaysia kena main ganas. baru leh menang…haha..
Norizwan says
mungkin Malaysia betambah maju lagi….belajar dari kesilapan perlawanan sebelum ini….
aimannajmy says
huhu tak sabaq mau tgk game malam ni! harap ada la kot noh kat astro heheh!
bEe says
Segak sungguh si peniup wisel berbaju merah di atas tu ha!!!!!
Bilalah dpt tgk Zik pulak segak bergaya begitu ek…
Bila tiap2 post entri Zik story psl bola, confirm dah boleh jadi referree ni 😀