Categories: Akademik

Pengguna dan tangungjawab part 3

Tanggungjawab sebagai pengguna.

Setelah pengguna mengetahui dan memahami apakah hak hak mereka, maka pengguna haruslah bertindak mempastikan hak mereka diperolehi. Bagi memperolehi hak-hak itu, pengguna harus mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Setelah dikenal pasti, terdapat lima tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pengguna bagi memperolehi hak mereka.

  1. Kesedaran Mengkritik;
  2. Penglibatan dan Tindakan;
  3. Tanggungjawab Sosial;
  4. Tanggungjawab Alam Semulajadi;
  5. Bersatupadu.

1. Kesedaran Mengkritik

Pengguna mestilah disedarkan untuk lebih mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan. Ini bermakna jika didapati barangan yang diterima adalah dalam keadaan tidak sempurna, pengguna hendaklah jangan berdiam diri tetapi sebaliknya menyuarakan pendapat bagi mendapat baranganyang sempurna.

2. Penglibatan Dan Tindakan

Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial yang menjaminkan kepentingan pengguna supaya tidak dicemar atau diabaikan dan mengambil tindakan dengan keyakinan yang berasaskan penyelidikan serta pengetahuan yang sempurna.

3.Tanggungiawab Sosial

Pengguna mesti bertindak dengan rasa penuh tanggungjawab sosial dengan kewajipan dan bertimbang rasa supaya tindak tanduk mereka tidak akan menjejaskan golongan rakyat yang kurang bernasib baik mengenai hakikat ekonomi dan sosial yang sedia ada.

4.Tanggungjawab Alam Semula jadi

Pengguna perlu kesedaran yang tinggi atas keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni, menggalakkan keselamatan alam sekitar dan bertindak untuk menahan kemunduran faktor yang penting ini bagi menjamin mutu kehidupan sekarang dan masa depan. Ini penting untuk kehidupan generasi yang akan datang.

5. Bersatupadu

Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah ialah dengan semangat bekerjasama dan bersatupadu. Dengan semangat akan melahirkan kekuatan dan pengaruh supaya dapat perhatian ke atas kepentingan pengguna. Cara yang terbaik untuk bersatupadu ialah dengan melibatkan diri dalam persatuan-persatuan pengguna.

Bersambung…

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

  • Salam;
    Info yang bagus..sebagai pengguna kita mesti tahu peranan kita bukannya mengharapkan tindakan kerajaan semata2.

  • dalam mengambil hal kita sebagai pengguna
    ingat juga
    ada hak orang lain bersama

    buang sampah ke dalam tong sampah

  • Kebebasan mengkritik agak kurang kebebasan. Nasihat saya kalau tidak berpuas hati dengan produk yang dibeli perlu buat komplen kepada khidmat pelanggan. Janganlah buat komplen secara terbuka kerana ia terbuka kepada pengguna kepada saman.

  • mengkritik tanpa bersatu padu tak mendatangkan kesan jugak, mcm kenaikan harga bil astro, kalau pengguna lain diam je, tak dtg kesan apa2 , kuasa pengguna ada tapi tak bersatu padu maka tak jadi jugak le

  • tapi kalo kita lihat..berapa ramai je yg nak kritik balik secara berdepan..citer blkg slalu la. pastu x ramai pengguna yang nak menggunakan hak2 mereka. mereka lebih suka mengambil jln dengan berdiam diri shj

    • erm.. sy bab klu mkn dm tin cth tin susu mmg payg skit pilih tgok kdaan tin bagai batu yakin mmbli heheee

Recent Posts

LEE ZII JIA MARA KE FINAL TERBUKA THAILAND, AKHIRNYA!!

Bukan mudah untuk tundukkan pemain dari Chinese Taipei. Tapi malam ini memang malam Lee Zii… Read More

7 hours ago

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 18.5.2024

Hari ini kita ada tiga perlawanan sahaja dalam saingan liga super perlawanan kedua. Semalam satu,… Read More

9 hours ago

SIARAN LANGSUNG LEE ZII JIA VS CHOU TIEN CHEN TERBUKA THAILAND 18.5.2024

Wakil tunggal negara yang melangkah ke separuh akhir dalam saingan terbuka Thailand, tajaan Toyota. Lee… Read More

10 hours ago

KEPUTUSAN TERKINI LIVE MALAYSIA VS CHINA PIALA THOMAS 4.5.2024

Pertarungan demi pertarungan, peringkat kumpulan, 2 hari yang lepas, suku akhir, hari ini kita bertarung… Read More

2 weeks ago

MALAYSIA TEWASKAN JEPUN 3-1, MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2024

Malaysia's Lee Zii Jia plays a shot to Japan's Kento Momota during the men's singles… Read More

2 weeks ago

KEPUTUSAN TERKINI IRAQ VS INDONESIA TEMPAT KETIGA PIALA ASIA U23 2.5.2024

Perlawanan penentuan tempat ketiga atau keempat dalam saingan piala Asia u23. Indonesia vs Iraq dalam… Read More

2 weeks ago