Tanggungjawab sebagai pengguna.
Setelah pengguna mengetahui dan memahami apakah hak hak mereka, maka pengguna haruslah bertindak mempastikan hak mereka diperolehi. Bagi memperolehi hak-hak itu, pengguna harus mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Setelah dikenal pasti, terdapat lima tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pengguna bagi memperolehi hak mereka.
- Kesedaran Mengkritik;
- Penglibatan dan Tindakan;
- Tanggungjawab Sosial;
- Tanggungjawab Alam Semulajadi;
- Bersatupadu.
1. Kesedaran Mengkritik
Pengguna mestilah disedarkan untuk lebih mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan. Ini bermakna jika didapati barangan yang diterima adalah dalam keadaan tidak sempurna, pengguna hendaklah jangan berdiam diri tetapi sebaliknya menyuarakan pendapat bagi mendapat baranganyang sempurna.
2. Penglibatan Dan Tindakan
Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial yang menjaminkan kepentingan pengguna supaya tidak dicemar atau diabaikan dan mengambil tindakan dengan keyakinan yang berasaskan penyelidikan serta pengetahuan yang sempurna.
3.Tanggungiawab Sosial
Pengguna mesti bertindak dengan rasa penuh tanggungjawab sosial dengan kewajipan dan bertimbang rasa supaya tindak tanduk mereka tidak akan menjejaskan golongan rakyat yang kurang bernasib baik mengenai hakikat ekonomi dan sosial yang sedia ada.
4.Tanggungjawab Alam Semula jadi
Pengguna perlu kesedaran yang tinggi atas keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni, menggalakkan keselamatan alam sekitar dan bertindak untuk menahan kemunduran faktor yang penting ini bagi menjamin mutu kehidupan sekarang dan masa depan. Ini penting untuk kehidupan generasi yang akan datang.
5. Bersatupadu
Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah ialah dengan semangat bekerjasama dan bersatupadu. Dengan semangat akan melahirkan kekuatan dan pengaruh supaya dapat perhatian ke atas kepentingan pengguna. Cara yang terbaik untuk bersatupadu ialah dengan melibatkan diri dalam persatuan-persatuan pengguna.
Bersambung…
yusuf laili says
Salam;
Info yang bagus..sebagai pengguna kita mesti tahu peranan kita bukannya mengharapkan tindakan kerajaan semata2.
Fitrihadi says
jadilah pengguna yang bijak 🙂
.
tehr says
dalam mengambil hal kita sebagai pengguna
ingat juga
ada hak orang lain bersama
buang sampah ke dalam tong sampah
akubiomed says
Kebebasan mengkritik agak kurang kebebasan. Nasihat saya kalau tidak berpuas hati dengan produk yang dibeli perlu buat komplen kepada khidmat pelanggan. Janganlah buat komplen secara terbuka kerana ia terbuka kepada pengguna kepada saman.
auc dot com says
kebanyak drp kita takut utk mengkritik
diam je kalau apa2 ketidakpuasan berlaku
nuriz says
mengkritik tanpa bersatu padu tak mendatangkan kesan jugak, mcm kenaikan harga bil astro, kalau pengguna lain diam je, tak dtg kesan apa2 , kuasa pengguna ada tapi tak bersatu padu maka tak jadi jugak le
chii says
tapi kalo kita lihat..berapa ramai je yg nak kritik balik secara berdepan..citer blkg slalu la. pastu x ramai pengguna yang nak menggunakan hak2 mereka. mereka lebih suka mengambil jln dengan berdiam diri shj
Andy says
Thank bro zik,tak banyak yang saya tahu tentang hak pengguna ne
dnoBiz says
tapi yang pertama tu biasanya diganti dengan kebolehan mengampu 😀
muhammad fakhruddin says
Kadang-kadang kritik juga… “Aiya tauke, apasal ini barang banyak mahal, tempat lain lagi murah.”
suri says
rasa nak bukak kedai sndri jer heee
nizamghazi says
Rasa macam diri ni kurang buat tanggungjawab
sebagai pengguna di atas.
suri says
erm.. sy bab klu mkn dm tin cth tin susu mmg payg skit pilih tgok kdaan tin bagai batu yakin mmbli heheee
bEe says
Rasanya kesedaran utk mengkritik tu byk di kalangan kita
Cuma mengkritik tu terlebih pulak aaiiissshhhh