• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Panduan Mengambil wudhuk , fadhilat, kelebihan, sunat dan lain-lain

Panduan Mengambil wudhuk , fadhilat, kelebihan, sunat dan lain-lain

Zik · Feb 3, 2010 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot
mari berwudhuk, panduan berwudhuk, cara untuk mengambil air sembahyang yang betul, wudhuk, cara untuk berwudhuk
Sekadar hiasan.

Hari ini, ingin membicarakan mengenai panduan wudhuk dengan cara yang amat mudah sekali. Insyallah ianya sangat mudah untuk kita pelajari.

Tujuan kita berwudhuk.

Untuk kita mengerjakan ibadah solat (sembahyang), maka  diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu.

Hal ini kerana mengikut Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:

Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: “Sembahyang salah seorang di antara kalian tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia berwuduk”.

Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya tidak sah hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:

  1. Sembahyang-sembahyang sunat.
  2. Sujud tilawah atau sujud syukur.
  3. Melakukan Thawaf di Baitullah.
  4. Menyembahyangkan mayat.
  5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.

Syarat-syarat sah Wuduk:
Syarat sah Wuduk itu ada enam,

  1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
  2. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
  3. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
  4. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
  5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
  6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.

Rukun-rukun Wuduk
Ada enam perkara:

BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAH

BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG

BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wuduk, bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:

“Nawaitu rafa’al hadathil asghari Lillahi Ta’ala” ertinya “Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta’ala” atau “
doa wudhuk, wudhuk, doa wudhuk,
Nawaitu Udu’a Lillahi Ta’ala” bermaksud “Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta’ala”.

Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca “Bismillah hirrahman nirrahim” dan niat.

NIAT & BASUH SELURUH MUKA
DARI TELINGA KIRI-KANAN

2. MEMBASUH MUKA,

Mengalirkan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri – 3 Kali.

HUJUNG JARI HINGGA SIKU
MULAKAN TANGAN KANAN/KIRI

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, Dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak 3 Kali.

MENYAPU AIR KE KEPALA
MENCUCI KEDUA TELINGA

4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. – 3 Kali.

MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI
MULAKAN KAKI KANAN/KIRI

5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. – 3 Kali.

6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

Selesai mengangkat Wuduk hendaklah membaca Doa Selepas Wuduk

Sunat-sunat Wuduk
Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-

  1. Menghadap ke arah Kiblat.
  2. Menbaca “Auuzubillah himinasyaitonirrajim” dan “Bismillah hirrahman nirrahim”.
  3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk.
  4. Berkumur atau bersugi.
  5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
  6. Menyapu air ke kepala.
  7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
  8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
  9. Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
  10. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
  11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
  12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.
  13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya.
  14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
  15. Berjimat ketika menggunakan air.
  16. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wuduk.
  17. Membaca Doa Selepas Wuduksetelah selesai berwuduk.

Perkara yang membatalkan wuduk.
Ada 6 perkara yang boleh membatalkan wudhuk ini.

  1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
  2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
  3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
  4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
  5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
  6. Murtad.

Perkara yang sunat untuk berwuduk.

  1. Sehabis keluar darah dari hidung.
  2. Sesudah mengantuk.
  3. Hendak berjalan jauh.
  4. Sehabis ketawa berbahak-bahak.
  5. Ragu-ragu dalam berwuduk.
  6. Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor.
  7. Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
  8. Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
  9. Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
  10. Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama.
  11. Ziarah ke kubur.
  12. Memegang atau memikul mayat.
  13. Jika dalam keadaan marah.

Insyallah, semoga dengan panduan ini, dapatlah kita mengambil air wudhuk dengan sempurna dan kongsikanlah ilmu yang bermanfaat ini, kepada rakan-rakan yang memerlukannya, untuk kepentingan umat kita bersama.

Sumber asal : Angelfire.com

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan ambil wudhuk, cara untuk mengambil wudhuk, cara-cara untuk mengambil air sembahyang, haram ketika berwudhuk, hikmah berwudhuk, mari berwudhuk, panduan berwudhuk, syarat-syarat sah wudhuk

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Live streaming kelantan vs fc vs perak2 liga perdana 6.3.2021
  • Live streaming melaka united vs sabah liga super 6.3.2021
  • Live streaming selangor fc vs sri pahang liga super 6.3.2021
  • Keputusan terkini JDT VS KEDAH PIALA SUMBANGSIH 5.3.2021
  • Live streaming JDT VS KEDAH piala sumbangsih 5.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kerohanian/Keagamaan

Imam muda minggu ke5

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Imam muda Syakir ditamatkan pengajian IM Imam…

Kerohanian/Keagamaan

Peristiwa penting di Bulan Muharam (10 Muharam)

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Malam tadi baru sahaja mendengar ceramah di M…

Kerohanian/Keagamaan

10 calon imam muda 2011, CONFIRM!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG “Satu penemuan, Memecah tradisi satu pe…

%d bloggers like this: