• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Panduan laksana PdPR 3.0 dengan lebih berkesan dan sistematik

Panduan laksana PdPR 3.0 dengan lebih berkesan dan sistematik

Zik · May 17, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
PdPR
PdPr 3.0
1. Ringkaskan. Jika nak buat video sendiri makan masa, guna kelengkapan perang yang ada sahaja dan pilih yang penting sahaja. Contohnya, masukkan screenshot daripada buku teks dan crop mana yang perlu dan masukkan dalam powerpoint. Ingat murid-murid tak boleh join lama-lama pun dan tak boleh nak hadam semua benda dalam masa yang singkat.
Tidak semestinya overspent on budget dan masa. Ada beza to be an online teacher dengan online broadcaster. Sampai tahap buat studio tu optional dan datang dengan kemahuan dan kemahiran. Ramai guru mengajar semudah Powerpoint je tetapi dalam pdpr online berjalan dengan sangat berkualiti. Pedagogi kena tajam. InshaAllah akan dipermudahkan.
2. Fokus kepada aktiviti. Fikirkan bagaimana murid nak cari maklumat secara kendiri samada menerusi internet, perbincangan bersama ibubapa, cari daripada bahan disediakan atau guna bahan sedia ada di rumah. Inilah masanya untuk murid bina kebertanggungjawaban dalam pembelajaran sendiri. Hal ini boleh jadi satu kajian tindakan yang baik jika guru memanfaatkan konsep ‘learning with limited resrouces’. Murid pun akan cari sumber-sumber yang lain, dia akan usahakan kalau apa yang cikgu ajar tuh macam kita kena cari info lain. Lebih kurang macam tuhla.
3. Penilaian dan maklumbalas. Seharusnya berlaku segera. Contohnya selepas satu minggu tugasan, semak dan beri maklumbalas dari segi pencapaian atau apa yang murid boleh perbaiki. Jangan tunggu sehingga selepas PKP. Jika murid sudah sangkut pada tugasan pertama mungkin sebab tidak faham, bagaimana pula cikgu telah berikan tugasan kedua. Bertimbun hasil kerja murid dengan mereka buat atas dasar tidak faham. Jika tugasan pertama tidak selesai dengan baik atas sebab teknikal daripada pihak murid, mungkin perlu ubah cara tugasan kedua. Sebab bahagian kedua adalah tambah baik atau nilai daripada bahagian pertama. Atau jika cikgu sukar untuk buat pembahagian tugasan dengan lancar atas sebab tertentu, mungkin perlu ubah bentuk tugasan. Contohnya dalam bentuk gambar, jawapan lisan melalui audio chat. Tak semua respon murid perlu dalam bentuk bertulis. Sekarang PBD sudah versatil. Lagipun nak murid yang ‘all rounder’ kecuali bagi tugasan-tugasan khusus. Yang ni masuk topik lain.
Yang terbaik daripada cikgu-cikgu kita. .
credit to cikgu Herryan Shah. 

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik panduan laksanakan pdpr dengan berkesan, pdpr

promo lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: