Categories: Sukan

Pahang juara piala sumbangsih 2014 tewaskan lionXII 1-0

Tahniah buat pasukan pahang fa yang memulakan langkah kanan dengan menjulang piala sumbangsih 2014 menewaskan pasukan dari seberang tambak 1-0.

Keputusan penuh:

Pahang (1) vs Lion XII (0)

Jaringan : matias konti minit ke 57

Ulasan perlawanan.

Pada perlawanan malam tadi, pahang bermula dengan garang memulakan asakan demi asakan. Sehingga 10 minit permainan lion xii mula mendapat rentak. Tetapi penyudah dia agak kureng.

Berbanding dengan pahang yang banyak membuat serangam dibahagian kiri iaitu gopi (kalau tak silap). Peluang memang banyak disia-siakan. Sehinggalah minit ke 15, pertukaran pertama oleh pahang mengeluarkan dickson naekewmi( susah betul nal mengeja nama betul dia) yang takda function menggantikan matias conti.

Bila dah tukar, serangan semakin menjadi cuma keeper lions boleh tahan liat. Tiada gol dihasilkan sehingga separuh masa tamat.

Separuh masa kedua.

Pahang menggandakan asakan, ada beberapa percubaan hampir gol menewaskan penjaga gol lions, tetapi tandukkan dari matias conti terkena keeper. Ngam-ngam la pulak.

Serangan terjawab akhirnya.

Pada minit ke 57, akhirnya berhasil apabila azamuddin akil mendapat peluang untuk menjaringkan gol, tetapi berjaya ditampan keluar kedepan. Dengan pantas matias conti menyelunus (ayat apa nih) merembat ke sebelah kanan pintu gol. Penjaga gol hanya mampu melihat kerana dah terlalu jauh, selepas clear ball dari alex. Peluang tercipta apabila pemain lions gagal membuat clearance dengan kemas.

Serangan bertali arus lagi.

Pahang seolah-olah mahu mencari lagi gol untuk bagi kedudukan selesa. Namun apakan daya, banyak peluang disia-siakan. Memang banyak, tapi nak buat macam mana. Dari lions diaorang ada idea untuk membuat serangan, tetapi dari segi penyudah memang sangat failed. Mungkin ketiadaan penyerang berbisa harris harun dan baihakki yang dah pindah ke jdt lions kelihatan hilang taring singa. Dari segi idea dan mahu mencari gol ada, cuma skill individu dan peluang keemasan dirugikan gitu jer depan gol. Ada 2 peluang dari lions untuk menyamakan kedudukan.

Apepun tahniah buat lions dan pahang. 3 mata buat pahang dalam liga super. Perghhh satu kelebihan buat pahang sekarang ini.

Posted from WordPress for Android

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

  • tahniah Pahang! bajet menang 2-3 bijik..
    tp sebijik je.. ok la tu daripada lions yg menang.. cayok2..

Recent Posts

LEE ZII JIA MARA KE FINAL TERBUKA THAILAND, AKHIRNYA!!

Bukan mudah untuk tundukkan pemain dari Chinese Taipei. Tapi malam ini memang malam Lee Zii… Read More

7 hours ago

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 18.5.2024

Hari ini kita ada tiga perlawanan sahaja dalam saingan liga super perlawanan kedua. Semalam satu,… Read More

9 hours ago

SIARAN LANGSUNG LEE ZII JIA VS CHOU TIEN CHEN TERBUKA THAILAND 18.5.2024

Wakil tunggal negara yang melangkah ke separuh akhir dalam saingan terbuka Thailand, tajaan Toyota. Lee… Read More

10 hours ago

KEPUTUSAN TERKINI LIVE MALAYSIA VS CHINA PIALA THOMAS 4.5.2024

Pertarungan demi pertarungan, peringkat kumpulan, 2 hari yang lepas, suku akhir, hari ini kita bertarung… Read More

2 weeks ago

MALAYSIA TEWASKAN JEPUN 3-1, MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2024

Malaysia's Lee Zii Jia plays a shot to Japan's Kento Momota during the men's singles… Read More

2 weeks ago

KEPUTUSAN TERKINI IRAQ VS INDONESIA TEMPAT KETIGA PIALA ASIA U23 2.5.2024

Perlawanan penentuan tempat ketiga atau keempat dalam saingan piala Asia u23. Indonesia vs Iraq dalam… Read More

2 weeks ago