Tahniah !!! Buat pasukan Hobin Jang Hobin (negeri 9) yang berjaya menjulang piala Malaysia 2011 untuk kali yang ke 3. Menewaskan terengganu 2-1, ia satu pencapaian yang membanggakan. Hobin jang Hobin.
KEPUTUSAN PERLAWANAN :
TERENGGANU [1] VS NEGERI SEMBILAN [ 2]
Perlawanan malam tadi memang satu perlawnan yang senfit dan juga peningkatan perlawanan pemain malaysia yang berjuang hingga ke minit-minit terakhir.
Separuh masa pertama.
Pertarungan pada separuh masa pertama agak hambar tiada jaringan pada perlawanan akhir ini. Namun sebenarnya ada peluang-peluang yang hampir menjaringkan gol dari negeri sembilan mahupun dari terengganu.
Separuh masa kedua.
Ketika waktu inilah perlawanan dilihat semakin sengit. Hinggalah pada minit ke 62 Hasil dari hantaran Manaf mamat yang terjatuh diasak oleh pemain negeri sembilan terus ke ashaari ke sebelah kiri membuat sepakan yang agak melencong, dan masuk ke gawang. Cantik beb.
Keadaan stadium menjadi gamat buat penyokong terengganu. Apepun tidak boleh gembira terlalu awal. Mungkinkah ada kejutan dari negeri 9??
Hai O Muncul wira buat negeri 9 (penjaring terbanyak)
Namun, negeri sembilan tidak berputus asa membuat asakan demi asakan demi mencari gol penyamaan. Hantaran-hantaran dari syukor adan dan Kunalan kepada Hai O tidak membuahkan hasil. Namun, terus mencuba. Hinggalah pada minit ke 80 kalau tak silap, Kunalan membuat percubaan untuk membuat hantaran kepada Hai O, dan bola itu ke keeper (sharbinee alwi) tidak menangkap kemas bola itu terus masuk ke gawang terengganu. Kesilapan sharbinee Alwi, dan mungkin juga silau kepala Hai yang botak, tak nampak bola tuh. (aku gurau jer).
Keadaan gamat, dan peminat negeri sembilan terus bersorak. Dan pada minit ke 84, Hantaran dari Syukor Adan akhirnya berhasil, memberi peluang buat Hai O membuat sepakan (macam gunting, tapi tak lah kot) masuk ke garang gol. Sharbinee alwi hanya mampu melihat bola itu.Kedudukan kekal hingga masa perlawanan habis!!
Apepun tahniah diucapkan buat terengganu yang berjaya melangkah ke final, dan negeri 9 berjaya merangkul kejuaraan buat kali ke 3. Mungkin ada pengumuman dari menteri besar negeri 9. Korang tunggu jerlah. Tapi mungkin bukan cutilah kot.
Peningkatan pemain-pemain malaysia ini dan peningkatan sokongan dari lapisan masyarakat dinegara kita satu pencapaian yang membanggakan. Harus dikekalkan dan fikirkan bagaimana terus meningkatkan mutu perlawanan dan venue yang lebih selesa buat pemain. Mutu padang agak kureng kalau dilhat malam ini.
Sekian terima kasih. Hobin jang hobin!! Jaringan gol akan diupdate kalau dah jumpa.
Gol Highlights perlawanan:
Gol Ashaari :
Gol Kunalan:
Hai o score:
Mohd Azaharin says
Pengalaman mengatasi segalanya.
b3njy says
yer ada betul juga pendapatmu … tetapi pengalaman je tak cukup ia perlu + semangat + skill dan kebijaksanaan …
tehr says
tahniah kepada n9
kalian memang layak bergelar juara
b3njy says
Aikk ! … macam nada sedih je cikgu …
tehr says
dua kali sedih, bro
satu – kelantan kalah awal
dua – terengganu pulak lepaskan peluang
huhu
titan says
aku dah cakap dahh..
b3njy says
emmm … apa yang engkau cakap ? … tak der pun ? …
Zik says
kena rujuk entri ramalan anda siapa yang menang piala malaysia (entri yang lepas..)
anif says
Tahniah buat skuad Hoben Jang Hoben & penyokongnya 😀 Hai O tentunya mengecewakan skaud Terengganu…
b3njy says
Kecewa mungkin sebulan dua je lepas tu hilanglah kecewa tu balik … back to normal …
Norizwan says
yes…..nogori 9 monang…aku belanjo korang sumo yo heheh….:P
b3njy says
Jangan lupa belanja B3njy ok … Ooops ! lupa belanja Zik sekali juga … hehehe
b3njy says
B3njy dah agaklah Negeri Sembilan akan menang … nampaknya tekaan balingan buah dadu B3njy tepat … yeh !!!
Zik says
tahniah bro.. ramalan ku benar belakau.. umbrella… hehe
akubiomed says
Tanniah kepada Negeri Sembilan. Hoben Jang Hoben.
Zik says
skuad pilihan tahun hadapan nih..
faizul says
suka-suka-suka… hahahahaha… Aku sokong NS sejurus selepas Selangor dikalahkan Terengganu. 🙂
zik says
owh macam tuh.. aku sokong terengganu.. tapi apakan daya…
wazy says
Tahniah buat Negeri Sembilan
zik says
Juara yang sukar dijangka… huhu
muhammad fakhruddin says
Tahniah Negeri 9, tak sempat tengok live streaming.
zik says
susah juga nak tengok kat internet… line jadi lembab….. tak boleh tengok terus… mungkin ramai yang tengok.. huhu
nizamghazi says
Perlawanan yg penuh dramatik.
Apa2 pun tahniah kepada kedua2 pasukan.
Tahniah buat NS sbb jadi juara. jang oh jang.
zik says
perlawanan yang sukar dijangka…
Pacifista says
rezeki negeri 9 nak menang 🙂
zik says
yer betul tuh bro…
Ardzham says
Tahniah untuk Negeri Sembilan, Kalau separuh masa pertama diaorang main macam separuh masa kedua, rasanya lebih banyak gol dapat disaksikan. Separuh masa pertama memang nampak hambar.
Pasukan Terengganu, jangan kecewa, berusaha lagi tahun depan. Biasalah, adat permainan ada kalah dan menang.
Zik says
negeri sembilan mencipta kemenangan hasil dari peluang yang dicipta…..
Dulu Lain Sekarang Lain says
Gol pertama N9 cantik 😉
Zik says
sharbinee silap perhitungan…