• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Muat turun Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41, 2014!!

Muat turun Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41, 2014!!

Zik · May 1, 2014 · 17 Comments

Share this on WhatsApp

accountant, tips nak jadi akauntant, akauntant kerajaan,

Pening nak belajar akaun nih, lebih-lebih lagi gua bakal akauntan negara nih!! Tak balance pulak akaun debit dan credit nih.

Wwoooo, dah nak exam nih, takkan tak buat persediaan apa-apa korang semua nih??? Cepat study dan dapatkan info-info yang perlu anda masukkan dalam kepala otak orang sebelum exam nanti!! Kalau tak lu yang menyesal nanti kan?? hehe.

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred WA41 sedang hangat dicari oleh calon peperiksaan SPA yang dipanggil bagi jawatan Akauntan pada 11 NOV 2017 nanti woo!! . Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri ada bagi guideline aitu garis panduan umum untuk sesi peperiksaan, tapi semua tuh basic dia jer bro!!. Bagi calon baru yang masih belum tahu format soalan peperiksaan Akauntan ini mungkin sangat membantu tetapi percaya atau tidak, contoh soalannya amat sedikit sekdar panduan umum calon. Kita akan kongsikan contoh soalan nanti, tetapi perlu diingat, ianya bukanlah soalan bocor peperiksaan Akauntan Gred W41

Jawatan Akauntan W41 adalah jawatan yang diletakkan di bawah Jabatan Akauntan Negara (JANM). Mengikut rekod, tahun 2013, tiada peperiksaan ambilan jawatan ini. Kali terakhir sesi peperiksaan adalah pada tahun 2012. Jadi jika anda mendapat panggilan ke sesi peperiksaan ini, jangan lepaskan peluang kerana ini adalah peluang keemasan untuk anda menjawat jawatan Akauntan WA41.

Format Peperiksaan Akauntan Gred WA41

Ujian ini mengadungi empat seksyen iaitu:

  • Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
  • Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Tip Menjawab Soalan Akauntan WA41

(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

(c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred WA41

Contoh #1

Jualan Syarikat Teras Uji Sdn. Bhd. Bernilai RM871,421, kos barang yang dijual berjumlah RM465,651 dan kos operasi RM233,562. Kirakan untung kasar bagi syarikat ini?

Contoh #2

Syarikat Infokerjaya Resources Sdn. Bhd. Telah membeli sebuah kenderaan dengan kos perolehan sebanyak RM90,767. Aset ini dijangka mempunyai nilai sisa berjumlah RM5,000 selepas 5 tahun. Kirakan jumlah peruntukan susut nilai selepas tiga tahun asset ini dugunakan dengan kaedah garis lurus?

Contoh #3

Pada 28 Julai 2013, Siti Nurhaliza membeli barang niaga berharga RM4,300 secara kredit dengan syarat 10% 5 hari; 5% 10 hari. Berapakah jumlah hutang yang perlu dibayar oleh Khairul Asrol pada 3 Ogos 2013?

Contoh #4

Manakah antara perkara berikut yang tidak diambil kira dalam menghitung susut nilai aset?

A. Kos Pembaikan

B. Harga Kos Belian

C. Nilai Skrap Aset

D. Jangka Usia Penggunaan Aset

Contoh #5

8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28

B. 49

C. 56

D. 62

Persediaan Penuh Peperiksaan Akauntan WA41

Untuk persediaan penuh, dicadangkan agar anda mendapatkan rujukan penuh yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Mereka telah membantu lebih 60,000 graduan dalam memasuki Skim Perkhidmatan Awam dengan rujukan dan panduan yang disediakan

Untuk peperiksaan Akauntan, anda boleh mendapatkan rujukan penuh beserta contoh soalan di;

[+] Rujukan Lengkap Peperiksaan Akauntan WA41

Buat persediaan secukupnya bermula sekarang dan apa yang paling penting adalah persediaan anda itu bukanlah persediaan rambang. Bersedia dengan rujukan dan panduan yang tepat. Didoakan agar cita-cita anda untuk menjawat jawatan Akauntan W41 ini menjadi kenyataan. Ada sebarang pertanyaan boleh tanya aku diruangan komen bro. Apa-apa jerla, jangan tanya pasal masakan pulak yer. Aku bukan master chef nih. Hehe.

Tips yang lain korang kena tahu!!

  1. Banyakkan baca isu terkini dalam hal negara termasuklah mh370 ke, apa-apa jerla mengenai ekonomi negara
  2. Banyakkan latih tubi. Buat soalan matematik spm tingkatan 4 dan 5 tuh. Subjek matematik moden dan matematik tambahan kalau pandai lah kan. Hehe
  3. Rajin-rajin buat esei dalam bahasa malaysia, dalam 30 minit cuba buat satu tajuk apa-apa jerla.
  4. Juga rajin-rajinkan buat esei dalam bahasa english. Buat ayat-ayat simple jer. Pasal grammar tunggang langang tuh aku tak boleh tolonglah. Yang penting tuh, pemeriksa nak bagi markah, boleh baca tulisan kita. Paham dan point penting yang nak diterangkan, kasi dalam satu perenggan satu point. Alah senang jer tuh. Hehe.
  5. Doa dan tawakal.

 

update: RUJUKAN INI Sesuai untuk peperiksaan untuk Penolong akaun WA 41

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik akauntan, akauntan w41, contoh soalan akauntan w41, contoh soalan exam akauntan w41, contoh soalan peperiksaan akauntan gred w41, contoh soalan peperiksaan akauntan w41, contoh soalan peperiksaan penolong juruaudit, contoh soalan peperiksaan spa akauntan w41, contoh soalan spa akauntan w41, daya menyelesaikan masalah, exam akauntan w41, exam spa akauntan w41 pdf, peperiksaan akauntan w41, peperiksaan bertulis pegawai akauntan w41, peperiksaan spa akauntan w41, soalan bocor spa akauntan w41 doc file, soalan exam akauntan gred w41, soalan exam akauntan w41, soalan exam akauntan w41 soalan esei exam akauntan, soalan pengetahuan am dan jawapan, soalan pengetahuan am peperiksaan spa akauntan w41, soalan peperiksaan akauntan w41, soalan soalan spa berrkaitan jawatan akauntan w41, soalan spa akauntan w41, sukatan peperiksaan spaw41, tips exam akauntan w41, tips peperiksaan akauntan w41, ujian bertulis perakaunan

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. azMan says

    May 1, 2014 at 10:43 pm

    salam

    aduss…exam ni yg tak senang duduk nih huhuhu
    moga suksess & tenang menjawab nyee

    Reply
    • zik says

      May 4, 2014 at 8:57 am

      betul tuh bro….pening dibuatnya..huhu

      Reply
  2. anuar says

    May 2, 2014 at 4:52 am

    Terima kasih di atas perkongsian info. . Semoga semua calon boleh mula membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan ini. …

    Reply
    • zik says

      May 4, 2014 at 9:12 am

      huhu.. sama2..

      Reply
  3. amirulfaiz says

    May 2, 2014 at 7:28 am

    Aku lemah bila bab akaun ni. Debit kredit. 🙂

    Reply
    • zik says

      May 4, 2014 at 9:36 am

      susah nak balance kalau betul2…

      Reply
  4. Khairul Zamri says

    May 2, 2014 at 12:45 pm

    Terbaik bro hebat semakin hari hehe

    Reply
  5. suri says

    May 2, 2014 at 12:55 pm

    kalau dapat memang seronok gila silap boleh buat kenduri

    Reply
    • zik says

      May 4, 2014 at 9:30 am

      betul tuh… harapnya…

      Reply
  6. suri says

    May 2, 2014 at 12:58 pm

    semoga berjaya untuk ambil paper ini

    Reply
  7. MissPuan Yati says

    May 2, 2014 at 8:19 pm

    Tips yang sangat berguna untuk bakal calon. Selamat berjaya untuk calon-calon 🙂

    Reply
    • zik says

      May 4, 2014 at 9:31 am

      buat betul2.. kalau dah dapat nak duduki exam tuh.. huhu

      Reply
  8. Hannyabdullah says

    May 2, 2014 at 8:32 pm

    Aduhaiii…bab kira2 ni memang dr dulu lagi fail…pening tgok nombor2…:)

    Reply
    • zik says

      May 4, 2014 at 9:33 am

      samalah tak berapa nak suka bab kira mengira nih… hehe

      Reply
  9. ALong says

    May 3, 2014 at 9:49 pm

    Tinggal esok je nih – pastu tutp daa. Calon kena cepat dapatkan rujukan ini

    Reply
    • zik says

      May 4, 2014 at 9:34 am

      dah terlambat baru nak menyesal .. huhu

      Reply
  10. Ikhwan says

    October 28, 2017 at 12:38 am

    Sekarang kod jawatan W41 dah tukar jadi WA41.

    Reply

Leave a Reply to zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: