Mereka yang sempoi Julai 2011(Ramadhan Al mubarak)

Alhmdulillah dan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana blog ini masih lagi boleh beroperasi seperti biasa. Cuma tuan blognya yang tak boleh nak berperasi seperti biasa. Jom kita tengok siapa yang sempoi untuk bulan 7 yang lepas. Semua dibawah ini bukan calang-calang blogger weyh.

  1. Zulkbo
  2. Teh
  3. AkuBiomed
  4. MdHafiz.net
  5. Titan
  6. Ohbuku
  7. Esempoi
  8. Norizwan
  9. M.Aniff
  10. Mancai
  11. Nuriz
  12. Gerrard
  13. Jai
  14. Aimanjmy
  15. Nas Slim diet

Pembaca wanita masih kurang lagi. Sama isunya seperti bulan-bulan yang lepas. Tetapi di kajian alexa.com (tak pasti kebenarannya,) banyak pembaca perempuan dan majoriti  umur dari 21-40. Blogger Tengkorak Emas sudah pun berkhidmat (start training 6 bulan) di Maritim. Terasa juga kehilangannya. Blogger Suri pula mengalami masalah blog yang belum selesai, menyebabkan banyak pembaca blog dari sana dah takda kesini. Huhu.

Terima kasih diucapkan kepada semua blogger sama ada yang tersenarai atau tidak. Tak tahu nak cakap apa, cuma aku mendoakan kesejahteraaan  agar anda semua terus mendapat rahmat dari Nya(Amin). Bulan lepas ada banyak juga rupanya aku join contest dan tak semua aku menang (takda yang menang pun). Kesibukan menghadapi bulan ramadhan harus aku utamakan. Kerana takut-takut inilah ramadhan terakhir aku. Wallahualam.

Sebenarnya nak stop blogwalking (blog nih jer) untuk bulan ini. Namun ikut keadaan dan waktu yang boleh, aku cuba curi masa. Entri mungkin lambat sikit publish. Biasa lepas subuh post itu aku sudah schedule. Harap faham lah, keadaan aku yang agak membusykan diri. Azam aku bulan ini, target sehari satu juzuk sekurang-kurangnya.

Sedikit tips untuk keyword yang mungkin akan ada permintaan dalam bulan puasa dan dah nak raya nanti. Ia hanya jangkaan, tak semestinya betul.

  • Kelebihan bulan puasa, hikmah ramadhan, panduan solat terawikh
  • Buffet ramadhan 2011, promotion (harus ambil perhatian ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam  mendapatkan permit halal)
  • bazar ramadhan 2011
  • menu ramadhan yang murah, gambar2 menu makanan untuk berbuka (Hargghh!!)
  • harga kawalan naik harga (ayam, minyak masak, kelapa, gula, [barang terkawal])
  • Cerita, pengalaman ku di bulan ramadhan masa kecil
  • Sampul duit raya
  • Kuih raya murah, kuih raya almond london, kuih tart.
  • Baju raya promotion
  • Main mercun, patah tangan, buta mata, hilang jari dan bla bla(setiap tahun ada jer).
  • lagu raya nostalgia, dendang perantau, dan lain-lain lagi
  • tiket bas tambahan, kampung masing-masing
  • pengumuman hari raya 2011, 1432 Masihi.
  • Statistik Kemalangan jalan raya

Minta maaflah takda prediction untuk keyword panas macam cerita-cerita gossip artis, rancangan hiburan raya takda. Kalau-kalau rakan blogger ada idea yang lain, mungkin lagi banyak. So macam biasa, tingkatkan prestasi berdiri atas bakat sendiri bukan kerana kontroversi semata-mata.

Imam Muda Zikri Husaini Daerah Muar Ledang 2011/2012.

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

Recent Posts

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS JEPUN SUKU AKHIR PIALA THOMAS 2.5.2024

Kita sudah sampai di peringkat suku akhir. Dia antara dua sahajalah, menang pergi, kalah balik… Read More

4 hours ago

Info siaran langsung Malaysia vs Denmark piala Thomas 30.4.2024

Bukan mudah buat pasukan Malaysia untuk menundukkan pasukan Denmark. Juara dunia ada seoarang, semua top2… Read More

2 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS UZBEKISTAN SEMI FINAL PIALA AFC U23 29.4.2024

Bagi aku dah sampai separuh akhir sudah cukup baik dalam kejohanan piala asia u23 untuk… Read More

3 days ago

SINOPSIS PENUH FULL MOVIES SHERIFF (NARKO INTEGRITI)

  Buah tangan Shafiq Yusof dalam dalam mood raya ini, katanya sudah mengutip 11 juta… Read More

3 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS KOREA SELATAN PIALA ASIA U23 26.4.2024

Perlawanan yang penting buat skuad Garuda Muda yang dipimpin oleh Sin Tae Yang. Pasukan Indonesia… Read More

7 days ago

Akaun Fleksibel , akaun ketiga KWSP bermula 11 mei 2024

Memandangkan keadaan ekonomi baru nak pulih kesan dari covid19 yang melanda, kita masih terkesan sebenarnya.… Read More

7 days ago