Alhmdulillah dan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana blog ini masih lagi boleh beroperasi seperti biasa. Cuma tuan blognya yang tak boleh nak berperasi seperti biasa. Jom kita tengok siapa yang sempoi untuk bulan 7 yang lepas. Semua dibawah ini bukan calang-calang blogger weyh.
- Zulkbo
- Teh
- AkuBiomed
- MdHafiz.net
- Titan
- Ohbuku
- Esempoi
- Norizwan
- M.Aniff
- Mancai
- Nuriz
- Gerrard
- Jai
- Aimanjmy
- Nas Slim diet
Pembaca wanita masih kurang lagi. Sama isunya seperti bulan-bulan yang lepas. Tetapi di kajian alexa.com (tak pasti kebenarannya,) banyak pembaca perempuan dan majoriti umur dari 21-40. Blogger Tengkorak Emas sudah pun berkhidmat (start training 6 bulan) di Maritim. Terasa juga kehilangannya. Blogger Suri pula mengalami masalah blog yang belum selesai, menyebabkan banyak pembaca blog dari sana dah takda kesini. Huhu.
Terima kasih diucapkan kepada semua blogger sama ada yang tersenarai atau tidak. Tak tahu nak cakap apa, cuma aku mendoakan kesejahteraaan agar anda semua terus mendapat rahmat dari Nya(Amin). Bulan lepas ada banyak juga rupanya aku join contest dan tak semua aku menang (takda yang menang pun). Kesibukan menghadapi bulan ramadhan harus aku utamakan. Kerana takut-takut inilah ramadhan terakhir aku. Wallahualam.
Sebenarnya nak stop blogwalking (blog nih jer) untuk bulan ini. Namun ikut keadaan dan waktu yang boleh, aku cuba curi masa. Entri mungkin lambat sikit publish. Biasa lepas subuh post itu aku sudah schedule. Harap faham lah, keadaan aku yang agak membusykan diri. Azam aku bulan ini, target sehari satu juzuk sekurang-kurangnya.
Sedikit tips untuk keyword yang mungkin akan ada permintaan dalam bulan puasa dan dah nak raya nanti. Ia hanya jangkaan, tak semestinya betul.
- Kelebihan bulan puasa, hikmah ramadhan, panduan solat terawikh
- Buffet ramadhan 2011, promotion (harus ambil perhatian ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam mendapatkan permit halal)
- bazar ramadhan 2011
- menu ramadhan yang murah, gambar2 menu makanan untuk berbuka (Hargghh!!)
- harga kawalan naik harga (ayam, minyak masak, kelapa, gula, [barang terkawal])
- Cerita, pengalaman ku di bulan ramadhan masa kecil
- Sampul duit raya
- Kuih raya murah, kuih raya almond london, kuih tart.
- Baju raya promotion
- Main mercun, patah tangan, buta mata, hilang jari dan bla bla(setiap tahun ada jer).
- lagu raya nostalgia, dendang perantau, dan lain-lain lagi
- tiket bas tambahan, kampung masing-masing
- pengumuman hari raya 2011, 1432 Masihi.
Statistik Kemalangan jalan raya
Minta maaflah takda prediction untuk keyword panas macam cerita-cerita gossip artis, rancangan hiburan raya takda. Kalau-kalau rakan blogger ada idea yang lain, mungkin lagi banyak. So macam biasa, tingkatkan prestasi berdiri atas bakat sendiri bukan kerana kontroversi semata-mata.
Imam Muda Zikri Husaini Daerah Muar Ledang 2011/2012.
anif says
Wahaha.. Saya tersenarai la.. 🙂
Zik says
tahniah bro
Pacifista - X says
separuh memang customer tetap aku tu.hehe…
akubiomed says
Terima kasih masih tersenarai walaupun saya sejak tengelam timbul 🙂
akubiomed says
typo erro sejak – sekejap
nasslimdiet2 says
terima kasih coz masih tersenarai lagi walaupun dah jarang jenguk ke sini, sibuk sikit.
Kamarul Azri™ says
tak apa, tersenarai jua tu…
Kamarul Azri™ says
terlepas KA bulan ni dekat blog Zik.. 🙁
muhammad fakhruddin says
Terima kasih…akhirnya naik ke tangga ke-6 (walaupun rasanya untuk bulan Julai tak kerap sangat komen). Bro pun apa kurangnya di blog saya, kalah tipis dekat Kamil beberapa komen sahaja 🙂
p/s: Saya tengah berebut keyword Baca @ Ramadan 😉
zulkbo says
salam Zikr..
alhamdulillah..
teruskan membaca Al-Quran
dan khatam lagi bulan ini..
blog sambilan sudah..
🙂
afiq aiman says
betul tu. sokong! kena khatam al-Quran ni. setiap kali lepas solat baca 4 helai, sebulan habis la satu al-Quran
Kamal Mustafa says
Tahniah kepada mereka yang sempoi….KM belum sempoi2 lagi kat blog Zik nie huhu…Apa pun selamat berpuasa. Teruskan usaha Zik untuk target sehari satu juzuk.Pasti boleh.
afiq aiman says
bulan depan aku nak masuk dalam list sempoi jugak! kena usaha ni. seriusly sekarang masa yang aku ada sangat terhad. mana nak tulis blog lg, komen lg. nak baca blog yg aku subscribe lg. pergh, dah mula nampak kesibukannya
adamfaiz says
lemang, rendang tok, biskut makmur, semperit … alamak…rasa lapar terus aku hehehehe
yusuf laili says
Salam ramadhan;
Yg penting lakukan tugas hakiki dulu..kemudian baru yang lain..ok!!
Jai says
Walaupun kedua terakhir, at least ada dlm senarai.. Skrg aku pun jrg bw.. Kje kat ofis nih x macam dlu. lagi2 nak bhagikan masa ngan wife..hu3
Juan says
pehal nama saya xder ni, ermm,
kopi soda says
salam kenalan bro.
menarik pula keyword “kuih raya murah” tuh huhuhu 😛
ciksembang says
sedey ..nama tak dek
nuriz says
seperti biasa… saya ada jugak heheh
Wan Gerrard says
tersenarai buat pertama kali hehe thanks
titan says
wahh, imam tuu. hehe..
Dulua Lain Sekarang Lain says
Aiseh, masih gagal lagi kawe ni blog hang ni Zik.. Tak pa lah cuba lagi this month. Insya-allah boleh jadi golongan sempoi Ogos 2011. 😀
bEe says
Tahniah kwn2….
Mereka mmg rajin dtg ke blog…
Alamak, nama bEe takde utk bulan 7 nmpk sgt tak BW… hehehe
LuthfiMY says
blog mantap.. pasti akan ramai pengunjung! keep it up bro..
fiezaradzi says
tahniah buat yg tersenarai.. moga terus memberi info yg bermanfaat
nizamghazi says
Sorry lama x singgah sini, busy sikit.
Anway mereka2 di atas tu semua terbaik 😉
Mus says
akan mengganas bulan 8 ni bro..
mancai says
huhuhu.. rindu pulak kat blog suri tu….
Norizwan says
uik…tersenarai ler…hehe…kat tengah2 lak tu huhu