Ekonomi negara malaysia berada didalam keadaan yang kurang stabil sejak berlaku pertukaran demi pertukaran kerajaan dalam tempoh yang terdekat. Ia berkait rapat dengan Politik negara. Sejak Pru ke 14, kejatuhan Barisan Nasional buat pertama kali dalam sejarah, disitu lah kejatuhan ekonomi negara yang semakin teruk. Kemudian bertukar-tukar baton, apabila pakatan harapan tumbang sebab ada pergolakan dari dalam yang membuat pergerakan kudeta dari dalam.
Itu lantak dialah apa yang diaorang buat, tetapi ianya memberi kesan kepada rakyat jelata yang tidak bersalah. Jom kite tengok apa masalah Ekonomi di Malaysia sahaja.
Masalah Masalah dalam ekonomi di Malaysia
- Kenaikan kos sara hidup rakyat
- Langkah kerajaan menaikkan, tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga tepung (naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun.
Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM3.00 (sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM2.00 sekeping tidak termasuk SST sekarang 8 dan 10 peratus. Cukai Jualan dan Perkhidmatan.
- Paras hutang isi rumah rakyat yang membahayakan
Hutang isirumah rakyat Malaysia berganda kepada RM750 billion atau 76.2% KDNK dalam Julai tahun ini. Pecahan besar adalah pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan pinjaman pelajaran 33%.
Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah. Sekiranya tidak dibendung lebih awal, dari ima tahun lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara bermakna pendapatan yang diperolehi tidak cukup untuk membayar hutang terkumpul.
- Kelemahan ringgit dan peningkatan gaji yang perlahan
Dengan ringgit terus lemah dibandingkan dengan dolar Amerika (terendah dalam enam bulan) dan dolar Singapura (terendah dalam 15 tahun) juga menyumbang kepada lonjakan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia. Masa entri ini ditulis Rm 4.67, zaman DS Anwar Ibrahim.
Kesan kelemahan ringgit menyebabkan penurunan kuasa beli individu. Maknanya, setiap ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit barangan dan perkhidmatan import berbanding sebelum ini.
Peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan.
Mengikut Payscale.com, kadar purata kenaikan gaji Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding Indonesia 9.8%, Singapore 12% dan Thailand 5.8% dalam tempoh sama.
Kesimpulan, ekonomi adalah tunjang turun naik sesebuah masyarakat, bangsa dan negara.
- Paras hutang kerajaan yang tinggi
Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang kerajaan persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini boleh mempengaruhi kadar pertukaran wang asing negara.
Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan.
Dianggarkan dah lebih trillion hutang kerajaan. Termasuklah hutang 1mdb itu sekali. Pening beb sapa jadi perdana menteri. Hadap jerla makian dan cacian dari orang , yang buat taik lain, yang kena hadap orang lain.
Sistem ekonomi di Malaysia
Sistem ekonomi
Di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 bolehdikategorikan kepada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diridan sistem ekonomi komersil. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang merekaamalkan adalah dipengaruhi daripada sistem pemerintahan pada masadahulu. Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani, pedagang; pembesar pula menjadi pemilik tapak perlombongan dan sebagainya.
Ekonomi sara diri
Merupakan kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadarmampu untuk menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasilkegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka. Segalakelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakanuntuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asaskeperluan seperti pakaian dan sebagainya. Kegiatan ekonomi sara diriyang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasilhutan. Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yangbanyak.
Sistem ekonomi komersil
Ianya hanya wujud di Tanah Melayu setelahkehadiran penjajah British pada abad ke-19. Kehadiran mereka telahmempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan merekamengutip cukai daripada rakyat, memaksa rakyat mendapatkan duit tunai.Ini kerana mereka yang gagal menjelaskan cukai akan dihukum. Salahsatu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sektorperdagangan dan perlombongan.
Pertanian.
Kegiatan pertanian merupakan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu tradisional yang sangat penting. Merujuk kepadanya,padi pulamerupakan tanaman utama memandangkan ia adalah makanan asasi masyarakat di rantau ini. Masalah bekalan beras tempatan sangat membimbangkan. Sejak india sudah kurangkan peratus pengeluaran eksport ke luar negara. Malaysia diantara negara yang banyak import beras dari India. Kesannya memang impak besar apabila beras tempatan takda di pasaran. Di Malaysia, dua jenis padi telah diusahakan iaitu padi sawah dan padihuma (bukit). Padi sawah ditanam di kawasan rendah dan di lembah-lembah sungai yang subur damdengan tanah alluvium. Penanaman padisawah dipercayai diperkenalkan oleh orang Thai di negeri-negeri Melayu Utara dan orang Minangkabau di negeri-negeri Selatan.Negeri-negeri yang terkenal dalam penanaman padi sawah di TanahMelayu ialah Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Antara negeri ini, Kedah merupakan negeri yang terkenal sebagai jelapang padi negara kita. Menjelang abad ke-18, dataran Perlis dan Seberang Perai juga turutmenjadi kawasan penanaman padi yang utama. Penanaman padi sawah ini berkembang dengan pesat adalah dipengaruhi oleh sistem pengairan yang digunakan sejak abad ke-19.Air telah dibawa masuk ke sawah padi melalui tali air dan terusan. Antaraterusan yang terkenal ialah Terusan Wan Mat Saman yang dibina pada tahun 1885 di Kedah. Di Negeri Sembilan pula, kincir telah dibina untukmembawa air masuk ke sawah padi. Berbanding dengan penanaman padisawah, padi huma ditanam secara berpindah-randah setiap kalipenanaman dijalankan kerana kesuburan tanah telah hilang atauberkurangan. Biasanya, padi huma ditanam di kawasan yang bergunung-ganang. Sebagai contoh, suku kaum Dusun dari Murut di Sabah danSarawak yang tinggal di kawasan pedalaman melakukan kegiatanpenanaman padi huma. Walau bagaimanapun, terdapat juga tanaman-tanaman lain sebagai pelengkap kepada hasil padi seperti ubi, sayur-sayuran dan sebagainya. Penanaman tanaman ini menjadi penting kerana ia merupakan“makanan selang”. Selain itu, ubi juga dapat dijadikan sebahagian makanan utama sewaktu bekalan beras tidak mencukupi.
Perikanan
Ikan merupakan sumber makanan kepada masyarakat Melayu tradisional.Kegiatan perikanan merupakan pekerjaan utama bagi masyarakat Melayuyang tinggal di tepi laut dan sungai. Hasil tangkapan akan dijadikankeperluan diri sendiri dan lebihan hasil akan dijual. Kegiatan perikanandapat dilihat khasnya di negeri Terengganu dan Pahang. Mereka menjalankan aktiviti mereka di antara bulan Mac hingga bulan Oktober dandihentikan antara bulan November hingga Februari kerana masa itu merupakan musim tengkujuh. Pada musim tengkujuh, nelayan-nelayan dinegeri ikan akan menangkap ikan di kolam, sungai dan sawah padi. Selain itu, mereka juga cuba memperbaiki alat-alat penangkapan mereka pada masa ini. Di laut, nelayan menggunakan pukat, jala, jaring, bubu, kelongdan rawai untuk menangkap ikan. Di sungai pula, pancing, jala, tangguk,kai, lukah, tomak dan serampang digunakan untuk menangkap ikan. Padamasa kini kegiatan perikanan hanya dijalankan oleh golongan yang tinggaldi pinggir laut dan golongan yang kurang berpendidikan. Selain itu,masyarakat Malaysia pada masa kini juga kurang berminat untuk berkecimpung dalam kegiatan perikanan kerana kerjanya yang amat sukar dan pandapatan yang rendah. Pihak kerajaan juga menggalakan supaya golongan muda berkecimpung dalam kegiatan ini. Untuk menarik minat,pihak kerajaan telah berusaha dalam pelbagai cara antaranya ialah menubuhkan persatuan-persatuan nelayan dan banyak lagi
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
- EKONOMI SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN EKONOMI SEBELUM KEMERDEKAAN ,ERA PRA-PENJAJAHAN , ERA PENJAJAHAN EKONOMI SELEPAS KEMERDEKAAN , DASAR PECAH DAN PERINTAH DASAR EKONOMI BARU (DEB) RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN DASAR-DASAR AWAM
- EKONOMI SEBELUM KEMERDEKAAN ERA PRA-PENJAJAHAN • EKONOMI TRADISIONAL -dikenali sebagai Ekonomi Sara Diri – ciri- ciri ekonomi sara diri ialah: i. ii. iii. iv. v. Melombong bijih timah Menanam padi Memungut hasil hutan Menternak binatang Menangkap ikan -lebihan hasil akan ditukarkan dengan barangan lain menggunakan kaedah sistem barter
- • EKONOMI DAGANGAN – melakukan kegiatan pertanian dan perlombongan secara kecil-kecilan – sebelum kedatangan British, orang Melayu telah memasarkan hasil bijih timah ke China, India dan Jepun – masyarakat Melayu menggunakan bijih timah untuk membuat gendang gangsa, alatan senjata dan alatan muzik seperti gong.
- ERA PENJAJAHAN ERA PENJAJAHAN BRITISH EKONOMI DAGANGAN (KOMERSIAL) SISTEM PERTANIAN KOMERSIAL PERUSAHAAN GETAH PENGGUNAAN TENAGA BURUH LUAR INDUSTRI PERLOMBONGAN DASAR BRITISH TERHADAP PEKEBUN KECIL INSTITUSI KEWANGAN
- ERA PENJAJAHAN JEPUN Kemerosotan ekonomi – Inggeris menjalankan Dasar Bumi Hangus menyebabkan semua bekalan bahan mentah musnah. – bagi menghalang pembangunan pertanian – urusan perdagangan dihalang oleh tentera berikat – ekonomi di Tanah Melayu semakin luput Kesan kemerosotan ekonomi – penduduk terpaksa menjalankan ekonomi sara diri – berlakunya catuan makanan – nilai wang terlalu rendah – peningkatan kadar inflasi – masyarakat lebih tertumpu kepada pekerjaan sendiri – berlaku kecurian
- EKONOMI SELEPAS KEMERDEKAAN DASAR PECAH DAN PERINTAH • Antara faktor wujudnya dasar pecah dan perintah: • Sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat usaha penyatuan • Bagi mengekalkan penduduk peribumi di kampung • Mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian • Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu • Wujudnya pengelasan kaum dari segi pekerjaan dan sistem pelajaran diantara Melayu, Cina dan India • Berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 • Ekoran daripada peristiwa tersebut kerajaan telah merangka satu dasar bersepadu iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB).
- DASAR EKONOMI BARU (DEB) Kepentingan Dasar Ekonomi Baru Membasmi kemiskinan – usahanya ialah membuka dan -Matlamat utama DEB ialah untuk mencapai membangunkan kawasan tanah untuk perpaduan negara melalui dua strategi iaitu golongan yang tidak memiliki tanah oleh membasmi kemiskinan dan menyusun semula agensi kerajaan seperti FELDA dan FELCRA. struktur masyarakat Malaysia Dasar Ekonomi Baru diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 Kesan DEB Menyusun semula struktur masyarakat Malaysia -Strategi ini berperanan untuk menghapuskan pengkelasan kaum berdasarkan tempat tinggal dan ekonomi. Ianya bertujuan untuk memperlihatkan kewujudan pelbagai kaum di Malaysia. -Merapatkan jurang pendapatan dan mengurangkan perbezaan ekonomi antara kaum. -Menjamin pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dan pada masa sama cuba mewujudkan keseimbangan antara kaum.
- RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960) RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961-1965) • Matlamat utama memulihkan perusahaan getah bagi meningkatkan pendapatan penduduk • Tubuh RIDA untuk rancangan pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur masyarakat desa.(1966 ditukar kepada MARA) • LKTP 1956 bagi membuka tanah baharu untuk tujuan penempatan semula, menambah hasil pertanian dan meningkatkan taraf hidup penduduk (1971 ditukar kepada FELDA) • Digubal oleh pemerintah Malaya sendiri • Menyediakan kemudahan asas dan menggalakkan kepelbagaian ekonomi • Bermatlamat mengurangkan perbezaan taraf hidup, mewujudkan peluang pekerjaan dan kemudahan kesihatan, pelajaran dan perumahan • Penubuhan sistem Bilik Gerakan bagi menyelaraskan kegiatan ekonomi di kampung dan daerah
- RM-1(1966-1970) • Bermatlamat: • Mempelbagai kegiatan ekonomi • Mewujudkan peluang pekerjaan • Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber • Mempercepat integrasi • Beri tumpuan kepada perindustrian gantian import dan perusahaan pembuatan. • Penubuhan FELDA, FELCRA, MARDI, MIDA. RMK-2(1971-1975) • Bermatlamat antaranya: • menitikberatkan usaha untuk menyelesaikan perbezaan ekonomi antara sektor dan kaum agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. • mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor • Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan. • memperbaiki taraf hidup • Penubuhan DEB, KEJORA, DARA, PERNAS, UDA, RISDA, LPP
- RMK-3 (1976-80) • Memperkenalkan rancangan pembangunan wilayah dengan penumpuan kepada penanaman kelapa sawit dan getah • Meneruskan usaha pembangunan pertanian dan perindustrian • Penubuhan KETENGAH, KESEDAR RMK-4 (1981-1985) RMK-5 (1986-1990) • Memperkemaskan program pembangunan ekonomi • Penekanan kepada pertanian, perindustrian serta sektor industri berat • Rancangan pembangunan yang menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan serta pembukaan kawasan perusahaan baharu • 1979, PNB ditubuhkan untuk uruskan pelaburan Skim Amanah Saham Nasional (yang diperkenalkan 1981).
- RMK-6 (1991-1995) RMK-8 (2001-2005) RMK- 7(1996-2000) RMK-9 (2006-2010) • Strategi bermatlamat: • Meningkatkan kecekapan dan daya saing serta menggalakkan penglibatan swasta • Mengurangkan penyertaan langsung sektor awam • Mengekalkan dasar liberisasi serta pelonggaran peraturan • Menggalakkan perindustrian menggunakan teknologi canggih • Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal • Pengenalan Dasar Pembangunan Nasional lanjutan kepada DEB • Stategi utama: • Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap • Meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi • Meluaskan penggunaan ICT • Memupuk dan menyemai nilai positif dan nilai murni • Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan • Membangunkan sumber manusia yang berkemahiran dan berpengetahuan • Menekankan pembangunan ekonomi, sosial, modal insan dan projek-projek pertanian diberi keutamaan • Pengenalan Dasar Wawasan Negara
- DASAR-DASAR AWAM PERTANIAN • Meskipun pembangunan ekonomi sudah berubah kepada perindustrian pada 1960an dan 1970an, tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan. • Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yang bertanggung jawab untuk memajukan sektor pertanian dan menghapuskan kemiskinan luar bandar telah diwujudkan seperti FELDA, FELCRA dan MARA.
- DASAR PENSWASTAAN Pelaksanaan Dasar Penswastaan pada tahun 1983 selepas Dasar Persyarikatan Malaysia diperkenalkan Kerajaan akan memindahkan kuasa, kepentingan, perkhidmatan, pelaburan dan perusahaan kepada pihak swasta dan bumiputera lebih berpeluang untuk terlibat dalam sektor perindustrian 5 alasan dasar ini diperkenalkan: -Mengurangkan beban kewangan & pentadbiran kerajaan. -Meningkatkan persaingan, perbaiki kecekapan dan menambah produktiviti. -Merangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian. -Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam. -Membantu mencapai matlamat DEB Antara institusi yang diswastakan : Kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas di Unit Perancang Ekonomi(EPU) bagi menyediakan garis panduan bagi penswastaan TM Berhad, TNB, KTM, BERNAS, MAS, Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC), Terminal Kontena Pelabuhan Klang,dan Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
Tanpa pertimbangan kemanusiaan, sistem ekonomi ini akhirnya menjadi sebuah jentera penindasan terhadap rakyat untuk kepentingan bobrok golongan elit politik yang menggunakan kuasa kekuatan tentera dan pemalsuan maklumat atas nama suatu idealisme palsu.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply