We wont grow!!
Warghhh, sedar tak sedar, aku sudah membesar panjang rupanya. Sudah berbelas-belas tahun tidak memegang bendalah ini apatah lagi bermain mercun!. Ya, aku mengakui ketika zaman kecil , kenakalan untuk bermain mercun begitu ghairah hingga sanggup membazirkan wang ringgit berpuluh-puluh ringgit waktu itu. Yelah, masa tuh masih jahil lagi. Fikir seronok jer. Nasib baik lah takda kejadian yang tidak diingini terjadi kepada aku. (kepada adik-adik semua, jangan main mercun!!).
Walaupun baru beberapa hari kita berpuasa, tengah mengambil mood menghidupkan suasana puasa dan raya juga nih (awal lagi bro) Sambil kita akan menyambut bulan kemerdekaan hujung bulan ini nanti.
Eh jom kita tengok video dibawah ini, gilalah macam berperang betul-betul seyh. Siap ada commader bagi arahan. Sampai suara pun dah nak hilang suara.
Tiba-tiba rasa nak main meriam buluh. Tapi kini bila dewasa. Aku mula sedar betapa mimpi. Hanyalah suatu permainan. Jiwa insan, dalam, kesepian. (Ella, layar impian).
Moralnya jangan main mercun! Bahaya ya. Tahun demi tahun ada jer kes hilang itu, hilang jari , takut mendengarnya. Apa faedahnya main mercun nih, dahla orang tak boleh nak tidur malam-malam. Kalau dah putus jari, hah sapa lagi susah. Mak bapak korang jugak yang susah. Hai tak makan saman punya budak.
Aku pelik la zik, dulu masa zaman kita budak2 main meriam bunyi macam bom jepun meletup, x byk pulak dengar kes putus jari, melecur badan dan macam2 la, sekarang je ngan tahun2 sebelum ni byk kes..
Teringin aku nak kembali ke zaman kanak2 dulu. Aku pernah la merasa buat meriam tanah.. huish… best2..ha3
diaorang tak hati2.. main belasah jer…apa2 nak main mercun pun kena fikir logik lah kan… nie main asal boleh jer… apepun jangan main mercun… huhu
Tapi aku kalau kat kg, mmg aku main dah time ni..ha3 (degil pya org…) malangnya, sebaya aku ramai dah keluar.. Mlm raya aku kerja pulak tu..hadoi la… X merasa la nak ternagkan thunderclap kat kampung..he3
Pergh.. bahaya tu. Lagipun boleh kena tangkap kalu main benda ni..
apa dihiraunya budak2 zaman sekarang nie…anak polis pun ada juga yang main… huhu
salam..
ha ha..terbaik!
sekarang pun ada di kampung
saya bila malam raya, bukan
budak2 yang main..bapaak budak
belaka..huhu
**moralnya kanak2 jangan main
mercun..orang besar tak pe..la la
bapak budak pun join sekali ker.. sini budak2 yang ramai join..huhu
Main mercun, lebih banyak keburukannya daripada kebaikannya. Oleh itu, adalah lebih iannya dielakkan.
Jika tidak salah saya, sudah ada kes yang berlaku untuk ramadan kali ini.
Saya doakan agar tidak berlaku lagi kes seperti itu. Amin.
lagi bagus tak payah main mercun.. menyusahkan.. huhu
Belum pernah main mercun meriam. Semasa kecil pun main mercun cili padi sahaja. Zaman saya mana ada mercun bola 🙂
mercun bola dia punya effect lagi kuat berapa kali ganda mercun cili padi tuh…. orang kita nih kreatif sangat…. dia buat besar2 .. belerang dicampur …
Assalam…
Pernah la disuruh beli belerang untuk meriam buluh tapi tak dibenarkan tengok pun, boleh dengar je…
lah kenapa tak dibenarkan tengok.. bahaya juga sebenanrya main meriam..
tak pernah main meriam buluh…teringin tapi tak confident takut buluhnya pecah….pernah main kabaid nyer…tutup ngan tin milo besar…..bunyi nya lebih kurang jer ngan meriam buluh
kalau buluh pecah.. biasanya tak berderai pun… setakat ini masih takda kes yang main mercun cedera dari main buluh.. tak pasti kalau yang lain ada pernah kena.. mungkin tak report dalam media kot..
tak pernah tengok meriam buluh hehe..dulu ada le tengok abang2 main meriam kabait dgn tin tu
pakai tin tak boom bunyi dia..
tak pernah main. saye sungguh beradab.. main bunga api cap rimau ke kucing tu je.. 🙂
main mercun bawang …hihi
Salam;
dulu selalu buat dan main meriam buluh..tapi tak guna belerang pakai minyak tanah jer.!!
minyak tanah?? macam pelita lah pulak..hehe
kalau datang dari felda mcm saya ni, gerenti puas giler layan meriam tanah n meriam buluh.. 🙂 cuma xde la mcm dlm video tuh… mcm ekstrem sangat. Hahaha
video tuh dah macam perang tuh..hehe
Bahaya!! Nanti beraya kat hospital atau terus ke pusara…!
Masa kecik2 dulu selalu tgk org dewasa main, tapi tak berani dekat…!
uncle tak main sekali ek??? bagusnya
dulu zaman budak-budak aku memang tak sah raya kalau tak main meriam buluh.. sekarang ni dah jadi bapa, penat pula nak nasihatkan anak2 supaya jangan main meriam buluh 😀
dah pencen main mercun..hehe
Perghhh… walaupun kawe macho, time kecik-kecik kawe elakkan jugak diri dari main meriam buluh nie.. Kalau meletop mati terus tak apa.. masaalahnya meriam ni selalunya buat sengsara hidup – putus kaki, putus tangan dsb. Hidup segan, mati tak mahu nanti jadinya…
better jauhkan… tak payah main.. habis duit jer.. huhu
dalam lokap ada kot? he he 😀
Belum pernah lagi main meriam buluh ni.
Ak jenis yg penakut mercun. hehe 😉
Perrghh.. bunyi memang berdesum!
Macam berperang habis
perang dunia ke 3.. sudah tercetus.. bersedia semua!!!
tak pernah lagi la main meriam buluh..tak erani den.hehehe
dulu masa kecik2 berani..sekarang nih.. hehe cuak juga
Kena balik kampung utk merasa pengalaman dan gegak gempita malam raya 🙂
bila balik kg???
bagi aku, orang2 lama yang main mercun mahupun meriam buluh nih memang pro.
mgkin bebudak zaman sekarang ni tak pro & tak tanya otai2 ni. tuh yang ada kesilapan masa main mercun & meriam buluh heh 😛
kena tanya pada yang pakar dan ciri2 keselamatan yang perlu dititik beratkan… huhu
permainan di kampung2.. org2 bandar main mercun naga lak.. huh
mercun naga tak berapa kuat… hehe..
kat kampung aku kalau time puasa kompem budak budak kampung aka budak otai main meriam buluh nih, hehehe
wah masih lagi main meriam buluh tuh.. kat kg aku dah pupus dah… huhu
Kalau duduk kat kampung2 memang biasa dengar bunyi dentuman meriam ni bila dekat2 nak raya..
sekarang nie dekat kg .. macam dah kurang sikit.. tapi bila dah dekat raya ..tak tahulah… huhu
hoho..nak cari mercun la kat pasar petang ni. hehe..
amboi cikgu….
tengok video ni teringat aku masa kecik2 main meriam batang kelapa kat surau 24 biji meriam paling sikit… sekarang tak ada lagi dah rasanya…
perggh 24 biji tuh… kalah kampung aku tuh bro… huhu
selalu main kat kampung sampai sekarang kalau balik 2-3 hari sebelum raya..best 🙂
sampai sekarang tuh… hati2 yer main bro.. uhu
dah lama tak main meriam ni.tapi meriam tanah je la.meriam buluh tak berani aku nak main.huhu…
meriam bawah tanah tuh.. kurang sikit bahaya berbanding meriam buluh biasa nih.. huhu
kalau teringat masa kecik-kecik dulu memang seronok main meriam terutama meriam tanah. kita orang punya lah terer ramai2 berdiri atas meriam tanah tu. Bila member cucuh jer api dan meriam meletup kita yang kat atas tadi terasa macam gempa bumi. Best…….
Tapi sekarang ni tak tau la ada ke lagi orang yang main meriam tanah ni. kalau kat Sabak Bernam ngan Hutan Melintang ada lagi tu….
Korang nak main hati-hati la….. jangan sampai hilang apa yang ada kat korang. OK…Selamat hari Raya.
rasnya masih ada lagi.. cuma mungkin dah tak berapa ramai yang main.. sekarang suka pakai mercun yang instant2..
aku fobia dengan benda meletup ni..
kalau ada anak kecil.. sabar je lah..
kesian anak kecil… tengah tidor boleh terbangun… kalau menangis satu hal… jadinya
Ehem……
Tak suka dgt bende2 meletup even yg jatuh pun seriau!
perghh dah macam main game Call Of Duty aku tengok huhu.. aku tak penah lagi men sejak kecik..tengok dr jauh je..dulu kecik2 penakut sket huhu
aku kecik2 makin berani.. dah besar bila dah tinggal.. nak try bakar.. dah jadi takut…