• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Manusia, Wujud Demi?

Manusia, Wujud Demi?

Zik · Sep 30, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

bumi

Manusia, Wujud Demi?

Setiap manusia pasti akan berhadapan dengan soalan sedemikian saat seseorang manusia hiba, gundah-gulana serta keliru ketika tertimpa musibah yang bertimpa-timpa yang bisa menyekat nyawa di kerongkongnya, hidup atau mati terasa seperti fantasi namun realiti; ia amat memudarkan sanubari hingga terbit kegoyahan iman yang kekar mandiri sementelah lama digilap oleh seseorang manusiawi. Lapan billion populasi manusia, kebahagian dan kesedihan silih berganti seperti kelahiran dan kematian. Berpasangan-pasangan seperti bulan dan matahari hatta begitu jualah sembah dan ibadat seperti mana suruhan Allah Subhanahu wa Ta’ala di Surah Az-Zariyat ayat 56; “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.”

Sembah dan Ibadat

Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, kata sembah atau menyembah dikategorikan sebagai menghormati, memuja, mengaku ditakluki atau mengaku taat kepada sesuatu atau seseorang manakala ibadat ialah membuat sesuatu kebaikan kepada diri sendiri atau kepada makhluk lainnya demi Tuhan yang telah menciptakan segala sesuatu. Contoh melakukan kebaikan kepada diri sendiri ialah solat, zikir, membaca malah memahami isi kandungan Al-Quran, menimba ilmu, bekerja atau semudah makan dan minum tatkala lapar dan dahaga manakala contoh melakukan kebaikan kepada makhluk lain pula ialah berzakat, bersedekah dan menolong makhluk Allah yang didalam kesusahan. Setiap kebaikan yang dilakukan baik kepada diri sendiri mahupun kepada makhluk lain pasti akan datang kembali kepada pelakunya berdasarkan firman Allah di Surah Al-Israa’ ayat 7; “Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.”

Di zaman globalisasi kini yang mana dunia seperti tidak terbatas dan serba pantas tiada bersempadanan penuh pancaroba, manusia sering memuja sesuatu selain Allah sehingga tercemarlah erti sembah bagi manusia. Seorang manusia yang seharusnya beribadat seperti keluar bekerja demi Allah kini mula bertujuan materi. Kelahiran idola-idola masa kini yang terdiri daripada pelbagai bidang misalnya politik, sukan, penyiaran media digital dan percetakan mudah ditempatkan ke dalam sanubari hingga sesetengah dari kita mudah mengagungkan malah mengaku taat hingga mereka ini sanggup melakukan apa sahaja yang dipinta oleh idola mereka. Beginilah jarum-jarum halus mengait manusia agar terpintal hati dan tujuan kelahiran agar sukar kembali kepada fitrah manusiawi yang seharusnya beribadat dan menyembah Allah Azza wa Jalla.

Tiadalah rugi hatta tidak Allah memerlukan manusia untuk mengagungkan-Nya namun manusialah yang memerlukan Allah Yang Maha Esa agar manusia tidak sesekali berputus-asa dengan rahmat-Nya jikalau sesuatu perkara itu tidak berjalan dengan kehendaknya kerana tiap suatu kebaikan mahupun kejahatan yang dilakukan telah dan akan kembali kepada pelaku tanpa kompromi. Andai kita merasakan Allah itu tidak adil maka muhasabah diri, tanyakan kembali setiap pertanyaan pada diri dan perhalusi makna sembah dan ibadat yang sering manusia keliru akan ia dalam mencari hikmah kelahiran ini.

Allah tidak bermain-main ketika menciptakan sesuatu dan hasilnya tiada satu pun ciptaan-Nya sia-sia apalagi seorang manusia. Setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan mengukir masa hadapan yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Begitu banyak nikmat yang diberi namun ingatlah bahawa dunia ini medan manusia untuk diuji maka bersabarlah didalam setiap ujian dengan menelusuri kehidupan sehari-hari dengan erti sebenar sembah dan ibadat pada Ilahi.

Manusia wujud, demi untuk menjadi khalifah pada diri yakni membimbing diri sendiri ke jalan yang benar agar tidak sesekali manusia tersesat di dalam ujian dengan berbekalkan panduan yang telah diberi. Sesuatu yang tidak difahami tidak bermakna kita harus membenci atau berputus asa dengan rahmat-Nya. Bersabarlah dalam menempuhi ujian ini kerana sesungguhnya semua manusia itu sama melainkan taqwa.

Kiriman, Saudara Fakhri Norsyafiq Bin Payat Noor

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan Manusia, manusia wujud didunia atas apa?, tujuan manusia hidup dimuka bumi Allah, Wujud Demi?

lazada
Formula Naikkan Followers Tiktok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: