Categories: Pengumuman

Mantan menteri pulau Pinang Meninggal Dunia

Takziah diucapkan.

Salam semua, ada berita perkhabaran untuk dimaklumkan. Dukacita Bekas menteri Pulau Pinang, Tun Dr. Lim Chong Eu telah meninggal dunia pukul 9 malam semalam setelah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sejak hampir sebulan lebih, akibat serangan angin ahmar.

Chong Eu, 91, meninggal dunia di rumahnya di Tanjong Bungah di sini setelah dibawa pulang dari hospital itu petang tadi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon ketika dihubungi mengesahkan berita mengenai kematian Chong Eu.

Beliau telah menjadi Menteri Pulau Pinang sejak dari 12 May 1969 sehingga 25 oktober 1990. Lebih kurang 21 tahun, satu tempoh yang lama bagi aku. Arwah pernah digelar sebagai pengasas Ekonomi Negeri Pulau Pinang.

Serba sedikit mengenai latar belakang (biodata) Mantan menteri Pulau Pinang,  YAB Tun Dr. Lim Chong Eu:

Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1919 dan mempunyai empat orang anak. Pendidikan awal Tun Dato’ Seri ialah di Penang Free School, menjadi Queen’s Scholar pada tahun 1937 dan memperolehi ijazah perubatan dan surgeri daripada Edinburgh University pada tahun 1944. Setelah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan (Flt. Lieutenant) dengan Malayan Auxiliary Air Force.Memulakan perkhidmatan perubatan swasta.

Dari dunia perubatan ke dunia politik.

Sebagai seorang ahli politik, Tun Dato’ Seri telah memegang beberapa jawatan utama dalam parti politik: sebagai Setiausaha Agung Radical Party, Presiden MCA, Setiausaha Agung UDP, Presiden Gerakan, berkesudahan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang (1969–1990).

Sebagai Ketua Menteri, Tun Dato’ Seri juga menjadi Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. Pada masa yang sama, beliau juga menyumbang sebagai Pengerusi dan Penasihat kepada beberapa badan profesional, sukan dan kebajikan.

Gelaran dan pangkat.

Tun Dato’ Seri Dr. Lim telah dikurniakan gelaran “Tun (SSM)” oleh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan gelaran “Dato’ Seri (DUPN)” oleh Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang. Beliau juga telah dikurniakan pingat oleh Presiden Persekutuan Republik Jerman dan oleh Maharaja Akihito dari Jepun.

Beliau juga dianugerahkan “Honorary Doctorate of Laws” oleh Universiti Sains Malaysia dan “Doctorate in Honoris Causa” oleh Edinburgh University. Tun Dato’ Seri juga dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia, dan tak tahu sekarang nie, siapa yang akan menggantikannya?

Tun Dato’ Seri  aktif dalam bidang perniagaan, walaupun sudah tidak memegang sebagai jawatan besar dalam kerajaan tetapi banyak dilantik sebagai pengerusi syarikat dan juga penasihat beberapa buah syarikat.

Gambar ketika beliau masih muda.

Atau ingin baca profile dia lebih lanjut di blog lain atau di wikipedia. Aku ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Tun dan sekeluarga.

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

Recent Posts

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS KOREA SELATAN PIALA ASIA U23 26.4.2024

Perlawanan yang penting buat skuad Garuda Muda yang dipimpin oleh Sin Tae Yang. Pasukan Indonesia… Read More

3 days ago

Akaun Fleksibel , akaun ketiga KWSP bermula 11 mei 2024

Memandangkan keadaan ekonomi baru nak pulih kesan dari covid19 yang melanda, kita masih terkesan sebenarnya.… Read More

3 days ago

CONTOH SURAT PERMOHONAN TAPAK VENDING MACHINE, PDF, DOC FILE FORMAT

Sekiranya anda sudah dapat lokasi yang strategik dalam business vanding machine. Perlu membuat surat permohonan… Read More

3 days ago

SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS KUWAIT AFC U23 23.4.2024

Aku tak tahu nak cakap apa untuk game yang terakhir. 2 game yang tewas dengan… Read More

5 days ago

BELI SAHAM BANK RAKYAT

Diantara bank yang memberikan pulangan yang konsisten setiap tahun , gila setiap tahun Atas 10… Read More

6 days ago

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS VIETNAM ASIAN CUP U23 20.4.2023

Ini peluang buat pasukan Malaysia untuk bangkit dalam perlawanan kedua , jika tewas , anggaplah… Read More

1 week ago