• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Malaysia tewas 2-3 vs taiwan, tetapi mara ke pusingan ke2 bertemu singapura

Malaysia tewas 2-3 vs taiwan, tetapi mara ke pusingan ke2 bertemu singapura

Zik · Jul 3, 2011 · 43 Comments

Share this on WhatsApp

malaysia vs taiwan, malaysia flag vs taiwan flag, malaysia vs taiwan 2011, malaysia vs taiwan july 2011

Keputusan:  Malaysia 2 vs 3 taiwan 3 julai 2011

Aggregate Malaysia 4- Taiwan4.

Malaysia mara ke pusingan kedua, (advantage gol di tempat lawan)  bertemu Singapura hjung bulan 7 nanti.

Jaringan:

  • Aidil Zafuan menjaringkan gol minit ke 7
  • Taiwan gol minit k ke 31 (Chang Han)
  • Safiq Rahim gol minit ke 40 (Chen Po Liang)
  • Taiwan gol minit ke 45 (penalti) Chang Han
  • Taiwan gol minit ke 75 (penalti) Xavier

Perlawanan timbal balik, 2nd leg di stadium taiwan malam tadi memperlihat persaingan yang agak mengecewakan dari segi mutu pengadilan dan juga prestasi permainan pemain malaysia yang agak luntur prestasinya di babak kedua terutamanya.

Namun ,begitu pujian harus diberikan buat penjaga gol kebangsaan Sharbinee yang menyelamatkan pintu gawang daripada gol apabila malaysia mendapat penalti kedua. Kalau tidak, memang tak maralah kita ke pusingan kedua bertemu singapura.

Taiwan menguasai perlawanan.

Mengakui taiwan begitu agressif pada babak awal perlawanan,  tambah dengan sokongan penyokong dari sana, walaupun tak ramai, malaysia terkucil juga. Namun, Aidil Zafuan berjaya menjaringkan gol seawal pada minit ke 8.

Namun, kealpaan pertahanan malaysia pada minit ke 33 , Pemain dari taiwan Chang Han menjaringkan gol penyamaan untuk merapatkan kedudukan. Namun, malaysia masih didepan 3-2.

Safiq Rahim menambah koleksi jaringan pada minit ke 40 sepakan percuma meletakkan malaysia didepan dengan agregatee 4-2. Namun begitu sebelum babak pertama, taiwan berjaya merapatkan jurang dengan dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke 44. Kedudukan agregate 4-3.

Separuh masa kedua.

Malaysia agak lesu dengan agressif jaringan dan pertahanan di diserang dengan kerap. Tak tahu apa yang terjadi kepada pasukan kita.Bertambah malang lagi, malaysia dikenakan penalti lagi oleh pengadil yang agak “bias”. Nasib baik sepakan penalti kedua ini Sharbinee berjaya menyelamatkan pintu gawang.

Namun ,begitu taiwan dapat lagi sekali sepakan penalti pada minit ke 74. Xavier yang baru sahaja mendapat kerakyakan Taiwan menjaringkan gol dengan menendang ke arah kiri sudut atas pintu gol.  Kedudukan pada waktu itu 4-4. Pemain malaysia semakin tertekan, dan serangan balas dari taiwan lagi banyak berbanding dengan malaysia sekali sekala dan peluang yang ada tinggal sikit jer lagi.

Kontroversi pengadil.

Ramai yang tidak puas hati dengan mutu pengadil malam tadi, siapa namanya kalau tak silap dari vietnam Võ Minh Trí , kerana memberikan sebanyak tiga sepakan penalti buat taiwan. Namun, memang ada kesalahan jelas, (termasuk tarik baju lawan dalam kotak penalti).. kesilapan begini memang mudah untuk pengadil menghadiahkan penalti kepada lawan. Apepun, pemain kena berusaha lagi selepas ini.

Malaysia layak ke pusingan kedua bertemu taiwan, kerana malaysia ada membuat jaringan gol ditempat lawan. Itu kelebihan yang kita ada. Tahniah diucapkan kepada pasukan negara yang sebenarnya meraka dah cuba yang terbaik. Apepun untuk pusingan seterusnya kita harus tebus sebaik mungkin, membuktikan malaysia bukan pasukan yang layak kerana “cukup makan” jer. Sekian dari meja sukan.

Unutk menonton jaringan-jaringan dan highlight perlawanan sila rujuk di entri keputusan terkini malaysia vs taiwan 3 julai 2011.

Pengajaran malam tadi:

  1. Jangan pandang mudah pihak lawan.
  2. Jangan main-main.
  3. Elakkan membuat kesilapan mudah.
  4. Jangan mengharapkan pengadil itu selalu adil.

Singapore VS “Malaysia” 23 July – WC Q 2nd round leg 1
“Malaysia” VS Singapore 28 July – WC Q 2nd round leg 2

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan gol dari aidil zafuan malaysia vs taiwan 3 julai 2011, gol jaringan malaysia vs taiwan 3 julai 2011, gol malaysia vs taiwan 3 julai 2011, gol malaysia vs taiwan julai 2011, keputusan penuh malaysia vs taiwan 2nd leg, malaysia kalah dengan taiwan 2-3, malaysia layak ke pusingan kedua, malaysia layak ke pusingan kedua bertemu singapura, malaysia mara ke pusingan kedua bertemu singapura julai 2011, malaysia taiwan, malaysia tewas tetapi layak ke pusingan kedua, malaysia vs taiwan, malaysia vs taiwan 3 julai 2011, tarikh perlawanan malaysia singapura, youtube gol malaysai vs taiwan

promo lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. MDHAFiZ.NET says

    July 3, 2011 at 9:49 pm

    syukur Malaysia menang 🙂
    memang sengit perlawanan tadi

    Reply
    • Zik says

      July 4, 2011 at 2:43 am

      sengit… sampai tak senang duduk..huhu

      Reply
  2. akubiomed says

    July 3, 2011 at 11:08 pm

    Harap skuad Harimau Malaya makin matang dengan perlawanan ini. Tanniah kepada skuad Harimau Malaya dan tumpuan kali ini adalah pertembungan dengan Singapura

    Reply
    • Zik says

      July 4, 2011 at 2:44 am

      harimau bertemu dengan ikan todak… erk silap singa yang berpura-pura…

      Reply
      • akubiomed says

        July 4, 2011 at 12:37 pm

        Kalau ikan todak apa umpan Zik fikir bakal Malaysia gunakan nanti?

        Reply
  3. Amirez says

    July 3, 2011 at 11:24 pm

    sepakan kencang aidil zakuan mula2 tu memang terbaik. rasa macam tengok EPL lak 😉 jaringan safiq pun terbaik. nampaknya mutu permainan pemain2 malaysia skang ni dah agak jauh melepasi tahap kekampungan mcm dulu

    Reply
    • Zik says

      July 4, 2011 at 2:45 am

      dah makin meningkat….

      Reply
  4. Esempoi says

    July 3, 2011 at 11:30 pm

    defensif kena perbaiki lagi..
    kita banyak bagi peluang pemain taiwan masuk kawasan kita

    Reply
    • Zik says

      July 4, 2011 at 1:56 am

      ya betul tuh…. membiarkan mereka terus membuat percubaan demi percubaan… banyak lagi yang harus malaysia lakukan…

      Reply
  5. aimannajmy says

    July 3, 2011 at 11:59 pm

    gila mantap malaysia men tadi. kagum aku, power tul aidil.. pengadil gak hampeh

    Reply
    • Zik says

      July 4, 2011 at 2:46 am

      pengadil pantang nampak kesalahan, itu jer point dia… takda nak consider dah tuh… huuhu

      Reply
  6. Sabahan Bloggers Club says

    July 4, 2011 at 12:44 am

    Hebatlah pasukan Malaysia ni.
    Tahniah kepada Malaysia. 🙂

    Reply
    • Zik says

      July 4, 2011 at 1:52 am

      perjalanan skuad kebangsaan masih terlalu jauh… insyallah mereka akan teruskan perjuangan…

      Reply
  7. Naga says

    July 4, 2011 at 12:58 am

    Kombinasi pertahanan Malaysia yang dicadangkan untuk menghadapi Singapura ialah Muslim, Fazli Shah, Aidil dan Mahali.Datuk Rajagopal tolong fikirkan. Jom kita penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil pd 28 Julai ni. Malaysia lwn Singapura.
    Ubah Fantasi Jadi Realiti.

    Reply
    • Zik says

      July 4, 2011 at 1:00 am

      ya, terima kasih diatas cadangan anda… support malaysia!!!

      Reply
  8. Naga says

    July 4, 2011 at 1:13 am

    Saya berada di Stadium Nasional Bukit Jalil semasa pasukan Olimpik Malaysia mengalahkan Lubnan 2-1 dan semasa pasukan Harimau Malaya mengalahkan Taiwan 2-1. Kami lebih teruja semasa pasukan Olimpik Malaysia bermain. Perasaan yakin dan kasihan kepada barisan pertahanan Olimpik Malaysia yang diasak bertubi-tubi oleh Lubnan. Berbeza semasa Harimau Malaya bermain, penonton mulai mencemuh sikap sambil lewa barisan pertahanan Harimau Malaya. Pada sidang akhbar, Datuk Rajagopal mengatakan PERTAHANAN MALAYSIA TIDUR. Pada saya yang tidur bukan pemain tetapi Datuk Rajagopal yang tidur. Beliau sepatutnya lebih kreatif dan contohi jurulatih EPL yang bertindak agresif di tepi padang memberi arahan. Bertemu Singapura, kita tidak boleh tertidur sekali lagi.Apapun GOOD LUCK dan UBAH FANTASI JADI REALITI.

    Reply
    • Zik says

      July 4, 2011 at 1:25 am

      Insyallah malaysia boleh pergi jauh!!!

      Reply
  9. Solihin Zubir says

    July 4, 2011 at 1:17 am

    smpai 3 penalti ref bagi..
    mujur la yg 2nd tu dpt safe..
    next, singapore plak.. heheh..

    Reply
    • Zik says

      July 4, 2011 at 2:46 am

      menentang ikan todak….keh keh2.

      Reply
  10. zulkbo says

    July 4, 2011 at 1:18 am

    salam..
    alhamdulillah..
    dah rezeki kita nih
    🙂

    Reply
    • Zik says

      July 4, 2011 at 1:46 am

      rezeki… lepas nie kena usaha lebih lagi…

      Reply
  11. tehr says

    July 4, 2011 at 2:26 am

    lega dengan tiupan wisel akhir
    nasib juga taiwan tak dapat lagi 1 go
    memang tak senang duduk aku
    hehe

    Reply
    • Zik says

      July 4, 2011 at 2:41 am

      kalau tak , dah tamat lah perjuangan skuad kita… huhu..

      Reply
  12. bucuk says

    July 4, 2011 at 11:48 am

    harimau malaya baham singa pulak lepas ni hehehe

    Reply
    • Zik says

      July 5, 2011 at 2:18 am

      harapan besar buat skuad kita ini…

      Reply
  13. minah balakong says

    July 4, 2011 at 11:52 am

    jom kita ramai2 penuhkan stadium bukit jalil 28 julai ni…

    Reply
    • Zik says

      July 5, 2011 at 2:22 am

      kepada yang ada kelapangan masa digalakkan…

      Reply
  14. nasslimdiet2 says

    July 4, 2011 at 11:59 am

    Apa-apa pun sekalung tahniah kepada pasukan Malaysia. Memang tak puas hati dengan mutu pengadilan pengadil vietnam tu.

    Lepas ni pertemuan harimau ngan singa rasanya lebih sengit dan mendebarkan

    Reply
    • Zik says

      July 5, 2011 at 2:22 am

      takpe yang penting kita layak… huhu

      Reply
  15. BOLT says

    July 4, 2011 at 3:12 pm

    kalau kita dapat brendan gan kan bagus

    Reply
    • Zik says

      July 5, 2011 at 2:22 am

      apa tuh brendan tuh?? aku tak berapa paham… huhu

      Reply
  16. titan says

    July 4, 2011 at 5:02 pm

    yang aku bengang..masuk je 2nd half..mesti defend longgar..dari dulu sampai sekarang. tak tahu kenapa..

    Reply
    • Zik says

      July 5, 2011 at 2:23 am

      pancit kot?? entahla..stamina kena kasi tambah lagi nih…

      Reply
  17. Norizwan says

    July 4, 2011 at 7:19 pm

    Perjuangan masih jauh lagi…gud luck Malaysia…go go go..

    Reply
    • Zik says

      July 5, 2011 at 2:23 am

      masih jauh… dan masih ada masa untuk perbaiki lagi…

      Reply
  18. wazy says

    July 4, 2011 at 11:31 pm

    Alhamdulillah Malaysia menang
    kena buat yang terbaik untuk perlawanan akan datang

    Reply
    • Zik says

      July 5, 2011 at 2:25 am

      perlawanan persabatanan chelsea, arsenal dan liverpool, malaysia kena belajar apa2 strategi baru….

      Reply
  19. Naga says

    July 5, 2011 at 1:32 am

    Semasa final Piala AFF 2010 di Bukit Jalil, Harimau baham Indon 3-0, siapa tongak barisan pertahanan, gandingan Apek ( gk ) Muslim dan Fazli. Harap coach buat sesuatu. Coach hanya salahkan player je. Singa ada 4 pemain import dan beberapa pemainnya bermain dlm Liga Indon, tak rela dibaham singa. Tapi sedih bila tgk aksi pertahanan masa lwn Taiwan. Jadikan game lwn Arsenal, Liverpool dan Chelsea utk mengajar barisan pertahanan lebih berdisiplin dan sebagai persiapan terbaik melayan Singa..

    Reply
    • Zik says

      July 5, 2011 at 2:21 am

      ya, tapi jangan main sampai injured… masa semakin suntuk, takut tak sempat nak recover nanti…

      Reply
  20. tengkorakemas says

    July 5, 2011 at 8:04 am

    free kick Malaysia memang hebat, cuma defensive banyak bagi chance lawan buat one two

    apa2 pun tahniah Malaysia, moga terus berjaya dan naik ranking, boleh aku main game fifa guna Malaysia hehe

    Reply
  21. ProfHariz says

    July 5, 2011 at 11:48 pm

    Aku harap jentera malaysia dpt bermain dgn lebih baik dgn singapura nanti.. Permain malaysia masih lemah pada pertahanan dan juga corak permainan~

    Reply
    • Zik says

      July 6, 2011 at 2:22 am

      masih ada masa, nanti perlawanan friendly , kena belajar dari pengalaman ini nanti.. arsenal, chelsea dan liverpool..

      Reply

Trackbacks

  1. Keputusan terkini malaysia vs taiwan 3 Julai 2011 | Zikri Husaini says:
    July 3, 2011 at 9:44 pm

    […] Nantikan ulasan selanjutnya di entri yang terbaru disini. […]

    Reply

Leave a Reply to bucuk Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
%d bloggers like this: