Categories: Sukan

Malaysia kalah bermaruah 3-6 bertemu liverpool (Asia tour 2011)

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA 3 VS LIVERPOOL 6.

Jaringan:

  • Charlie. Adam ( minit ke 27) Penalti.
  • Safiq rahim (minit ke 41)
  • D” N Gog (Minit ke 69, 70)
  • M. Rodriguez (minit ke 75)
  • Safee Sali (minit ke 80,82)
  • M. Rodriguez (minit ke 90)
  • D. Kuyt (minit ke 91)

Walaupun pasukan malaysia tidak berjaya mengalahkan pasukan kelab gergasi eropah ini, tetapi bagi aku ada sedikit kepuasan untuk perlawanan kedua siri jelajah asia 2011, berbanding bertemu arsenal tempoh hari.

Biarpun pada gol pertama, ia seperti ulangan babak bertemu arsenal yang mendapat sepakan penalti. Tetapi, malaysia berjaya menyamakan kedudukan sebelum separuh masa tamat (minit ke 42) hasil dari sepakan percuma yang cantik dari Safiq Rahim. Sepakan yang sukar diambil kekiri lencong memang tidak dijangka oleh penjaga gol liverpool yang kedudukan agak jauh untuk mengmabil bola itu.

Biarpun begitu, babak pertama dilihat, kedua-dua pasukan masih tidak mempamerkan aksi 100%, sebaliknya hanya menyimpan taring. Namun, percubaan dari liveprool memang banyak berbanding dengan harimau malaya.

Separuh masa kedua:

Penguasan liverpool memang nampak dalam control bola, strategi dan juga dalam serangan. Namun bagitu , tentangan malaysia tidak kurang hebatnya.

Kesilapan pemain kita dalam membuang perlu ditingkatkan lagi. Kerana, skill yang sedia ada , membuang bola secara membabi buta tidak efektif sebenarnya dan ia mengundang padah sebenarnya. Kalau kita tengok Liverpool clear ball, kan nampak ada jauh beza.

Sebabnya 2/3 punca gol adalah disebabkan pemain tidak berjaya membuang bola dengan berkesan, dan juga perbezaan stamina. Namun begitu, percaturan memasukkan Safe Sali pada babak kedua ia diliaht cukup bermakna buat skuad raja gopal. Tampanan cross dari pemain 21 (aku tak tahu nama dia, sapa tahu bagitahu) meleret kebawah , dan penjaga gol liverpool cuba mengambil tetapi bola itu tertampan keluar, dan pada masa yang sama safee sali memang dah terjah, tinggal balun jerla. Keadaan menjadi rancak dan semangat dari penyokong dan pemain mula berkobar-kobar walaupun ketinggalan dua gol.

Safe Sali Hampir hatrik.

Manakala gol kedua dari Safee Sali yang mana beliau membawa bola dari tengah kalau tak silaplah, dihalang oleh seorang pertahanan liverpool berjaya mengelecek dan seterusnya mengalahkan keeper dengan mudah. Keadaan terus gamat dan bersemangat.Dan selang selepas itu, safee sali ada membuat satu lagi serangan, tetapi berjaya di tahan dan dikawal ketat.

Pertahanan terus alpa.

Biarpun sudah 3-4 dan hampir menyamai kedudukan. Malaysia terus leka dibahagian pertahanan dengan liverpool terus menghukum 2 gol dari M.Rodriguez dan Kuyt pada masa minit 10 terakhir. Jaringan kedua-dua nih memang cantik. Tak boleh nak buat apa dah. Lagi-lagi dari kuyt yang buat one two gerakan , membawa bola dan sepak terus gol.

Kedudukan penuh malaysia 3-Liverpool 6.

Apepun, tahniah diucapkan buat Skuad K. raja gopal, dan pasukan malaysia yang bersungguh-sungguh bermain ada hari ini, kerana berjaya menghasilkan 3 gol bermakna. Biarpun kalah, banyak pengalaman yang dapat dan perlu diperbaiki untuk menentang chelsea nanti, seterusnya menentang musuh sebenar Singapura 23  dan 28 julai ini nanti. Semoga berjaya.

Ikuti komen Datuk K Raja Gopal:

Sekali lagi, sloppy defending, kita lepas enam gol mudah, semua enam gol individual mistake, its gifted goal. That’s why saya segera buat pertukaran, saya nak mereka tahu saya serius, there’s no room for mistake, there’s no place for player who’s not perform well regardless of your reputation and who u are. Selepas dua perlawanan ini, saya sudah ada gambaran kesebelasan untuk game lawan Singapura..” – K.Rajagobal

Highlights goal malaysia vs liverpool:

Version arab punya:

Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

Leave a Comment

View Comments

Recent Posts

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS JEPUN SUKU AKHIR PIALA THOMAS 2.5.2024

Kita sudah sampai di peringkat suku akhir. Dia antara dua sahajalah, menang pergi, kalah balik… Read More

6 hours ago

Info siaran langsung Malaysia vs Denmark piala Thomas 30.4.2024

Bukan mudah buat pasukan Malaysia untuk menundukkan pasukan Denmark. Juara dunia ada seoarang, semua top2… Read More

2 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS UZBEKISTAN SEMI FINAL PIALA AFC U23 29.4.2024

Bagi aku dah sampai separuh akhir sudah cukup baik dalam kejohanan piala asia u23 untuk… Read More

3 days ago

SINOPSIS PENUH FULL MOVIES SHERIFF (NARKO INTEGRITI)

  Buah tangan Shafiq Yusof dalam dalam mood raya ini, katanya sudah mengutip 11 juta… Read More

3 days ago

KEPUTUSAN TERKINI INDONESIA VS KOREA SELATAN PIALA ASIA U23 26.4.2024

Perlawanan yang penting buat skuad Garuda Muda yang dipimpin oleh Sin Tae Yang. Pasukan Indonesia… Read More

7 days ago

Akaun Fleksibel , akaun ketiga KWSP bermula 11 mei 2024

Memandangkan keadaan ekonomi baru nak pulih kesan dari covid19 yang melanda, kita masih terkesan sebenarnya.… Read More

7 days ago