Salam semua.
Tarikh : 26hb- November- 5 Disember 2010 (10 hari)
Tempat : MAEPS (Malaysia Agro Expositioon Park Serdang) Serdang Selangor.
MAHA( Horticulture and Agro International Agriculture) yang akan berlangsung di Serdang, 22 negara akan terlibat dalam usahasama mempromosikan barang-barang berunsurkan agriculture.
Ia merupakan pertunjukan pertanian utama Malaysia. Dianjurkan oleh Federation Agriculture Marketing Authority, bermula pada 26hb November 2010 selama 10 hari. Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia.
Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010.
Berikutan dengan kejayaan sambutan mengalakkan pada MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri.
Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia.
Penglibatan jabatan, syarikat swasta terlibat.
Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara. Peluang yang ada harus kita ambil sebab pelbagai negara yang menyertainya, dan teknologi mungkin berbeza.
Dengan sasaran 1.2 juta penggunjung, ada banyak aktiviti yang bakal dilakukan sepanjang expo pertanian terbesar di asia tenggara ini. 22-28 buah negara terlibat, lebih 1000 dariapda syarikat tempatan, padanan perniagaan, seminar dan juga ada persidangan untuk orang-orang besar yang boleh kita tengok dekat luar-luar ada tunjuk tv rasanya lah. Apa-apapun kena tanya di kaunter pertanyaan nanti disana.
Objektif MAHA.
- Untuk mengubah Malaysia menjadi pusat kecemerlangan pembangunan pertanian dan industri asas tani. Pameran ini adalah bagi menarik penyertaan pelabur persendirian dari dalam dan luar negara dalam sektor pertanian Malaysia
- Untuk mempromosikan industri pertanian sebagai satu pelaburan yang menguntungkan serta menjamin pulangan masa depan bagi menarik pelabur, usahawan dan generasi muda.
- Untuk mempamerkan inovasi dan teknologi terkini yang terdapat di pasaran antarabangsa dengan harapan ia boleh diaplikasikan dalam sektor pertanian Malaysia. Dengan ini, sektor pertanian negara akan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih viable dari segi komersial. Dengan demikian, taraf hidup dan pendapatan kumpulan sasaran turut ditingkatkan.
- Untuk menyediakan peluang kepada Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan / Kerajaan Negeri, Syarikat persendirian dari dalam dan luar negara, usahawan dan kumpulan sasaran lain bagi mempamerkan produk, penemuan terkini, peluang pelaburan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
- Menyediakan wadah pertemuan bagi penjual dan pembeli, pencipta teknologi dengan perkhidmatan sektor pertanian tempatan dan antarabangsa
TEMA tahun ini.
Berlanjutan untuk warisan ini, MAHA 2010 ialah dengan tepat bertemakan “Inovasi pertanian untuk pembangunan”. Ia berkhidmat sebagai pameran yang menandakan satu permulaan baru dalam pertanian inovatif dan industri-industri berasaskan agro menghimpunkan hampir teknologi-teknologi terbaru dalam industri-industri berkaitan sepanjang rantau.
Aktiviti/ tentatif program yang bakal berlangsung.
- Pertandingan gubahan bunga
- Demontrasi teknik pembiakan Orkid
- Teknik pembiakan tanaman Hiasan dan Pemasuan Semulan
- Pertandiangan mewarna
- “Treasure Hunt”
- Aktiviti Jualan Pokok Hiasan
- Promsi Produk-produk landskap
Demonstrasi
- Penuaian, pengangkutan BS buah sawti dan pengankutan buah sawit relai
- mericih pelepah kelapa sawit untuk pembuatan silaj makanan
- Mesin pengisar beras padat
- Mesin Penuaian Vitato
- Mesin menuai untuk rumput Napier, keledek Vitato dan Jagung
- Pertandingan Ikan Hiasan (Ikan Koi)
- Demonstrasi Memasak
- Jualan
- Pertandingan memancing
- Rodeo
- Penternakan Burung Walit
Peta lokasi Maha Ekspo
Sumber gambar dari : Tekan Like untuk ke facebook maha expo 2010.
Untuk maklumat lanjut silalah ke laman web rasminya, dan hubungi di talian hotline +603 2035 5777
Ismail N says
Nampak aktif sekarang Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani. Petanda yang baik buat petani dan peladang M’sia. Peruntukan utk peladangan dan pertanian amat besar tetapi ramai yang tak mahu buat. Di setengah kawasan tertentu, lori-lori Jabatan boleh digunakan FREE sebab tak ramai yang berdaftar dan aktif dalam Pertubuhan Peladang. Mungkin sebab pulangan hasil pertanian lambat dan ambil masa. Org kita kan suka “skim cepat kaya” aje.. 😀
boss says
yea memang pameran yang bagus.. hmm agak2 nanti ada tak orang nak MLM kan sayur sawi.. kih3..
sesuatu pameran yang menarik ni.. kena bayar tak?
dnoBiz says
Aku memang teringin sangat nak kesana, tapi masa tak mengizinkan,
Dari apa yang aku dengar banyak peluang menarik yang ditawarkan
:w00t:
adamfaiz says
bisnesman cam ko memang patut pergi…mana tau ada peluang baek punya 🙂
zulkbo says
Zikr..
Salam Eidul Adha..
moga sihat dan ceria..
harapan korban kita
di terima Allah jua.. :angel:
Zik says
Amin2… terima kasih bro zul..
Mohd Hafiz says
duh…. tarikh tu…. sama tarikh aku dpt result final exam aku nanti…
Zik says
owh yeker…
syahrilhafiz says
erm baru ni ada karnival 1 malaysia best..
sama gak konsep dia..
promosi barangan bumiputra..
kalau maha ni international sikit..=)
Zik says
international 22 buah negara tuh…lain2 teknologi nih…
gnesop.com says
cam menarik.. jika kelapangan boleh singgah nanti.. 🙂
Zik says
yer boleh aje bro gnesop…
madlut says
satu acara yang baik buat para petani atau bagi sesiapa yang berminat untuk terlibat dalam industri berkaitan pertanian…banyak teknologi pertanian yang boleh dilihat di sini
Zik says
macam2 ada… hehe
Fitrihadi.com says
bagus maha ni sebab dapat tingkatkan produktiviti negara…
Zik says
bagus untuk benchmark dengan negara2 yang lain….sebab ia lebih kepada international…
fitri says
orang yang berbudi dgn tanah ni kaye tu..nmpak je ddk kampung..tapi duit boleh tahan..
Zik says
berbudi dengan tanah memang banyak hasilnya … kalau nak dibanding dengan kerja2 biasa nih…
tehr says
yang berdekatan tu elok sangat singgah2
banyak peluang tu
Zik says
yang dekat nih boleh lah..cuba usha2 apa yang patut… menarik untuk dikongsikan bersama…
suri says
rasa nak kesana tapi dok jauh huhu.. :sideways:
nash says
menarik…tp mungkin aku xberapa minat dalam pertanian..
adik aku minat kot..leh kot dia g sane..hehehe
Zik says
minat tuh belakang cerita… tengok2 pun ok jer… hehe
sabree hussin says
mesti ada produk pelik-pelik dan yang tak pernah dengar dalam pameran ni nanti..
Zik says
semestinya… kita tunggu nanti…
sazuwi says
lamer berhasrat nak pegi..tak berkesempatan jer..
kali nie kener pegi gak..=)
Zik says
nanti kita jumpa…kalau terserempak lah… hehe
iza says
Salam…
Betul tu….skrg ni bapa mertuaku sibuk edit gambar utk MADA sempena MAHA 2010 nanti….
Ada mempelam harumanis, sunshine, coklat dan mcm2 lg la….
Masa tgh buat rakaman tu, tak berani nak buka tv ke, sembang ke takut ada suara latar….
Zik says
owh…… menarik tuh… kak..
akubiomed says
Dulu semasa mengusaha cendawan minat nak pergi MAHA bagi mendapatkan knowledge tapi tak pergi pun kena cendawan tak dapat nak tinggal sebab dia nak keluar tak ikut waktu 🙂
Zik says
susah juga nak jaga cendawan …. ilmu cendawan tak belajar lagi.. huhu
wazy says
kalau dapat pergi pameran ni best
macam-macam ada
Zik says
erm kalau dekat boleh pergi… yang jauh nieh… tengok2 kat tv …ada kot buat siaran…tapi sikit jerla…
mrnamie says
rasanya untuk usahawan muda bole kot pergi event macam ni… mesti dapat banyak pendedahan…
Zik says
insyallah..aku akan menyusul disana..cari peluang ….
Hadi Rofiee says
Barangsiapa yang berkhidmat kepada tanah, maka dia akan mendapat hasilnya. 😉
Zik says
berbudi pada tanah.. banyak hasilnya…
mankuchai says
Tahun ni nak luangkan masa pergi lah,parking senang ker Zik?
sollehahn says
my dad tak pernah miss pergi MAHA ni..dia kata parking memang susah nak cari..bayangkan je la kalau da beratus ribu yang datang…tapi ade sedia bas nk ke tapak pameran tu..
Lynn says
Kene curi masa ni untuk melawat tempat2 macam ni..
Zik says
erm betul tuh…
Anwar Osman says
Insya Allah, Aku akan berada di sana sebagai petugas pada 28 Nov, 4-5 Dis antara jam 4ptg hingga 10mlm. Dan pada Rabu 1 Dis pula 10pg hingga 4ptg.
Ingat nak buat gak post pasal Maha nie aritu, Siap dah snap pic banner dia kat Stesen KTM, tapi sebab malas nak kuarkan memory card, hajat terkubur begitu saja. Bagusla ada blogger yang alert ngan event kerajaan nie. Tahniah Zik. 2 thumbs up.
Zik says
alah bro buat jer…
Ali ridha says
aku bangun awal pagi terus pegi.
Zik says
yeker… dasyat kau bro…
mancai says
stanby duit je ni… aku memang nak pegi….
suri says
perniagaan di malaysia semakin pesat membangun..klu ada rzki nak pergi jugak..
en_me says
baru nk gi arini.. ihiks
faisal misni says
Assalamualaikum…
Saya ada berita terbaru dan terbaik…satu lagi event akan diadakan…lebih besar dan menarik dari MAHA…
MITE 2011 (Malaysian International Tourism Exhibition)
Hasil dari bahagian Menteri Perlancongan dalam & Luar Negeri.
25th – 27th November di MAEPS Serdang.
Kepada sesiapa yang berminat, nanti kan update dari saya.
mohd.faisal@myevents.com.my