• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Live streaming malaysia vs singapura piala marine 20.3.2019

Live streaming malaysia vs singapura piala marine 20.3.2019

Zik · Mar 19, 2019 · 3 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

Perlawanan separuh akhir malaysia bertemu dengan singapura dalam kejohanan piala marine 2019 kali ini di malaysia.  Bagaimanakah promosi sukan ini untuk kejohanan sulung kali ini?? Nampak macam muram. Tapi kalau final mesti penuh nih. Biasalah bangsa final akan muncul kalau pasukan malaysia mara ke final. Harap bolehlah menang lawan dengan pasukan singapura ini.

Apa kata jurulatih, Tan Cheng Hoe?? 

Kawal emosi. 

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe menyifatkan keupayaan mengawal emosi memainkan peranan penting dalam usaha Malaysia meraih kemenangan semasa berdepan Singapura pada aksi pembukaan Piala Airmarine 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Rabu ini.

Cheng Hoe berkata pertembungan Malaysia-Singapura yang mempunyai sejarah tersendiri selain prestasi terkini pasukan di ranking ke-165 dunia itu pastinya menjanjikan satu perlawanan yang sengit.

Justeru, pengendali berusia 51 tahun itu berkata pemain Malaysia harus sentiasa bersedia dan memastikan kawalan emosi pada tahap terbaik sepanjang 90 minit di atas padang.

“Kita nak baiki ranking kita dan pada masa sama menjuarai kejohanan sulung ini. Apa yang penting pemain tidak boleh emosi dalam perlawanan kerana tidak mahu dilayangkan kad merah atau kuning yang pastinya boleh menjejaskan rentak pasukan.

“Singapura pasti menghantar pasukan terbaik walaupun mereka tidak membawa dua orang anak Fandi Ahmad (Irfan dan Ikhsan)… mereka (Singapura) juga ingin dapatkan satu keputusan terbaik dan keputusan itu seperti kita tahu amat penting untuk kedua-dua negara,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Majlis Sukan Negara (MSN) di Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas kondisi pasukannya, Cheng Hoe berkata pemain PKNS FC Nicholas Swirad hampir pasti menjadi antara tiga pemain yang bakal digugurkan bagi melengkapkan senarai akhir 22 pemain menghadapi Piala Airmarine 2019.

Cheng Hoe turut mengharapkan penyerang negara Norshahrul Idlan Talaha yang tidak berlatih bersama pasukan hari ini disebabkan demam panas dan pemain tengah Kenny Pallraj yang masih bergelut dengan kecederaan, kembali cergas dalam masa terdekat.

“Kemungkinan besar Nic (Swirad) dia tidak sempat pulih untuk kejohanan ini tetapi saya berharap Mat Yo (Norshahrul) dan Kenny dapat kembali cergas untuk aksi lawan Singapura nanti. Kita perlukan Mat Yo sebab pengalamannya di pentas antarabangsa sangat luas dan boleh membantu pasukan,” kata beliau.

Untuk rekod, Malaysia menewaskan Singapura 3-1 pada saingan kumpulan Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Singapura sebelum seri 0-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Jalan Besar pada 2016 yang merupakan kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu.

 

Piala Air Marine: 10,000 tiket telah terjual

KUALA LUMPUR 15 Mac – Lebih 10,000 Tiket Kejohanan Empat Negara Piala Airmarine 2019 Yang Akan Bermula Dari 20 Hingga 23 Mac Ini Di Stadium Nasional, Bukit Jalil Telah Terjual Setakat Ini.

Pengarah Teknikal Piala Airmarine, M. Gopal berkata, jumlah tersebut akan meningkat setiap hari dengan kemuncaknya adalah pada perlawanan pembukaan melibatkan Malaysia menentang Singapura pukul 8.45 malam.

“Penjualan tiket buat masa ini kurang memberangsangkan. Tetapi tidak mengapa kerana budaya orang Malaysia akan membeli tiket pada hari perlawanan kebiasaannya.

“Anda sendiri boleh faham situasi budaya kita bahawa tiket akan dibeli pada saat-saat akhir.

“Isnin ini kami akan buka pintu venue perlawanan. Jadi mereka boleh membelinya di sana. Saya harap ramai akan hadir memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya,” katanya selepas majlis agihan tiket kepada pelajar sekolah di Petaling Jaya di sini hari ini.

Airmarine Malaysia (MALAYSIA) Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat logistik terkemuka telah tampil ke hadapan untuk merancakkan saingan bola sepak membabitkan pasukan kebangsaan dengan memperkenalkan kejohanan Piala Airmarine.

Kejohanan edisi sulung itu akan menampilkan Malaysia selaku tuan rumah, Singapura, Oman dan Afghanistan, dengan kejohanan tersebut turut berada dalam kalendar perlawanan antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangasa (FIFA).

Piala Airmarine akan menjadi platform untuk memberi saingan yang lebih kompetitif buat skuad kebangsaan bagi memanfaatkan kalendar perlawanan antarabangsa FIFA untuk meraih seberapa banyak pendedahan dan juga mata untuk memperbaiki kedudukan di dalam ranking antarabangsa FIFA.

Mengulas berhubung majlis tersebut, Gopal memberitahu, usaha murni itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial pihaknya.

“Pelajar perlu membawa kad pelajar semasa pembelian tiket di kaunter yang disediakan. Sebanyak 5,000 keping tiket pelajar telah disediakan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Azam azih tekad mahu bawa harimau malaya ke final, piala Air marine

KUALA LUMPUR 16 Mac – Selepas diketepikan daripada skuad Harimau Malaya dalam Piala AFF tahun lalu akibat kecederaan, bintang tengah Pahang, Nor Azam Azih mahu menebus kekecewaan dengan membawa Malaysia melangkah ke final Piala Air Marine yang bermula di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu depan.

Pemain berusia 24 tahun itu menegaskan, dia mahu membalas kepercayaan jurulatih, Tan Cheng Hoe dengan memberi sumbangan kepada pasukan bermula dengan aksi pembukaan menentang Singapura.

“Saya gembira sebab terpilih lagi dalam skuad kebangsaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang memberi kepercayaan kepada saya, sudah tentu ia akan dibalas dengan aksi terbaik.

“Saya masih baru dalam pasukan kerana sebelum ini saya mengalami kecederaan dan hanya dapat menyertai skuad kebangsaan untuk tempoh singkat.

“Kali ini, saya mahu membawa Malaysia mara ke perlawanan akhir Piala Air Marine,” kata Nor Azam.

Nor Azam percaya, peluang untuk mengalahkan pasukan jiran, Singapura dalam aksi pembukaan Rabu depan cukup cerah meskipun lawan memiliki ranking lebih baik.

“Kalau tengok ranking, Singapura hanya satu anak tangga di atas kita, jadi kita tidak perlu rasa gementar apatah lagi bermain sebagai tuan rumah.

“Saya percaya, Malaysia akan memenangi perlawanan itu,” katanya lagi.

Berdasarkan ranking semasa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Oman berada di kedudukan ke-90 dunia diikuti Afghanistan (147), Singapura (165) dan Malaysia (167).

Jika berjaya mengalahkan Singapura, Malaysia akan bertemu pemenang di antara Oman atau Afghanistan dalam perlawanan akhir, Sabtu depan.

So jangan lupa perlawanan pada hari rabu ini jam 8:45 malam.

MALAYSIA VS SINGAPURA 20.3.2019

MASA : 8:45 PM

LIVE : STADIUM.

credit yo utusan.com.my

Nantikannya live streaming kita akan sediakan sekiranya sempat atau ada.

 

Tonton disini

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan live streaming malaysia vs singapore 2019, live streaming malaysia vs singapura 20 mac 2019, piala air marines malaysia vs singapura 20 mac 2019, piala marines malaysia vs singapura, siaran langsung malaysia vs singapura piala air marines 20.3.2019

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. si bongkok says

    March 20, 2019 at 12:56 am

    Terbaik nie bos…harap2 live streaming VIP sama2 kita perolehi.. 😛

    Tapi bos orang lama dalam live streaming so pasti ada lubuk link terbaik nanti…. saya sekadar cuba yg terbaik ala abg jenal jek laa… 😀

    Reply
    • Zik says

      March 20, 2019 at 1:59 pm

      kita biasa2 jer bro.. dah kena sandbox turn page ketiga..

      Reply

Trackbacks

  1. Live streaming malaysia vs singapura piala airmarine 2019 says:
    March 20, 2019 at 5:33 pm

    […] LIVE STREAMING MALAYSIA VS SINGAPURA PIALA MARINES 2019.  […]

    Reply

Leave a Reply to Zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Manchester city vs Manchester united 8.3.2021
  • Live Score Badminton Swiss Open (final) 7.3.2021
  • Live streaming Perak fc vs Petaling jaya fc liga super 7.3.2021
  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Kelantan Julang piala FA 2013,

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG KEPUTUSAN: JOHOR DARUL TAKZIM [0]- KELANTAN F…

LIGA SUPER Sukan

Keputusan dan kedudukan liga super 17 mei 2019

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Perlawanan liga super hari ini 2 perlawanan b…

Sukan

Keputusan penuh piala malaysia 15.9.2018

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Keputusan penuh perlawanan piala malaysia yan…

%d bloggers like this: