Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Live streaming jdt vs melaka united liga super 24.2.2018

Live streaming jdt vs melaka united liga super 24.2.2018

Zik · Feb 24, 2018 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

logo liga super, liga super,

Perlawanan malam tadi diantara terengganu vs negeri sembilan 3 mata buat terengganu melonjakkan pasukan terengganu di tangga pertama buat masa ini. 8 mata. Kemenangan 2-1 di stadium Paroi negeri sembilan membuktikan bahawa irfan bakti berada di landasan yang betul.

Mungkin malam ini nanti akan ada pertukaran kedudukan dalam liga super, mungkin pkns akan kembali naik takhta, atau jdt naik takhta? PKNS lawan kedah esok hari ahad. Atau pasukan selangor akan naik takhta? akan bertemu dengan pasukan pahang malam ini. Sukar untuk diramal kali ini.

Bagaimana persiapan pasukan masing-masing?


JDT.

PERSIAPAN KAMI BERJALAN LANCAR DAN PASTINYA SOKONGAN PENYOKONG AMAT PENTING BUAT PASUKAN. 

Persiapan para pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk berhadapan dengan pasukan Melaka kini berada dalam keadaan terbaik. Segala perancangan yang diatur berjalan dengan lancar demi memastikan kami memperoleh tiga mata dalam perlawanan ini.

Kami mempunyai kelebihan iaitu beraksi di halaman sendiri pada malam ini. Walaubagaimanapun kami tidak sesekali akan memandang rendah kepada pasukan lawan. Oleh itu, saya amat berbesar hati sekiranya para penyokong dapat hadir memenuhi segenap ruang stadium bagi memberi semangat kepada para pemain.

Mengenai pemain yang bakal saya turunkan, seperti biasa semestinya saya akan menurunkan barisan pemain yang terbaik untuk malam ini. Apa yang penting adalah kami sangat mahu melihat stadium dipenuhi dengan para penyokong, kerana sokongan mereka sangat hebat sehingga mampu memberi suntikan semangat kepada para pemain.

Ulisses Morais, Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Melaka United.

Di atas kertas ternyata JDT adalah pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan esok hari. Dengan rekod pertemuan tidak memihak kepada Melaka dan kekebalan pasukan lawan bermain di gelanggang sendiri ternyata memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah.

Namun, setiap perlawanan adalah perlawanan yang berbeza. Kita berpendapat 3 faktor kita mampu mengejutkan pasukan harimau selatan jika:

1. We play with our strengths. Bahagian flank Melaka Utd sangat bagus dan laju dengan kehadiran pemain seperti Surendran dan Gopinathan dibantu attacking full-back seperti Puaneswaran dan Khair Jones. Kita meramalkan JDT tidak akan bermain secara terbuka atas faktor ini.

2. Memanfaatkan peluang terhidang. Pasukan lawan boleh mencipta berbelas peluang namun kita boleh menghukum mereka dengan satu dua peluang dengan syarat peluang harus dimanfaatkan.

3. Kurangkan kesilapan mudah. Sudah pasti kesilapan dibenteng pertahanan akan berlaku namun kita harus mengurangkannya jika tidak mahu dihukum pasukan lawan. Diharapkan pemain kekal fokus untuk 90 minit perlawanan dan tenang mengawal emosi lebih-lebih lagi bermain di hadapan penyokong lawan.

Eduardo Almeida – Coach Melaka United.

Head to Head.

head to head jdt vs melaka united,

Lebih memihak kepada jdt. JDT menang 3 kali game, seri 2 kali. Melaka united belum pernah menang lagi bertemu dengan jdt. KL vs JDT first time, KL merupakan pasukan pertama yang pecah tembelang pasukan jdt untuk tahun ini 2018. Itupun sebab keadaan pada masa separuh masa kedua, hujang lebat sangat. Bila main esoknya KL dah main parking bas, style Jose Mourinho.

Bagaimana taktikal yang akan diterapkan malam ini nanti distadium Larkin Johor bahru malam ini nanti?? difahamkan tiket sudah sold out untuk perlawanan kali ini. So kita harap semua penyokong tiada masalah untuk memberikan sokongan kepada pasukan jdt yang tidak berbelah bagi. Harap tiadalah unsur yang tidak elok seperti perlawanan yang lepas kata ada marshall tak bagi masuk sebab dah penuh ke apa hari tuh aku pun tak pasti.

So lawan dengan pasukan melaka united pasukan jiran bukanlah perlawanan yang sensasi. Cuma kalau lawan dengan pasukan legeng macam selangor, pahang, dan lawan dengan pasukan yang kontroversi perak tuh. Memang selalu ada lah provokasi yang terlalu ekstrem dari kedua-dua belah pihak.

So jangan lupa malam nanti, kita akan standby live streaming malam ini nanti.

JDT VS MELAKA UNITED.

LOKASI: STADIUM TAN SRI HAJI YUNUS,

MASA :8 :45 PM

LIVE: UNIFI LIGA SUPER MALAYSIA, ZIKRIHUSAINI.COM dan sewaktu dengannya.

Live score keputusan terkini liga super :

[sls id=”35″]

 

INFO LIVE STREAMING:

Korang boleh tengok live streaming di laman-laman rakan2 blog yang lain:

zikri husaini liga super jdt vs melaka united

THE jdt dot com. Melaka united vs JDT

mynewsports.com

 

Share this on WhatsApp

Sukan head to head jdt vs melaka united 2018, jdt vs melaka united, live streaming jdt vs melaka united 2018, live streaming liga super jdt vs melaka united 24.2.2018, tonton siaran langsung jdt vs melaka united 24.2.2018

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Ammar says

    February 24, 2018 at 5:48 pm

    Harap malam ni Melaka United boleh lah kalahkan JDT sebab bermain stadium Larkin yang dikatakan kebal dan tidak pernah kalah.

    Reply
    • Zik says

      February 25, 2018 at 9:16 pm

      haha, sukar juga untuk dirobohkan..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.